Monday, September 24, 2018
Penulis Dihantar olehadmin

admin

642 ENTRI 3 KOMENTAR

0

Kes: Pecah Masuk Rumah
Kawasan: Sekitar Darul HAMKA
Tarikh: 23.09.2018
Masa: 4.00AM

Kronologi Kes:
ūüĒĽ Jam 4.00 pagi, seorang lelaki warga tempatan memecah masuk rumah melalui pintu utama tanpa disedari oleh ahli rumah tersebut.

ūüĒĽ Ahli rumah ketika itu sedang nyenyak tidur.

ūüĒĽ Seorang ahli rumah terjaga dari tidur apabila menyedari bantalnya diraba-raba seseorang seolah-olah sedang mencari sesuatu.

ūüĒĽ Mangsa yang menyedari akan kehadiran pencuri tersebut terus menjerit ‚Äėharomi‚Äô dan cuba mengejar pencuri tersebut.

ūüĒĽMalangnya pencuri tersebut berjaya melarikan diri dan hilang dari pandangan.

Barang yang hilang
Anggaran Kerugian
– 2 buah laptop
– 1 buah phone Huawei
– 1 buah phone tab Lenovo
– 1 buah hardisk
– Duit bernilai lebih kurang 10 ribu LE
JUMLAH KERUGIAN: lebih kurang RM10,000 (EGP 40,000)

Sehubungan dengan itu, JAKSI PCA menasihatkan ahli agar:

1. Memastikan rumah sentiasa berkunci.
2. Meningkatkan keselamatan diri.
3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
4. Menyimpan barang-barang berharga ditempat yg tersorok.
5.Tidak membawa masuk warga tempatan ke rumah.
6.Sentiasa mengamalkan doa dan ayat kursi untuk tujuan keselamatan diri dan kediaman.

Sebarang laporan atau aduan, sila hubungi :

AMIRUL ASHRAFF BIN YASIR ARAFAT
Pengarah JAKSI PCA 2018/2019
+201551245873

NUR NABILAH BINTI MOHD NOR
Timbalan Pengarah JAKSI PCA 2018/2019
+201140086845

ABDUL MUSTAQIM BIN MOHAMAD KHALIL
Pengerusi PCA 2018/2019
+20 128 863 2792 (Ws/Tel)
+20 111 002 6836 (Hotline)

KHALIS SHAHIRAH BINTI MOHAMED HAFIZ
Timbalan Pengerusi PCA 2018/2019
+20 114 651 0232 (Ws/Tel)

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia

‚ÄúHaq Tertegak, Biah Terpelihara‚ÄĚ

‚ÄúPCA: Unity in Diversity‚ÄĚ
‚ÄúIlmuwan Berbakti, Teguh Sehati‚ÄĚ

Jawatankuasa Keselamatan & Sosial Islam,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

0

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya dapat kita mengecapi nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

 

Alhamdulillah, setelah hampir tiga bulan kita bercuti musim panas akhirnya cuti telah sampai ke penghujungnya. Semoga cuti kalian dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya sama ada yang pulang ke Malaysia mahupun yang tinggal di sini. Manfaatkanlah masa cuti yang berbaki dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menghadiri kelas-kelas tafaqquh dan sebagainya.

 

Sahabat-sahabat sekalian,

Tarikh permulaan sesi kuliah yang baru telah diperolehi seperti berikut:

Fakulti Perubatan Siswa: 22 September 2018 (Tahun satu pada 1 Oktober 2018)

Fakulti Dentist Siswa: 22 September 2018

Fakulti Perubatan Siswi: 22 September 2018

Fakulti Dentist Siswi: 22 September 2018

 

Justeru, saya menyeru kepada semua sahabat yang masih berada di Malaysia untuk pulang ke Mesir sebelum tempoh kuliah bermula sebagai persediaan awal sebelum bermulanya kuliah. Pulanglah ke Mesir ini dengan semangat yang baru dan berkobar-kobar untuk menuntut ilmu dan berkhidmat untuk Islam.

