Penulis Dihantar olehadmin

admin

743 ENTRI 3 KOMENTAR

0

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 54 yang bermaksud:

“Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.”

Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah menganugerahkan kepada kita dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak lupa juga nikmat kesihatan yang kita kecapi saban hari yang membolehkan kita meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu Allah di muka bumi ini.

Bersempena dengan fasa peperiksaan yang menghampiri, peringkat PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) dengan ini telah bersetuju untuk menangguhkan segala program dan aktiviti bagi memberi ruang sepenuhnya kepada semua ahli dalam membuat persediaan peperiksaan. Fasa penangguhan ini akan bermula pada 30 Mei 2021 sehingga 15 Julai 2021.

Sehubungan dengan penangguhan program dan fasa peperiksaan, beberapa perkara telah ditetapkan di peringkat Majlis Pengerusi PCA Sesi 2021/2022:

  1. Program berbentuk kecemerlangan akademik, pembawaan Smart Circle dan aktiviti bagi tahun klinikal masih boleh diteruskan.
  2. Segala mesyuarat perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Diharapkan kepada semua ahli agar dapat memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. Berusahalah bersungguh-sungguh tanpa mengambil kira apa natijahnya. Kerana yang dinilai Allah bukanlah hasil semata, tetapi usaha yang dilakukan dalam mengejar cita-cita kita.

Diingatkan kepada seluruh ahli untuk terus mematuhi SOP pada sebarang aktiviti yang dijalankan sebagai langkah bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Kita jaga kita.

Akhir kata, marilah kita sama-sama menjaga hubungan dengan Sang Pencipta di samping hubungan sesama manusia. Bak kata pepatah Arab, “Siapa yang berusaha, akan dapat apa yang diusahakan.”

Selamat maju jaya. Sekian.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

http://ask.fm/setiausahapca

#KitaKeluargaPCA

#KitakanRakyatMalaysia

#SayangiPERUBATAN

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

“PCA: Our Family, Our Unity”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

MUHAMMAD AZHAN BIN ONN @ NOR AZHARI

Naib Pengerusi I,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

NUR AINAA BINTI HARIZAN

Naib Pengerusi II,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

0

“PCA: Our Family, Our Unity”

KESATUAN MERUPAKAN TUNJANG

Tema ini membawa makna yang besar dan mendalam. Keluarga sangat sinonim dengan keakraban, kebersamaan dan kesatuan. Perkara ini akan terlintas dalam minda bilamana perkataan ini disebut. Kebersamaan sesebuah keluarga perlu diusahakan, ia tidak datang bergolek. Begitu juga kesatuan di dalam keluarga PERUBATAN Cawangan al-Azhar, perlu disemai dan dibaja agar ianya subur dan mekar. Apabila kesatuan dapat dicapai, segala perancangan akan menjadi lebih mudah dan lancar kerana masing-masing faham kepentingan mendukung segala perkara yang telah dirancang oleh pimpinan. Lihat sahaja peribahasa melayu ini, “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.” Ia tidak akan terjadi sekiranya tiada elemen kesatuan.

Pentingnya kesatuan ini, Nabi SAW bertindak mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar bagi meniup roh kebersamaan antara para sahabat ketika itu. Tahap ukhuwah yang ditunjukkan oleh golongan Muhajirin dan Ansar dalam membantu dakwah nabi merupakan satu perkara yang perlu dicontohi. Ya, jadikan mereka sebagai idola. Allah SWT telah meredai mereka atas usaha dan pengorbanan yang telah mereka lakukan. Perkara yang sama-sama perlu kita kejar untuk meraih keredaan-Nya dengan mengukuhkan kesatuan dan berganding bahu melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Elemen kesatuan ini perlulah dipupuk dengan baik selaras dengan seruan Allah SWT untuk Bersatu, dalam firman-Nya:

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللّٰهِ جَمِيْعًا وَّلَا تَفَرَّقُوْا ۖوَاذْكُرُوْا نِعْمَتَ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ اِذْ كُنْتُمْ اَعْدَاۤءً فَاَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ

بِنِعْمَتِهٖٓ اِخْوَانًاۚ وَكُنْتُمْ عَلٰى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَاَنْقَذَكُمْ مِّنْهَا ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ لَكُمْ اٰيٰتِهٖ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ

Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (semasa jahiliah) bermusuhan, kemudian Allah menyatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.”

