KENYATAAN RASMI: PEMAKLUMAN PROSEDUR PEMBAYARAN YURAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN

KENYATAAN RASMI: PEMAKLUMAN PROSEDUR PEMBAYARAN YURAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN

0

اَلْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ, اِحْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلاَ تَعْجَزْ

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, dan masing-masing memiliki kebaikan. Bersungguh-sungguhlah dalam (mengerjakan) hal-hal yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan daripada Allah dan janganlah bersikap lemah.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Biro Akademik telah menerima beberapa aduan berikutan masalah pembayaran yuran pembelajaran secara pembuatan ‘bankdraft’ kerana pada sesi ini terdapat beberapa bank di Malaysia yang sudah tidak menerima khidmat untuk membuat ‘bankdraft’ secara fizikal.

Sehubungan dengan itu, bagi menyelesaikan masalah ini sukacitanya, Biro Akademik akan melampirkan prosedur pembayaran yuran pembelajaran secara atas talian yang telah dibincangkan bersama Pembantu Naib Presiden Pelajar-Pelajar Antarabangsa, Dr Hamed Helal.

Berikut merupakan prosedur pembayaran yuran pembelajaran:

1. Bagi pelajar yang memerlukan prosedur untuk membayar yuran pembelajaran dengan segera, pelajar boleh membuat pembayaran secara atas talian melalui butiran-butiran yang dinyatakan di bawah:

CORRESPONDENT BANK NAME: CITI BANK, NEW YORK

SWIFT BANK CODE: CITIUS33XXX

ACCOUNT NUMBER: 36001304

BENEFICIARY BANK: CENTRAL BANK OF EGYPT

SWIFT BANK CODE: CBEGEGCXXXX

BENEFICIARY IBAN NO. (A/C NO.): 9450802244

CURRENCY: USD

BENEFICIARY CUST NAME: AL-AZHAR UNIVERSITY

2. Pelajar yang menggunakan prosedur ini boleh menunjukkan butiran-butiran di atas kepada bank yang bertanggungjawab untuk memindahkan wang tersebut bagi memudahkan prosedur ini dijalankan.

3. Pelajar juga boleh memuat naik dokumen asli butiran-butiran pembayaran di pautan yang tertera:

https://drive.google.com/file/d/1glgvz_njA7PpVoBtOCFW-GWrm-qoYjaU/view?usp=sharing

4. Fakulti akan mengeluarkan senarai nama ahli yang telah membayar yuran dalam masa 15 hari (anggaran) sebagai pengesahan kepada pembayaran tersebut.

5. Sekiranya pelajar masih ingin meneruskan pembayaran secara ‘bankdraft’ seperti kebiasaan sebelum ini, bank CIMB masih menggunakan prosedur yang sama untuk membuatnya.

Prosedur ini terbuka kepada semua pelajar siswa dan siswi kuliah Perubatan dan Pergigian.

Diharapkan agar prosedur ini dapat membantu ahli dalam menyelesaikan pembayaran yuran pembelajaran sesi ini sebelum tibanya peperiksaan akhir tahun.

Sebarang permasalahan dan persoalan boleh hubungi:

Ketua Biro Akademik

Mohammed Aiman Farhan bin Azmi

No. Whatsapp: +601157618283

No. Tel: +201225683798

Timbalan Ketua Biro Akademik

Auni binti Mohd Ashari

No. Whatsapp: +201274327648

No. Tel: +201555255430

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

http://ask.fm/setiausahapca

#KitaKeluargaPCA

#KitakanRakyatMalaysia

#SayangiPERUBATAN

“Achieve the Highest, Improve Others”

“PCA: Our Family, Our Unity”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Biro Akademik,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?