 

Akhir kata, saya ingin berpesan sekali lagi kepada semua sahabat sekalian agar pulang ke Mesir lebih awal. Jangan ada niat dan azam untuk datang selepas kuliah bermula kerana banyak ilmu  yang kalian akan tertinggal. Jadilah insan yang sentiasa memperbaharui dirinya bukan terus berada di takuk yang lama.

 

Sekian, terima kasih.

‚ÄúAchieve¬†The¬†Highest,¬†Improve¬†Others‚ÄĚ

 

‚ÄúPCA:¬†Unity¬†in¬†Diversity‚ÄĚ

 

Syed Mohamad Aslam Husaini bin Syed Bahrim

Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar.

 

Nur Aqillah binti Ayob

Timbalan Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar.

0

Professional Academics Day: Dental Caries

What is dental caries?

Dental caries is the most widespread chronic disease affecting the modern race. It is an irreversible progressive bacterial damage of hard tooth structure exposed to the saliva. It is characterized by the production of organic acids by specific strains of bacteria causing demineralization of inorganic portion of the tooth structure followed by the destruction of the organic matrix. Break down of enamel and dentin creates a path for bacteria to reach the pulp. Eventually, inflammation of the pulp and the periapical tissue will occur.

According to a survey that had been carried out since 1971 in Malaysia, almost 90% of school children between the ages of 6 and 18 have suffered from dental caries. Based on the survey, it is proven that this disease is one of the most common oral diseases that arise among both children and adult.

There are several risk factors that are essential for the development of dental caries which includes diet, cariogenic bacteria, and a susceptible tooth. Whenever someone consumes any sticky carbohydrate frequently throughout the day this will aid in the progression of bacteria. Moreover, if the teeth are mal-aligned in position, having deep and narrow pits and fissure and enamel hypoplasia and hypocalcification these factors further contribute to the progression of dental caries. From the above, it can be concluded that most of these factors are easy to get if we do not take care of our oral health.

Besides brushing twice per day, flossing and the use of antibacterial mouth rinse is essential to reduce plaque and bacteria in your mouth. Here are a few dietary measures that you could follow to decrease the likelihood of risking yourself to dental caries:
1. Avoid frequent sucrose intake (‚Äėsnacking‚Äô)
2. If possible, ensure that half the daily caloric intake to be from carbohydrates.
3. Select more soluble forms of carbohydrates which clear quickly from the mouth (leafy green or yellow vegetables).
4. Consume carbohydrates at meals and avoid in-between meal snacks.
5. Substitute sticky sweets with raw fruit or vegetables or nuts for in-between meal snacks.
6. Cheese is highly recommended to eat, since it is one of the most potent caries preventing food there is. Not only does it stimulate a strong salivary flow but also raises calcium level concentration in plaque and raises oral pH to 7.5 within 3 minutes following ingestion which favors remineralization.

Last but not least, we can conclude that with neglection of dental hygiene everyone is actually at risk on getting some sort of teeth or gum problems. So it is essential for an individual to visit a dentist at least once every 6 months in order to re-evaluate the condition of your teeth and to know whether your oral care routine is done properly or not.It is common knowledge that our dentition is irreplaceable once lost, so it is very important for one to take good care of our teeth before its too late.

Prevention is definitely better than cure.

References:
ORAL PATHOLOGY PART II ,AL AZHAR UNIVERSITY ,FACULTY OF DENTAL MEDICINE FOR GIRLS
DENTAL PUBLIC HEALTH,CAIRO UNIVERSITY
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/6597132/

[MINDA PIMPINAN: NO PAIN NO GAIN]

Buka mata anda dan cubalah lihat kemajuan yang sedang berlaku. Lihat juga sahabat-sahabat kita yang telah menggenggam segulung ijazah dan mendapat pekerjaan yang baik. Indah bukan? Ketahuilah bahawa di sebalik setiap kemajuan atau kejayaan yang dicapai oleh seseorang itu pasti terdapat liku-liku yang perlu ditempuhi. Begitulah lumrah kehidupan. Ujian dan masalah akan sentiasa menjadi peneman kerana kehadirannya tidak mengira keadaan yang kita hadapi.