(Surah Ali Imran: 103)

MEDIUM KESATUAN PCA DAN PERANANNYA

Usaha membina kesatuan ini telah dimulakan sejak PCA ditubuhkan. Pelbagai medium telah diwujudkan bagi memastikan tali ukhuwah ini dapat dijalinkan dengan lebih erat. Medium ini divariasikan sesuai dengan kecenderungan ahli yang pelbagai  sebagai satu usaha untuk mencapai seramai mungkin ahli untuk bersama-sama menggerakkan bahtera PCA ini. Bak kata pepatah, “Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.”

Sukan Berkala merupakan satu medium kesatuan yang dapat mengumpulkan ramai ahli. Benar sekali, ahli PCA sangat aktif bersukan. Junior mahupun senior, sukan merupakan wasilah terbaik untuk menambat ukhuwah dan juga sebagai satu medan tarbiah jasmani bagi menyempurnakan 10 muwasofat tarbiyah (sifat pendidikan). Dalam kesibukan menuntut ilmu dan menguruskan persatuan, perlu adanya satu medium untuk melepaskan kepenatan tersebut. Maka, Sukan Berkala diwujudkan.

Pernahkah kalian mendengar istilah AKHI dan UKHTI? Ini juga merupakan satu medium yang diwujudkan bagi meribat jiwa-jiwa ahli PCA. AKHI/UKHTI merupakan satu aktiviti berkonsepkan katibah (salah satu wasilah tarbiah) dimana ahli bersama-sama bermalam di Darul HAMKA dan berqiamullail pada awal pagi. Sebagai satu keluarga, perlu ada satu waktu khusus diperuntukkan untuk meningkatkan keimanan (tarbiyah ruhiyah). Telefon bimbit juga perlu dicas, inikan pula iman yang sering naik dan turun.

Bagi membina kesatuan dengan  lebih berfokus, Ziarah AJKT telah diadakan di rumah-rumah ahli secara bulanan. Ziarah merupakan satu medium yang sangat sesuai untuk pimpinan lebih rapat dan mengenali ahli dengan lebih mendalam. Meskipun kekerapannya hanya sebulan sekali, namun impaknya sangat memuaskan. Sebarang soalan, muhasabah dan cadangan penambah baikan untuk pergerakan PCA sentiasa dibuka dalam slot ziarah. Ini memberi peluang kepada ahli untuk berinteraksi dengan pimpinan. Budaya ini bukan sahaja perlu dihidupkan oleh pimpinan, bahkan sesama ahli juga bagi memupuk semangat kebersamaan dalam jiwa ahli PCA.

Laungan “Hari Rabu Hari SC” sinonim dengan Smart Circle dibawah kelolaan Mentor Council. Ia merupakan satu medium kesatuan yang mempunyai sistem yang tersendiri. Medium ini berusaha menyempurnakan wasilah tarbiah yang pertama iaitu usrah. Usrah merupakan salah satu cara pada zaman nabi untuk meningkatkan keimanan dan menyatukan umat Islam pada ketika itu. Pada hari ini, usrah dibentuk atas tujuan yang sama. Walaupun ia dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil, pengisian di dalamnya diselitkan juga berkenaan untuk bersama-sama melakukan gerak kerja amal ijtimaie.

PCA juga cuba mengumpul ahli yang mempunyai minat terhadap aktiviti kemasyarakatan dengan memperkasakan PERUBATAN for Peace and Care (PEACE) yang telah diwujudkan PERUBATAN. Antara aktivitnya termasuklah perpindahan rumah, gotong-royong Darul HAMKA, agihan sumbangan dan ziarah rumah anak-anak yatim. Sifat kesukarelawanan ini sangatlah dituntut dalam Islam sepertimana sabda Nabi SAW:


مَنِ استطاع منكم أنْ ينفعَ أخاهُ فَلْيَنْفَعْهُ

“Barangsiapa di antara kamu yang mampu memberikan manfaat kepada saudaranya maka hendaklah ia bersegera memberikan manfaat kepadanya.”

