Saturday, April 21, 2018
Kenyataan rasmi

Kenyataan rasmi

0
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah memuliakan kita dengan kemuliaan Iman dan Islam. Dan Allah jualah yang mengurniakan kepada kita pelbagai bentuk nikmat yang kita kecapi hari ini. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang bersyukur. Alhamdulillah, setelah hampir dua bulan kenaikan sesi pentadbiran 2018/2019, pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan dalam mengisi masa lapang dan menjayakan Pembawaan PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2018/2019. Semoga semua aktiviti tersebut dapat memberi manfaat kepada seluruh ahli. Seperti yang kita semua tahu, fasa peperiksaan semakin menghampiri, maka dengan ini kami telah bersetuju untuk menangguhkan segala program dan aktiviti bagi memberi ruang sepenuhnya kepada semua ahli dalam membuat persediaan peperiksaan. Fasa penangguhan ini akan bermula pada 14 April 2018 sehingga 13 Jun 2018. Sehubungan dengan penangguhan program dan fasa peperiksaan, beberapa perkara telah ditetapkan diperingkat Majlis Pengerusi 2018/2019; Program berbentuk kecemerlangan akademik, pembawaan Smart Circle dan aktiviti bagi tahun klinikal masih boleh diteruskan. Segala mesyuarat perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi. Program/aktiviti sepanjang fasa IHRAM sempena menyambut bulan ramadan. Program Qiamullail bulanan AKHI UKHTI.    Kami mewakili barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan al-Azhar menyeru kepada semua ahli untuk sama-sama menjayakan fasa “Exam Fever Campaign”(EFC) yang akan bergerak seiring dengan fasa Ihya’ Ramadan (IHRAM). Diharapkan kepada semua ahli agar dapat memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. Berusahalah bersungguh-sungguh tanpa mengambil kira apa natijahnya. Kerana yang dinilai Allah bukanlah hasil semata, tetapi apakah usaha yang dilakukan dalam mengejar cita-cita kita. Akhir kata, marilah kita sama-sama menjaga hubungan dengan Sang Pencipta di samping hubungan sesama manusia. Bak kata pepatah Arab, “Siapa yang berusaha, akan dapat apa yang diusahakan”. Selamat berjuang dan maju jaya. PERUBATAN sebagai wadah integrasi dalam membentuk profesional sains kesihatan yang rabbani dan kompeten. “Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti” “PCA: Unity in Diversity” “Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”       Yang menjalankan tugas,   ABU BAKAR AL SIDDIQ BIN MOHAMED, Naib Pengerusi I, PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019. NURIN JAZLINA BINTI MOHD ISMAIL Naib Pengerusi II, PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

0
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan limpah rahmat-Nya dan kurnia-Nya pada hari ini...

0
TAAKHI BATCH MAJLIS KETUA BATCH PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR 2017/2018 بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته   Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah, Tuhan semesta alam yang...

0
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah, segala puji dan syukur bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah menganugerahkan kepada kita dua nikmat...

0
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah, marilah sama – sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan limpah rahmat-Nya dan kurnia-Nya pada...

0
KENYATAAN RASMI: PEMANGKUAN AJKT PCA بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته   Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan...

STAY CONNECTED