Sedih atau gembira. Duka ataupun tawa. Segala perasaan itu pasti datang dalam bentuk yang tersendiri. Dalam meniti jalan sebagai seorang penuntut ilmu, bersusah payah merupakan perkara yang akan menjadi kebiasaan dan juga tuntutan. Perkara ini haruslah diakui oleh semua penuntut ilmu kerana jalan-jalan menuntut ilmu memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Namun, jangan mengalah! Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

‚ÄúAllah telah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dalam kalangan kamu dan orang yang berilmu beberapa darjat.‚ÄĚ (Surah al-Mujadilah: 11)

Bersempena musim peperiksaan ini, menjadi kewajipan kepada para mahasiswa untuk membuat perancangan yang tersusun dan sistematik. Tanpa perancangan yang baik, sesuatu matlamat tidak akan mampu dicapai. Saidina Ali kw pernah berkata, ‚ÄúKebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun.” Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi membuat perancangan antaranya adalah dengan membuat jadual belajar. Sebagaimana kita menunaikan solat fardhu mengikut jadualnya, begitu jugalah dalam urusan pembelajaran kita.

Menghasilkan jadual waktu belajar merupakan satu langkah yang cukup mudah. Hasilkan jadual belajar yang disusun selari dengan kemampuan diri sendiri. Jangan peruntukkan masa untuk belajar sahaja tanpa ada waktu yang diperuntukkan untuk berehat dan aktiviti lain. Tidak cukup sekadar menyusun jadual, jadual tersebut perlulah dipatuhi dan dilazimi sebaik mungkin. Hendaklah sentiasa berdisiplin dengan jadual tersebut dan tekun melaksanakan setiap perancangan.

Setiap perancangan juga perlulah dilaksanakan dengan cara yang betul. Sebagai contoh, sekiranya anda telah memperuntukkan 2 jam untuk mengulangkaji pelajaran, maka gunakan 2 jam tersebut 100% hanya untuk mengulangkaji pelajaran sahaja. Jangan biarkan waktu tersebut disia-siakan dengan melakukan aktiviti lain yang sepatutnya dilakukan di waktu lain. Pepatah Arab ada menyebut, ‚ÄúMasa itu ibarat pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia (masa) akan memotong kamu.”

Soalan peperiksaan tahun-tahun lepas juga perlulah dijawab dan dikuasai supaya kita dapat mengenalpasti bentuk soalan yang lazim keluar dalam peperiksaan. Selain itu, pastikan diri kerap berjumpa dengan pensyarah ataupun senior yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan tips-tips dan panduan supaya subjek tersebut dapat difahami dengan baik kerana kita dituntut untuk merujuk sesuatu kepada yang ahlinya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

‚ÄúMaka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan sekiranya kamu tidak mengetahui.”
(Surah an-Nahl ayat 43)

Maka, jangan malu bertanya!

Tidak dinafikan bahawa kita memikul pelbagai tanggungjawab di dunia ini. Bagaimana seharusnya kita mengimbangi antara tanggungjawab-tanggungjawab yang dipikul itu? Seperti kata ulama’ fikah: “Orang yang berakal bukanlah yang mampu membezakan antara yang buruk dan baik. Sebaliknya, orang yang berakal adalah orang yang mampu membezakan yang mana lebih buruk antara dua keburukan dan mana yang lebih baik antara dua kebaikan.”

Pengembaraan menuntut ilmu ini adalah suatu kembara sufi. Ilmu itu hak, maksiat itu batil. Mana mungkin terkumpulnya dua perkara yang berbeza sifat di dalam satu tempat yang sama. Kita seringkali terleka dan lalai sehingga tanpa sedar kita melakukan perkara maksiat dan sia-sia. Maka jauhkanlah diri kita daripada perkara-perkara yang melalaikan kerana kita semua tahu bahawa ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.

Perbanyakkanlah berdoa pada saat-saat begini. Dalam berdoa pula perlu kita lihat terhadap cara kita berdoa. Adakah kita menjaga adab-adab dalam berdoa? Adakah kita memulakan doa dengan memuji dan membesarkan-Nya? Adakah kita berdoa dengan penuh kerendahan hati, penuh keyakinan atau sekadar cakap kosong di mulut, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri? Tepuk dada dan tanyalah hati.