(HR Muslim)

Memberi manfaat kepada orang lain tidak akan pernah rugi. Secara zahirnya mungkin tidak nampak kelebihannya, namun hakikatnya orang yang memberi manfaat ini sedang menambah saham akhiratnya. Lihatlah para sahabat Nabi SAW, di dunia lagi telah mendapat gelaran Radhiyallahu’anhum (Allah telah meredai mereka semua). Kenapa? Hal ini kerana mereka telah mewaqafkan diri mereka supaya manfaat Islam itu dapat tersebar.

MENGAPA PERLUNYA BEKERJA DENGAN PCA & PERUBATAN SERTA KEPENTINGAN MEWAQAFKAN DIRI

“Bekerja Dengan PERUBATAN, Bekerja Untuk Islam”

Kita sering mendengar slogan ini dan pastinya menjadi slogan keramat dalam memupuk kefahaman dan semangat dalam diri semua ahli PERUBATAN umumnya. Slogan ini memberi maksud tersirat yang sangat penting kepada ahli dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa Muslim dan menjadi asbab yang utuh untuk tetap istiqamah berada dalam keluarga PCA dan PERUBATAN.

Amar makruf nahi mungkar menjadi prinsip yang merupakan teras utama dalam menggerakkan PERUBATAN Cawangan al-Azhar. Kita bukan hanya sekadar mahu mengajak ahli untuk terus melakukan kebaikan, malah bergerak seiring dalam mencegah kemungkaran. Dalam melayari bahtera ini, menjadi suatu kewajipan untuk mengutamakan seruan Tuhan dan seterusnya menjadi satu platform yang terbaik kepada ahli untuk berbakti kerana dasar yang kita pegang ialah al-Quran dan as-Sunnah. 3 elemen utama yang menjadi matlamat dan agenda kepada seluruh pimpinan dan ahli PCA ialah:

  • Dakwah: Menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah manusia daripada segala kemungkaran.
  • Tarbiah: Mendidik ahli untuk menyumbang dan berkorban dalam gerak kerja Islam.
  • Siasah: Mengajar ahli untuk mengurus organisasi dan pentadbiran dalam ruang lingkup seorang mahasiswa.

Firman Allah SWT:

لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيۡءٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٞ

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

(Surah Ali Imran: Ayat 92)

Ke mana lagi kita mahu curahkan tenaga kalau bukan untuk Islam? Oleh itu, sama-sama lah kita mewaqafkan diri dengan cuba sedaya upaya memerah keringat dan tenaga untuk masa depan PCA yang jelasnya membawa agenda Islam yang mana merupakan manifestasi cinta dan kasih sayang kepada perjuangan ini.

Ketika mana Rasulullah SAW sanggup mengorbankan jiwa dan raga demi umatnya, begitu jugalah kita sebagai umat perlu mengorbankan diri untuk agama. Nilai kecintaan itu tidak akan terbukti selagi mana tidak disusuli dengan pengorbanan.

Selaku umat Islam yang sejati, kita wajib meyakini hanya Islam mampu menyelesaikan semua masalah yang berlaku sejak dahulu, kini mahupun yang akan datang. Oleh yang demikian, di atas prinsip tsabat dan istiqamah dalam perjuangan Islam, kami menyeru kepada seluruh ahli PERUBATAN Cawangan al-Azhar untuk mengamalkan Islam dan mendukung aspirasi yang dibawa selagi mana kesatuan ini meletakkan Islam sebagai dasar utama dalam segala tindakan.

Kemenangan Islam tidak akan terbina atas kekuatan dan pemerintahan individu tetapi atas kesatuan umat Islam, keberkatan, penyusunan organisasi dan strategi yang mantap. Jadikanlah kesatuan dan medium ini sebagai tapak bagi kita sama-sama menyumbang keringat dan buah fikiran untuk mencapai tujuan dan matlamat yang sama. Tema PERUBATAN Cawangan al-Azhar bagi sesi ini ialah “PCA: Our Family, Our Unity.” Maka kami menyeru kepada seluruh komuniti PERUBATAN Cawangan al-Azhar untuk sama-sama kita hayati dan melestarikannya serta memelihara kesatuan yang dibina ini sebaiknya. Insya-Allah.

