[KENYATAAN RASMI: PENANGGUHAN PROGRAM DAN AKTIVITI PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR]

0

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran, ayat 54 yang bermaksud:

“Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.”

Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah menganugerahkan kepada kita dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak lupa juga nikmat kesihatan yang kita kecapi saban hari yang membolehkan kita meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu Allah di muka bumi ini.

Bersempena dengan fasa peperiksaan yang menghampiri, peringkat PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) dengan ini telah bersetuju untuk menangguhkan segala program dan aktiviti bagi memberi ruang sepenuhnya kepada semua ahli dalam membuat persediaan peperiksaan. Fasa penangguhan ini akan bermula pada 30 Mei 2021 sehingga 15 Julai 2021.

Sehubungan dengan penangguhan program dan fasa peperiksaan, beberapa perkara telah ditetapkan di peringkat Majlis Pengerusi PCA Sesi 2021/2022:

  1. Program berbentuk kecemerlangan akademik, pembawaan Smart Circle dan aktiviti bagi tahun klinikal masih boleh diteruskan.
  2. Segala mesyuarat perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Diharapkan kepada semua ahli agar dapat memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. Berusahalah bersungguh-sungguh tanpa mengambil kira apa natijahnya. Kerana yang dinilai Allah bukanlah hasil semata, tetapi usaha yang dilakukan dalam mengejar cita-cita kita.

Diingatkan kepada seluruh ahli untuk terus mematuhi SOP pada sebarang aktiviti yang dijalankan sebagai langkah bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Kita jaga kita.

Akhir kata, marilah kita sama-sama menjaga hubungan dengan Sang Pencipta di samping hubungan sesama manusia. Bak kata pepatah Arab, “Siapa yang berusaha, akan dapat apa yang diusahakan.”

Selamat maju jaya. Sekian.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

http://ask.fm/setiausahapca

#KitaKeluargaPCA

#KitakanRakyatMalaysia

#SayangiPERUBATAN

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

“PCA: Our Family, Our Unity”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

MUHAMMAD AZHAN BIN ONN @ NOR AZHARI

Naib Pengerusi I,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

NUR AINAA BINTI HARIZAN

Naib Pengerusi II,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?