Setelah pelbagai usaha telah dilakukan dan segenap kudrat telah dikerahkan, maka serahkanlah segala urusan kita kepada Allah. Bertawakkallah kepada-Nya secara total supaya hati kita terus dipandu rasa reda dengan setiap ketentuan-Nya. Firman Allah SWT:

“Maka apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal.”

Harus kita fahami dengan sebaiknya bahawa tawakkal itu ialah ibadah hati dan jasad perlu terus berusaha sesuai mengikut kadar limitasinya.

Akhir sekali, sama-samalah kita sedar bahawa segala yang manis tidak akan datang begitu sahaja. Kemanisan tidak akan datang jika kita berterusan istirahat. Kejayaan tidak mungkin datang sekiranya mentaliti kita hanya ibarat impian kelekatu naik ke bulan. Jika ingin berjaya tidak boleh tidur sahaja! Pepatah arab ada menyebut, “Ilmu itu tidak diperoleh melalui kerehatan tubuh badan.” Pepatah Melayu juga ada menyebut, “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.”

Contohilah sikap ulama’ pada zaman dahulu yang sangat memberi penekanan terhadap ilmu seperti Ibnu Sina yang sememangnya terkenal di seantero dunia dengan gelaran Avicenna kerana ketokohannya dalam bidang perubatan. Buku-buku beliau masih tetap menjadi rujukan oleh gergasi-gergasi Barat. Ayuhlah sama-sama kita hayati pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya yang berbunyi, “Tuntutlah ilmu. Pada saat kamu miskin, ilmu akan menjadi hartamu. Pada saat kamu kaya, ilmi akan jadi perhiasanmu.”

 

BIRO SUKAN DAN AKTIVITI LUAR,

PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR 2018/2019.

0

[KENYATAAN RASMI: MUHASABAH SEPARUH PENGGAL (MSP) SESI 2018/2019]

ō®ō≥ŔÖ ōßŔĄŔĄŔá ōßŔĄōĪō≠ŔÖŔÜ ōßŔĄōĪō≠ŔäŔÖ

ōßŔĄō≥ŔĄōßŔÖ ōĻŔĄŔäŔÉŔÖ ŔąōĪō≠ŔÖō© ōßŔĄŔĄŔá Ŕąō®ōĪŔÉōßō™Ŕá

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Ilahi atas segala nikmat yang tidak terhitung banyaknya.

Dari Syadad bin Aus RA, dari Rasulullah SAW, sabdanya, “Orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah SWT”. (HR. Imam Tirmidzi).

Jelas berdasarkan hadis di atas, Rasulullah SAW menggalakkan kita sebagai umatnya untuk sentiasa bersiap sedia menuju ke akhirat dengan kita menghisab diri dan beramal. Hal ini kerana perancangan yang teliti hasil daripada muhasabah akan membuahkan hasil yang lebih baik. Hadis ini juga membuktikan bahawa amalan bermuhasabah ini termasuk dalam tuntutan agama yang tidak mengecualikan mana-mana individu sekalipun terutamanya mereka yang bergelar pemimpin.

Justeru, dalam menggerakkan sebuah persatuan yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah dalam setiap gerak kerjanya, PERUBATAN Cawangan al-Azhar mengambil inisiatif untuk menilai dan membaiki prestasi kerja melalui pelaksanaan Muhasabah Separuh Penggal (MSP).

Secara kasarnya, MSP sesi ini dijalankan secara berperingkat. Bermula di peringkat pimpinan dan kemudian diteruskan di peringkat ahli dan telah berjalan bermula pada awal Ogos 2018 hingga akhir Ogos 2018. Aspek penilaian bagi MSP kali ini difokuskan kepada beberapa item utama iaitu muhasabah umum, evaluasi pembawaan, biro dan jabatan serta unit-unit khas.

 Akhir sekali, kami menjemput seluruh ahli PCA untuk sama-sama menjayakan Muhasabah Separuh Penggal (MSP) kali ini dengan mengisi Medium Aduan Online PCA, serta bersama-sama mempromosikan aktiviti-aktiviti sepanjang fasa MSP. Tempoh mengisi bermula 18 Ogos 2018 sehingga 28 Ogos 2018.