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

0

Berikut merupakan senarai musyrif PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2021/2022:

KAWASAN A

BKAN WILAYAH LAMA, BKAN PENANG, BKAN PERAK A, PIZZA IMAN

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
1.Muhamad Iman bin FadzilPERUBATAN 6+201113351375 (T&W)
2.Mohammed Aiman Farhan bin AzmiPERUBATAN 4+20122563798 (T) +601157618283 (W)  
3.Mohamad Farid bin AmirullahPERGIGIAN 3+201016337593 (T) +60148699535 (W)

LORONG MUTIARA, SELATAN, VOLVO DAN KAWASAN BERHAMPIRAN

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
1.Ahmad Zaki Assyatiri bin Muhd Shukri   PERUBATAN 5+201111422035(T) +60132104850 (W)

WISMA PAHANG H7, PERAK B, KEDAI TOP, MAGHRIBI DAN KAWASAN BERHAMPIRAN

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
2.Muhamad Lukman Naqib bin Ahmad Kamal PERUBATAN 5+201273019366 (W) +2011267642221 (T)
3.Muhammad bin AzizPERUBATAN 6+201159219493 (T) +601113200655 (W)

SAFARAT (MASJID TAUFIQ & MASJID KHULAFA)

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
1.Ali bin HamdanPERUBATAN 6+201552461660 (T) +201208364565 (W)

SAFEER, BENZENE

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
1.Muhammad Azhan bin Onn @ Nor AzhariPERUBATAN 6+201280371162 (T&W)
2.Khairul Azim bin Abdul GhaniPERUBATAN 6+60139554399 (W)

CREPE CORNER, MAKTABAH RAYAH, DARUL RAHIM

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
1.Aiman Nabil bin Mohd YussufPERUBATAN 5+201102617864 (T) +601117598274 (W)
2.Amirul Afiq bin Zairul AkmarPERUBATAN 6+201066525848 (W)
3.Faiz Farhan bin Mohd FarisPERUBATAN 6+201117637448 (T) +60139973696 (W)

RUMAH KEDAH, BELAKANG KEDAH, IMARAH TURKI, BANDUNG

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
1.Syed Mohamad Aslam Husaini bin Syed BahrimPERUBATAN 6+201128070377 (T&W)

TANTAWI, ENPPI

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
1.Muhammad Hafizul Khair bin Abu HassanPERUBATAN 6+201005711065 (T&W)
2.Jamal Muhammad Hakim bin Jamal Abd NasirPERUBATAN 6+201272863493 (T&W)

KAWASAN B

RUMAH PERLIS, MARKAS DARUL HAMKA, ELBORG, MASJID RAHMAN (APOLLO) DAN KAWASAN BERHAMPIRAN

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
1.Noor Amirul Ikhwan bin NoorhisyamPERUBATAN 3+201554277950 (T) +601123768209 (W)
2.Muhammad Afiq bin MarzukiPERUBATAN 4+201551246456 (T) +60137549818 (W)
3.Muhammad Amer Asyraf bin Mohd RadhuanPERUBATAN 4+201110532721 (T&W)
4.Noor Aiman bin Ab MalekPERGIGIAN 3+201014015292 (T&W)

WISMA SERI MELAKA, BKAN NEGERI SEMBILAN, WISMA KELANTAN, WISMA TENGKU MAHKOTA, HADIQOH DAULI, WONDERLAND, BELAKANG SAMIR ALI DAN KAWASAN BERHAMPIRAN.

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
1.Muhammad Nur Ihsan bin NorzaidiPERGIGIAN 2+601120742016 (W)
2.Ahman Fuad Hafidzi bin Zainal ArifinPERGIGIAN 1+201556081629 (T) +601164080278 (W)
3.Yasser bin ZulkifliPERUBATAN 3+201554277971 (T&W)
4.Nik Muhammad Haziq Najmuddin bin Nik Mohd AzrihanPERGIGIAN 2+201554465283 (T&W)

KAWASAN C

NADI SYABAB, LULU CENTER, RUMAH KEDAH AWAL SABIE’, RUMAH PAHANG, RKL DAN KAWASAN BERHAMPIRAN.

