[KENYATAAN RASMI: PELANTIKAN MAJLIS KETUA BATCH (MKB) SESI 2021/2022]

0

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT yang masih memberikan peluang kepada kita sehingga ke hari ini untuk terus hidup dalam nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penghulu para Nabi. Firman Allah SWT:

وإذ قال ربك للملائكة إني جاعل في الأرض خليفة قالوا أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك قال إني أعلم ما لا تعلمون

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”

(Surah al-Baqarah: Ayat 30)

Melihat kepada kepentingan mengaplikasikan seruan dalam ayat ini, Majlis Ketua Batch dengan kerjasama Naib Pengerusi PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) akan mengadakan Pelantikan Majlis Ketua Batch (MKB) seiring dengan sesi akademik baru 2021/2022. Di samping itu, Pelantikan MKB ini dilihat sangat penting dalam melahirkan kepimpinan peringkat batch yang berkualiti dan komited dalam melaksanakan amanah Allah terutama dalam memastikan kebajikan ahli batch yang merupakan ahli PERUBATAN Cawangan al-Azhar daripada segenap aspek terjamin.

Oleh sebab itu, memilih pemimpin merupakan perkara yang sangat penting. Ia tidak hanya sekadar untuk menentukan siapa yang berkuasa, akan tetapi lebih dari itu, ia akan menentukan tegak atau tidaknya aturan Islam. Maka, sebagai mukmin kita harus selektif dalam menentukan pemimpin agar tidak salah dalam memilih.

Justeru, fasa pelaksanaan Pelantikan MKB 2021/2022 telah ditetapkan bermula pada 9 Oktober sehingga 24 Oktober 2021. Teknikal pelaksanaan pelantikan kali ini adalah bergantung kepada kesesuaian bilangan ahli batch iaitu teknikal pilihanraya bagi batch yang ramai. Adapun, pemilihan ketua batch bagi batch yang mempunyai bilangan yang sedikit adalah secara syura. Berikut merupakan ketetapan teknikal pemilihan Ketua Batch mengikut tahun pengajian:

Siswa

  1. Perubatan Tahun 1: Syura
  2. Perubatan Tahun 3: Syura
  3. Perubatan Tahun 4: Syura
  4. Perubatan Tahun 5: Pilihanraya
  5. Perubatan Tahun 6: Pilihanraya (selepas fasa peperiksaan)
  6. Pra-pergigian: Syura
  7. Pergigian Tahun 1: Syura
  8. Pergigian Tahun 2: Syura
  9. Pergigian Tahun 3: Syura
  10. Pergigian Tahun 4: Tiada

Siswi

  1. Perubatan Tahun 4: Pilihanraya
  2. Perubatan Tahun 5: Pilihanraya
  3. Perubatan Tahun 6: Pilihanraya (selepas fasa peperiksaan)
  4. Pergigian Tahun 2: Syura
  5. Pergigian Tahun 3: Syura
  6. Pergigian Tahun 4: Syura

Barisan Suruhanjaya Pelantikan MKB bagi setiap batch jurusan perubatan dan pergigian bakal menyusul. Nantikan! Gerak kerja Ketua Batch sesi ini akan berkuatkuasa selepas pengumuman penuh nama-nama calon di page PCA. Semoga Pilihanraya MKB 2021/2022 dapat berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

“PCA: Kita Satu Keluarga”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

MUHAMMAD AZHAN BIN ONN @ NOR AZHARI,
Naib Pengerusi I,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

NUR AINAA BINTI HARIZAN,
Naib Pengerusi II,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?