KENYATAAN RASMI: Portfolio Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2021/2022.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi justeru dengan inayah dan kurnia-Nya kita masih dapat merasa nikmat iman dan Islam yang merupakan nikmat terbesar kita hingga ke hari ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang telah membawa manusia mengenal Ilahi dan mengajar manusia untuk mengejar reda Allah SWT melalui agama Islam.
Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali ke-8 pada tanggal 12 Februari telah berlangsung dengan jayanya. Semoga setiap perbahasan dan perbincangan dalam mesyuarat tersebut sedikit sebanyak memberi manfaat buat seluruh ahli PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) dan akan membuahkan hasil serta mampu membantu dalam membawa PCA ke arah pembinaan ahli yang lebih rabbani dan kompeten. Bertepatan dengan itu, tampuk kepimpinan PCA telah bertukar tangan dan akan diterajui oleh semangat-semangat baharu yang akan mengemudi bahtera ini dalam meneruskan penyebaran Islam di bumi al-Azhar.
Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 28, Nombor 1 (c):
“Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.”
Oleh itu, berikut merupakan portfolio yang telah dipersetujui bersama.
Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) 2021/2022:
BIL | JAWATAN | NAMA |
1. | Pengerusi | Muhammad Safwan bin Khairul Anwar |
2. | Naib Pengerusi I merangkap Ketua Biro Kebajikan | Muhammad Azhan bin Onn @ Nor Azhari |
3. | Ketua Jabatan Setiausaha merangkap Biro Penerbitan & Penerangan | Muhammad Nur Ihsan bin Norzaidi |
4. | Ketua Jabatan Bendahari merangkap Biro Ekonomi | Amir Syahiran bin Saifuddin |
5. | Ketua Biro Akademik | Mohammed Aiman Farhan bin Azmi |
6. | Ketua Biro Pembangunan Insan merangkap Biro Sukan & Aktiviti Luar | Mohd Laden bin Seydesi |
7. | Timbalan Pengerusi | Nurul Madihah binti Mohd Fadzli |
8. | Naib Pengerusi II | Nur Ainaa binti Harizan |
9. | Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha | Siti Aisyah binti Abdul Aziz |
10. | Timbalan Ketua Jabatan Bendahari | Nor Syamimi Farhana binti Mohd Shaifullah |
11. | Timbalan Ketua Biro Akademik | Auni binti Mohd Ashari |
12. | Timbalan Ketua Biro Pembangunan Insan merangkap Biro Sukan & Aktiviti Luar | Nurul Jannah binti Mohamed Razali |
13. | Timbalan Ketua Biro Kebajikan | Nurul Basyiirah binti Mohamed |
14. | Timbalan Ketua Biro Penerbitan & Penerangan | Nurfatimah binti Anuar Hushaini |
Dengan pengumuman yang dibuat ini, maka bermulalah gerak kerja barisan pimpinan untuk berkhidmat kepada ahli seterusnya membawa PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2021/2022 ke arah perubahan dan transformasi yang lebih baik seiring dengan usianya. Kami barisan pimpinan PCA sesi 2021/2022 berharap agar semua ahli memberi kerjasama dan sepenuh komitmen dalam menjayakan agenda kesatuan yang kita impikan. Sebagai pengakhiran, marilah kita semua hayati dua hadis Rasulullah SAW.
Baginda bersabda:
“Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda:
“Maka wajiblah ke atas kamu berjemaah kerana sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang jauh daripada kumpulannya.”
(HR. al-Nasa’i)
Siiruu Alaa Barakatillah
Sekian, terima kasih.
“PCA: Our Family, Our Unity”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

Muhammad Safwan bin Khairul Anwar,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.
Nurul Madihah binti Mohd Fadzli,
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.