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
1.Bilal Syahmi bin Hazli PERUBATAN 5+201557093362 (T) +601110554754 (W)
2.Ahmad Danial bin Mohd NorazharPERUBATAN 5+201122443221 (T&W)
3.Muhammad Syafiq Naim bin JohariPERGIGIAN 2+201111412725 (T&W)
4.Fakhrullah Hanafi bin IsmaelPERUBATAN 3+201116385445 (T&W)

MAHATTAH, ABOU ROMY, ARABIATA, TAUHID WANNUR, SINGAPURA DAN KAWASAN BERHAMPIRAN

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
1.Abdul Mu’min bin Abdul SatarPERUBATAN 6+201159077369 (T&W)
2.Muhammad Safwan bin Khairul AnwarPERUBATAN 5+201150776417 (T&W)
3.Muhammad Fitri Hakim bin Ab. RazakPERUBATAN 5+201159230349 (T&W)

VILLA, SAMY PHOTO, RESTORAN NILE, MASJID BUKHARI DAN KAWASAN BERHAMPIRAN

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
1.Umar Hanis bin Ahmad Sukri HamidiPERUBATAN 4+201111767365 (T&W)
2.Mohamad Naim bin BashirPERUBATAN 4+201551067191 (T) +60148139194 (W)

HAYYU ASYIR

KOMPLEKS RUMAH NEGERI, GAMEK, MUSALLAS DAN KAWASAN BERHAMPIRAN

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
1.Amir Syahiran bin SaifuddinPERGIGIAN 1+601126253709 (W)
2.Mohd Laden bin SeydesiPERGIGIAN 1+201141645703 (T) +60178390970 (W)

LAIN-LAIN

RUMAH JOHOR, HAYYU THAMIN, AWWAL ABBAS, RABAAH DAN KAWASAN BERHAMPIRAN.

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
 1.Syed Mohamad Aslam Husaini bin Syed Bahrim   PERUBATAN 6+201128070377 (T&W)

DMAK & ABBASIYAH

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
1.Syamir bin SyarizanPERUBATAN 5+201094171691 (T) +201142228427 (W)


SENARAI MUSYRIF KECEMASAN UNIVERSITI AL-AZHAR

SESI 2021/2022

BILNAMAKULIAHNO TELEFON & WHATSAPP
1.Syed Mohamad Aslam Husaini bin Syed Bahrim   PERUBATAN 6+201128070377 (T&W)
2.Muhammad bin AzizPERUBATAN 6+201159219493 (T) +601113200655 (W)
3.Muhammad Faris bin DeramanPERUBATAN 6+201002960872 (T&W)

Etika untuk penggunaan musyrif

  • Menelefon musyrif awal. (sekurang-kurangnya 3 jam sebelum)
  • TIDAK DIGALAKKAN menggunakan musyrif yang sama setiap kali keluar.
  • Tunggu musyrif sampai terlebih dahulu sebelum keluar rumah.
  • Mana-mana akhawat yang ingin menggunakan perkhidmatan musyrif disarankan untuk menghubungi musyrif yang menetap berdekatan dengan ‘lokasi semasa’ masing-masing.
  • Disarankan menampung kos pengangkutan musyrif (sekiranya perlu) dan menjaga adab-adab serta akhlak yang baik sepanjang perkhidmatan musyrif.
  • Penggunaan musyrif kecemasan adalah pada waktu-waktu seperti berikut:
  • Memerlukan mushrif dengan kadar yang segera untuk ke hospital atau balai polis.
  • Memerlukan bantuan untuk urusan di balai polis atau hospital.
  • Kecelakaan seperti kemalangan, disamun, rumah dipecah masuk dan keselamatan diri yang serius.

Sebarang aduan, kritikan dan cadangan yang membina boleh diajukan kepada:

Pengarah JAKSI PCA
SYED MOHAMAD ASLAM HUSAINI BIN SYED BAHRIM
PERUBATAN 6
+201128070377

Timbalan Pengarah JAKSI PCA
SITI NAJWA BINTI SHABRI
PERUBATAN 4
+201220486682

Terima kasih dan selamat menjalankan tugas diucapkan kepada musyrif yang  tersenarai untuk menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Allah ini.

#KitaKeluargaPCA
#KitaKanRakyatMalaysia
#SayangiPERUBATAN

“Hak Tertegak, Biah Terpelihara”

“PCA: Our Family, Our Unity”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

UNIT MUSYRIF,
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN SOSIAL ISLAM (JAKSI),
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR 2021/2022.

