Friday, February 22, 2019
Lain-lain

Lain-lain

0
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Ilahi atas segala nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Dari Syadad...

0
MINDA PIMPINAN: INTENSIFYING OUR BROTHERHOOD   Maha Suci Allah, segala yang berada di langit dan juga yang berada di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah SWT,...

0
  Kes: Cubaan mencedera dan merompak Kawasan: Area volvo, Wisma Kelantan dan Darul HAMKA Tarikh: 30.06.2018 Masa: 9 Pagi     Kronologi kes: 🔻Mangsa seorang diri menaiki motor dari lorong Jakarta menuju...

0
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN SOSIAL ISLAM(JAKSI) , PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR 2018/2019 SENARAI MUSYRIF RAMADHAN HAYY SABIE’ MASJID IMAN AWAL SABIE’ BIL NAMA FAKULTI & TAHUN NO TELEFON&WHATSAPP 1. MUHAMMAD IRFAN BIN TAJOL ARIFFIN PERUBATAN 4 +201202744195(T) +601119412613(W) 2. BILAL SYAHMI BIN HAZLI PERUBATAN...

0
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, segala puji dan setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana masih menganugerahkan kepada kita untuk bernafas dalam udara...

0
  بسم الله الرحمن الرحيم   Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan terhadap Pencipta kita yang Maha Esa kerana masih memberikan kita peluang merasai kehidupan ini melalui nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia kita, Baginda SAW dan keluarga baginda serta para sahabat baginda kerana tanpa jerih payah usaha dakwah mereka, tidak mungkin kita merasai nikmat Islam. Untuk makluman semua, pihak Fakulti Perubatan dan Pergigian Universiti al-Azhar telah memberi peringatan kepada semua pelajar supaya menjelaskan yuran pengajian masing-masing sebelum peperiksaan akhir tahun bermula. Bagi pelajar yang belum menjelaskan yuran pengajian semasa, keputusan peperiksaan bagi individu tersebut bakal ditahan sehingga yuran tersebut dijelaskan. Adapun bagi pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak pada tahun sebelumnya, semua fakulti kecuali Fakulti Perubatan Banin telah memutuskan bahawa pelajar-pelajar ini tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. Sehubungan dengan itu, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan al-Azhar menyeru kepada semua  mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Perubatan dan Pergigian Universiti al-Azhar supaya: Menjelaskan yuran pengajian dengan kadar segerapada setiap tahun terutamanya bagi pelajar yang tidak mempunyai sebarang masalah untuk bayaran yuran. Melaksanakan pecutan terakhirdalam akademik kalian sepanjang tempoh study week dan tawaqquf. Memeriahkan suasana akademikdi komuniti kita melalui medium yang ada seperti aktiviti EFC dan media massa (Facebook, WhatsApp dll). Menggunakan peluang keemasan menuju Ramadan ini dengan mendoakan sahabat-sahabat kitaberjaya bersama-sama di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat nanti. Akhir kalam, kami, bagi pihak pimpinan PERUBATAN Cawangan al-Azhar, mengucapkan selamat mengulangkaji dan maju jaya buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan Universiti al-Azhar dalam menempuh peperiksaan akhir tahun sesi 2017/2018 ini. Semoga dengan medium yang telah disediakan ini, kita semua beroleh manfaat yang baik. Kami mendoakan agar Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita untuk terus mengulangkaji pelajaran serta menganugerahkan keputusan yang Allah SWT dan kalian redhai. Seeru ‘Ala Barakatillah. Wallahu A’lam.   “Achieve The Highest, Improve Others” “PCA: Unity in Diversity” “Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”   SYED MOHAMAD ASLAM HUSAINI BIN SYED BAHRIM Ketua Biro Akademik, PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019. NUR AQILLAH BINTI AYOB Timbalan Ketua Biro Akademik, PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.  

STAY CONNECTED