[KENYATAAN RASMI: PEMAKLUMAN BUKA KULIAH DAN STATUS PENURUNAN YURAN PENGAJIAN UNIVERSITI AL-AZHAR]

0

‎یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡإِنسَـٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدۡحࣰا فَمُلَـٰقِیهِ

(Surah al-Inshiqaq: 6)

Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar Fakukti perubatan dan pergigian al-Azhar bahawa tarikh 9 dan 10 Oktober merupakan tarikh rasmi bermulanya kuliah untuk semua pelajar.

Pemakluman tarikh buka kuliah:

9 Oktober
Siswa

• Kuliah Perubatan Tahun 1
• Kuliah Perubatan Tahun 4
• Kuliah Perubatan Tahun 5
• Pra Pergigian
• Kuliah Pergigian Tahun 2
• Kuliah Pergigian Tahun 3
• Kuliah Pergigian Tahun 4

Siswi

• Kuliah Perubatan Tahun 4
• Kuliah Perubatan Tahun 5
• Pra Pergigian
• Kuliah Pergigian Tahun 2
• Kuliah Pergigian Tahun 3
• Kuliah Pergigian Tahun 4

10 Oktober
Siswi

• Kuliah Perubatan Tahun 1

Dan untuk makluman, telah diadakan satu siri pertemuan antara Biro Akademik yang diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi 1 dan Timbalan Biro Akademik PERUBATAN Cawangan al-Azhar bersama Pembantu Naib Presiden Pelajar-pelajar Antarabangsa, Dr. Hamed Helal.


Perbincangan yang bertempat di pejabat rasmi Naib Presiden Pelajar-pelajar Antarabangsa ini telah diadakan pada 12 September 2021 yang lalu.

Pertemuan ini diadakan bagi membawa suara para pelajar dan mengemaskini permasalahan dan persoalan yang masih belum mendapat jawapan. Hasil pertemuan tersebut, terdapat perkara yang dapat disimpulkan iaitu:

Status penurunan bayaran yuran pergigian.

Kami dimaklumkan bahawa penurunan bayaran yuran pergigian belum mendapat kepastian yang jelas. Jadi, beliau menyimpulkan bahawa maklumat tersebut masih lagi tidak rasmi setakat ini. Kami akan mengemaskini status ini dari semasa ke semasa.

Diharapkan semua pelajar dapat membuat persediaan yang baik untuk kembali semula ke kuliah khususnya penyediaan topeng muka dan pencuci tangan ‘hand sanitizer’.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila hubungi kami atau klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

http://ask.fm/setiausahapca

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia
#SayangiPERUBATAN

“Achieve The Highest, Improve Others”

“PCA: Our Family, Our Unity”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Mohammed Aiman Farhan bin Azmi,
Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

Auni binti Mohd Ashari,
Timbalan Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?