0

‎وَلَا تَا۟يْـَٔسُوْا مِنْ رَّوْحِ اللّٰهِ ۗاِنَّهٗ لَا يَا۟يْـَٔسُ مِنْ رَّوْحِ اللّٰهِ اِلَّا الْقَوْمُ الْكٰفِرُوْنَ

“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir.”

(Surah Yusuf: 87)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya dapat kita mengecapi nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang banyak berkorban dalam menyebarkan ajaran Islam sehingga sampai kepada kita.

Bersempena pengumuman yang telah diisytiharkan oleh Menteri Pendidikan Mesir, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan dan Pergigian mahasiswa telah mengumumkan cuti tersebut akan bermula pada hari Rabu 12 Mei sehingga Isnin, 17 Mei, manakala fakulti perubatan dan Pergigian mahasisiwi akan bermula pada hari Rabu, 12 Mei sehingga Ahad, 16 Mei.

Sehubungan dengan itu, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) menyeru para pelajar untuk mengambil perhatian terhadap beberapa perkara tersebut:

1. Segala aktiviti pembelajaran secara fizikal dan kelas secara ‘online’ akan ditangguhkan.

2. Segala aktiviti peperiksaan yang diadakan pada  tarikh-tarikh tersebut akan ditunda pada tarikh yang lain.

Biro Akademik mendoakan agar semua ahli terus bersemangat dalam mengulangkaji pelajaran dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

Diingatkan kepada seluruh ahli agar terus mematuhi SOP pada sebarang aktiviti sebagai langkah bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Sekian, terima kasih.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

http://ask.fm/setiausahapca

#KitaKeluargaPCA

#KitakanRakyatMalaysia

#SayangiPERUBATAN

“Achieve the Highest, Improve Others”

“PCA: Our Family, Our Unity”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

MOHAMMED AIMAN FARHAN BIN AZMI

Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

AUNI BINTI MOHD ASHARI

Timbalan Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

0

Para sahabat Nabi begitu bersemangat dalam beribadah di sepuluh hari terakhir bagi meraih Lailatulqadar. Rasulullah SAW bersabda, ‘’Apabila tiba Lailatulqadar, maka Jibril turun ke dunia bersama kumpulan para malaikat dan akan berdoa bagi orang yang mendirikan solat malam dan duduk mengingati Allah. Dan pada Aidilfitri, Allah akan membangga-banggakan mereka di hadapan para malaikat.”(Hadis Riwayat  Baihaqi)

Begitu luar biasa kemuliaan yang dianugerahkan Allah SWT pada malam Lailatulqadar. Tidak hairanlah jika  Rasulullah SAW bersama para sahabat dan para imam serta orang-orang soleh mengambil peluang untuk tidak menyia-nyiakan keutamaan dan keagungan Lailatulqadar yang dikurniakan Allah SWT. Mereka beribadah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah.

Walaupun telah mendapat jaminan dengan pelbagai khabar gembira, Rasulullah SAW tetap giat dan sibuk mengerjakan ibadah sehingga kaki baginda bengkak. Nabi Muhammad SAW  selalu menyambut kedatangan Lailatulqadar dengan memperbanyak ibadah.  Rasulullah SAW bersabda, ”Carilah malam Lailatulqadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam pada akhir bulan Ramadan.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Para sahabat dan orang-orang soleh juga berlumba beritikaf bagi meraih kesempurnaan pahala Ramadan. Mereka begitu bersemangat menyambut dan memuliakan kedatangan tetamu agung yang istimewa bernama Lailatulqadar.

Saidina Umar al-Khattab RA memiliki cara tersendiri bagi meraih kemuliaan malam yang lebih baik dari seribu bulan itu. Selesai solat Isyak, Saidina Umar akan pulang ke rumahnya dan mengerjakan solat sepanjang malam sehingga terdengar azan Subuh.

