[KENYATAAN RASMI: SERUAN MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN & EXAM FEVER CAMPAIGN (EFC)]

0

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam kata-kata mutiara orang Arab menjelaskan:

‎أُطْلُبِ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدِ

“Tuntutlah ilmu dari buaian (bayi) hingga liang lahad.”

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan terhadap Pencipta kita yang Maha Esa kerana masih memberikan kita peluang merasai nikmat kehidupan ini melalui nafas Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Baginda SAW dan keluarga baginda serta para sahabat baginda kerana tanpa jerih payah usaha dakwah mereka, tidak mungkin kita merasai nikmat Islam.

Untuk makluman semua, pihak Fakulti Perubatan dan Pergigian Universiti al-Azhar telah memberi peringatan kepada semua pelajar supaya menyelesaikan yuran pengajian masing-masing sebelum peperiksaan akhir tahun bermula.

Sehubungan dengan itu, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) menyeru para pelajar untuk mengambil perhatian terhadap beberapa perkara tersebut:

1. Menyegerakan pembayaran yuran tahun semasa supaya tiada sebarang masalah yang timbul sewaktu peperiksaan akhir tahun nanti.

2. Bagi ahli yang mempunyai masalah tunggakan yuran, disarankan untuk menyelesaikan tunggakan yuran tersebut terlebih dahulu.

3. Ahli turut disarankan untuk memohon bantuan kewangan zakat dari negeri masing-masing sekiranya perlu.

4. Terus bersemangat untuk hadir ke kelas. Niatkan untuk menuntut ilmu bukan untuk peperiksaan.

5. Melaksanakan pecutan terakhir dalam akademik kalian sepanjang tempoh ‘study week’.

6. Memeriahkan suasana akademik di komuniti kita melalui medium yang ada seperti aktiviti EFC dan media massa (Facebook, WhatsApp dll).

7. Menggunakan peluang keemasan semasa Ramadan ini dengan mendoakan sahabat-sahabat kita berjaya di dunia dan di akhirat.

Biro Akademik memahami keadaan sebahagian ahli yang kurang berkemampuan. Justeru itu, kami menyarankan agar semua ahli dapat sama-sama cakna dan membantu meringankan beban antara satu sama lain. Kalian boleh merujuk Biro Kebajikan PCA bagi mendapatkan bantuan melalui tawaran-tawaran yang disediakan. Moga dapat membantu meringankan beban kita bersama.

Selain itu, dimaklumkan bahawa fasa Exam Fever Campaign (EFC) akan bermula pada 29 Mei 2021 dan akan berlangsung sehingga selesai fasa peperiksaan. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah HAMKA Corner, MyGuru dan sebagainya. Diharapkan kepada kita semua dapat mengambil manfaat dan melibatkan diri dalam fasa EFC ini. 

Akhir kalam, kami pimpinan PERUBATAN Cawangan al-Azhar, mengucapkan selamat mengulang kaji pelajaran dan maju jaya buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan Universiti al-Azhar dalam menempuh peperiksaan akhir tahun sesi 2020/2021 ini. Semoga dengan medium yang telah disediakan ini, kita beroleh manfaat yang baik. Kami mendoakan agar semua ahli diberi kekuatan untuk terus mengulang kaji pelajaran serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT kerana tiada kuasa yang dapat menandingi kekuasaan Allah.

Seeru ‘Ala Barakatillah.

Wallahu A’lam.

“Achieve The Highest, Improve Others”

“PCA: Our Family, Our Unity”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

MOHAMMED AIMAN FARHAN BIN AZMI

Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

AUNI BINTI MOHD ASHARI

Timbalan Ketua Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

http://ask.fm/setiausahapca

#KitaKeluargaPCA

#KitakanRakyatMalaysia

#SayangiPERUBATAN

“Achieve the Highest, Improve Others”

“PCA: Our Family, Our Unity”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?