Semoga dengan kerjasama semua ahli dapat pertingkatkan lagi mutu gerak kerja PCA agar terus dapat berkhidmat kepada komuniti kita di bumi Mesir ini.

Sila tekan pautan ini: http://tinyurl.com/aduanPCA

Sekian. Terima Kasih.

‚ÄúPerancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti‚ÄĚ

‚ÄúAt-Taqwa, As-Syifa‚Äô, Ar-Rahmah‚ÄĚ

‚ÄúIlmuwan Berbakti, Teguh Sehati‚ÄĚ

ABU BAKAR AL-SIDDIQ BIN MOHAMED,

Naib Pengerusi I,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

NURIN JAZLINA BINTI MOHD ISMAIL,

Naib Pengerusi II,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

MINDA PIMPINAN: DERAIGNING RETURNS OF PURE SOULS

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan dengan-Nya kita meminta pertolongan. Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW, dan juga keatas keluarganya dan para sahabatnya serta mereka yang mengikutinya dengan amal hingga hari kiamat.

 

Firman Allah di dalam al-Quran: “Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Ghafir, ayat 57)

 

Telah menjadi satu persoalan lazim yang timbul dalam benak pemikiran manusia, iaitu persoalan tentang “mengapakah Tuhan menjadikan seluruh alam ini?” Sifat dan naluri ingin tahu manusia menjadikan kita sering tertanya-tanya apakah signifikasi kejadian-kejadian alam yang sungguh besar dan hebat ini. Perhatikanlah disekeliling kita, bukan sahaja kita berasa kagum tentang kejadian satu bentuk tubuh manusia, malah tidak dapat disenaraikan kebesaran Allah dari pandangan atas hingga ke lantai anda berpijak. Tetapi di sebalik keajaiban dan kekaguman kita, pernahkah terintas di fikiran kita, tujuan apakah tuhan menciptakan segala-galanya ini?

 

Penciptaan adalah bukti adanya Sang Pencipta. Akan tetapi, tidak bermaksud bahawa Sang Pencipta yang Maha Agung itu memerlukan ciptaanNya, malahan sebaliknya. Allah tuhan yg Maha Esa dan Maha Pencipta tidak memerlukan sesuatupun sama sekali. Boleh sahaja Dia tidak menciptakan alam ini jika dia menghendaki. Namun, diciptakannya seluruh isi semesta ini dengan tujuan yang tertentu. Setelah kita merenung tentang sesuatu yang lebih mudah membawa manusia memikirkan kebesaran Allah SWT iaitu kejadian alam semesta, luaskan pemikiran kita kepada mukjizat-mukjizat yang terselindung tapi tidak ubah tujuannya, juga untuk menzahirkan kebesaranNya dan bertujuan untuk mengurniakan pahala yg berganda-ganda kepada hambaNya. Apakah ia?

 

Bulan Ramadan adalah bulan yang paling dinantikan oleh umat muslim. Saat itu, dianggap sebagai bulan yang penuh berkat dan rahmat. Semua umat Islam disyariatkan untuk berpuasa. Allah menjanjikan akan memberi barakah kepada orang yang berpuasa. Seperti ditegaskan sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Suny dan Abu Nu‚Äôaim: “Berpuasalah maka kamu akan sihat.” Dengan berpuasa, akan diperoleh manfaat secara biopsikososial berupa kesihatan jasmani, rohani dan sosial. Mukjizat Ramadan yang dijanjikan dalam berpuasa inilah menjadi daya tarik ilmuwan untuk meneliti dengan lebih terperinci tentangnya.

Terkadang padatnya aktiviti duniawi menjadikan kita tidak memiliki waktu untuk beribadah dan mengakrabkan diri dengan-Nya. Momentum Ramadan ini kiranya dapat menjadi media terbaik bagi kita untuk mendekatkan diri dengan Yang Maha Kuasa. Pada bulan Ramadan , manusia adalah tetamu Allah. Sehingga mereka harus memenuhi syarat-syarat untuk meraih kehormatan Tuhannya. Al Quran menyebut: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu.” (Surah Ash-Shams, ayat 9)

 

Penyucian jiwa yang kita harapkan bukanlah wujud dalam tempoh Ramadan sahaja. Setiap apa yang mendidik kita punya matlamat untuk selepasnya, semoga penyucian jiwa yang ditempohi menjadi permulaan hidup yang sejahtera di bawah pemerhatian Allah.