Di samping itu, Saidina Uthman bin Affan RA menyambut tetamu yang agung ini  dengan beribadah sepanjang malam. Malamnya dimanfaatkan dengan mengerjakan solat dengan tidur sebentar sahaja pada awal malam. Sahabat Nabi ini, mengkhatamkan al-Quran setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Beliau amat terkenal dengan kata-katanya, “Jika hati kita suci, ia tak akan pernah kenyang dari membaca al-Quran.” (Ibnu Taimiyah, Majmu’ Fatawa, bab “Al-Adab wa at-Tasawwuf).

Para sahabat pun tidak mahu ketinggalan. Mereka memburu Lailatulqadar dengan menghidupkan malam hari melalui ibadah. Syaddad RA, seorang sahabat yang dikisahkan terbiasa berbaring tanpa tidur sepanjang malam sambil mengiring ke kanan dan ke kiri sampai waktu fajar, lalu beliau berkata, ”Ya Allah ketakutan terhadap neraka Jahanam telah mengusir keinginanku untuk tidur”

Imam Syafie membiasakan diri dengan membaca al-Quran setiap hari terutama pada bulan Ramadan. Meliau sanggup untuk mengkhatamkan al-Quran sebanyak dua kali pada setiap hari sepanjang Ramadan. (Al-Dzahabi, Siyar A’lam al-Nubala’, 10/36).

Begitulah beberapa kisah baginda dan para sahabat yang diriwayatkan dalam berlumba-lumba meningkatkan ibadah di bulan Ramadan terutama pada 10 malam terakhir. Bagaimana dengan kita sebagai hamba dalam memanfaatkan masa yang berbaki dalam bulan Ramadan.

Pepatah Arab ada menyebut: “Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan engkau hidup selamanya. Beramallah untuk akhiratmu seakan-akan engkau akan mati esoknya.” Semoga kita semua menjadi golongan hamba-Nya yang istiqamah dalam beramal serta bersungguh-sungguh dalam memanfaatkan masa yang berbaki dalam bulan Ramadan ini.

Rujukan:

1. Fatwa Al-Islam Sual wa Jawab no. 130847 (https://islamqa.info/ar/130847)

2. https://news.detik.com/berita/d-4991647/ramadhan-bulan-al-quran

3. https://m.republika.co.id/berita/qa835y458/ketika-orangorang-saleh-hendak-meraih-lailatul-qadar

0

“Tidak tergelincir dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sampai Allah menanyakan empat hal: Umurnya untuk apa dihabiskan, masa mudanya bagaimana digunakan, hartanya dari mana didapatkan dan untuk apa dibelanjakan, serta ilmunya bagaimana diamalkan.”

(HR Tirmidzi)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya dapat kita mengecapi nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang banyak berkorban dalam menyebarkan ajaran Islam sehingga sampai kepada kita.

Bersempena pengumuman yang telah diisytiharkan oleh Menteri Pendidikan Mesir, dengan ini fakulti perubatan dan pergigian mahasiswa/wi Universiti al-Azhar telah mengumumkan cuti tersebut akan bermula pada esok hari iaitu Khamis, 29 April sehingga Isnin, 3 Mei.

Sehubungan dengan itu, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) menyeru para pelajar untuk mengambil perhatian terhadap beberapa perkara tersebut:

1. Segala aktiviti pembelajaran secara fizikal akan ditangguhkan.

2. Segala aktiviti peperiksaan yang diadakan pada tarikh-tarikh tersebut akan ditunda pada tarikh yang lain.

3. Bagi pergigian siswi, segala aktiviti pembelajaran secara ‘online’ ditangguhkan.

4. Bagi perubatan siswa/wi dan pergigian siswa, Ketua Batch perlu merujuk kepada setiap department yang bertanggungjawab pada hari tersebut berkaitan kelas secara ‘online’ sama ada diteruskan atau ditangguhkan.

Biro Akademik mendoakan agar semua ahli diberi kekuatan untuk terus mengulangkaji pelajaran serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT kerana tiada kuasa yang dapat menandingi kekuasaan Allah. Diingatkan kepada seluruh ahli agar terus mematuhi SOP pada sebarang aktiviti sebagai langkah bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Sekian, terima kasih.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

http://ask.fm/setiausahapca

“Achieve The Highest , Improve Other”

“PCA: Our Family, Our Unity”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

MOHAMMED AIMAN FARHAN BIN AZMI

Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

AUNI BINTI MOHD ASHARI

Timbalan Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

STAY CONNECTED