 

Jadi, apabila kita mendapat pengampuanan dri Allah. Apa tindakan kita selepas Ramadan ? Salah satu tanda penerimaan Allah terhadap ibadah puasa yang kita laksanakan ialah, kehidupan kita berubah, walaupun satu inci. Jika gaya kehidupan kita menjadi lebih baik selepas Ramadan, bermaksud, Ramadan kita diterima oleh Allah. Maka sebaliknya, jika tiada perubahan atau mungkin semakin buruk, kita telah bazirkan nikmat Ramadan itu sendiri. Bak kata pepatah Inggeris, “Reward on condition it is done with conviction.”

 

Kita mestilah mengakhiri setiap amalan baik kita dengan memohon pengampunan dari Allah, selesai solat kita disunatkan untuk mengucapkan astaghfirullah. Sesudah ibadah haji kita disunatkan untk mengucapkan istighfar dan taubat, dan sama sekali apabila kita mengakhiri ibadah puasa, kita seharusnya mengakhiri dengan taubat dan jiwa yang suci. Kerana, taubat itu adalah faktor yang paling utama untuk Allah menerimanya. Mungkin kita selangi puasa kita dengan keadaan yg marah, puasa yang kurang sempurna, melihat keburukan dan sebagainya. Sebab itulah Allah mensyariatkan kita untuk sering mengucapkan kata taubat dan syukur.

 

Bagi orang beriman, tiada istilah terlambat untuk  berbuat kebaikan. Tidak terlambat jika kita cuba rekleksi balik diri kita dengan soalan. Adakah cita-cita Ramadan kita terlaksana ? Oleh kerana itu, sesungguhnya wajib bagi seorang mukmin apabila dia melihat imannya berkurang atau merasakan sesuatu dari indikasi futur, hendaklah ia berbekal dengan sebab-sebab bertambahnya keimanan, dan mengetahui tentang faktor-faktor pendokongnya. Jadi, jika kita boleh pastikan iman sepanjang Ramadan dalam keadaan baik, di bulan-bulan seterusnya pasti juga boleh. Dengan iman yang tinggi, kehendak untuk meneruskan kebaikan tidak akan luput. Itulah tarbiyah Ramadan yang sebenarnya, memulangkan jiwa yang baru sebagai muslim.

 

Eloklah sekiranya kita bermuhasabah apakah dengan menjalani ibadah puasa Ramadan itu kita merasai kesan tarbiyahnya. Antara kesan yang utama adalah jiwa kita bertambah kuat. Dalam hidup, manusia sentiasa didominasi hawa nafsu. Oleh itu, dalam Islam ada perintah supaya memerangi nafsu. Perangi di sini bermaksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu sehingga membuat kita tidak mempunyai keinginan langsung terhadap sesuatu yang bersifat keduniaan. Sekiranya manusia kalah untuk perangi hawa nafsu sendiri, tidak mustahil kita akan mengalihkan pengabdiannya dari Allah SWT. Ini dijelaskan dalam firman Allah SWT bermaksud; ‚ÄúMaka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.‚ÄĚ (Surah Al-Jathiyah, ayat 23)

 

Maka sebagai pengakhirannya, perjalanan hidup kita dipenuhi nikmat yang kadang jelas terzahir dan ada juga yang hadirnya secara tersembunyi. Maka, syukurilah segala sesuatu yang Allah kurniakan dan sentiasalah mengislahkan diri dari masa ke semasa untuk diri dan Islam. Jiwa yang suci dihiasi dengan keimanan yang tidak akan mendorong ke bawah dengan sesuatu yang bersifat keduniaan. Keimanan yang sebenar adalah asas peribadi umat Islam.

“Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersegam indah.”

(As Syahid Imam Hasan Al-Bnna)

 

BIRO PERUMAHAN DAN KEBAJIKAN,

PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR 2018/2019.

STAY CONNECTED