KENYATAAN RASMI: Perlantikan Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2021/2022.

KENYATAAN RASMI: Perlantikan Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2021/2022.

0

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Basyar al-Hafi berkata: “Saya bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad SAW. Baginda bertanya, ‘Wahai Basyar, tahukah kamu, dengan apa Allah meninggikanmu di antara kawan-kawanmu?’

‘Tidak ya Rasulullah.’ Jawab saya.

Lantas Baginda bersabda: ‘Dengan baktimu kepada orang-orang soleh; nasihatmu kepada saudara-saudaramu; kecintaanmu kepada sahabat-sahabatmu dan pengikut sunahku; serta kepatuhanmu kepada sunahku.”

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih diberikan nikmat yang paling berharga iaitu nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasallam.

Dengan perletakan jawatan pimpinan sesi 2020/2021 dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PERUBATAN Cawangan al-Azhar kali ke-8 pada 12 Februari lalu, maka telah rasmilah kenaikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan al-Azhar bagi sesi 2021/2022.

Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 30, Perkara 1 yang berbunyi:

Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan selewat-lewatnya 14 (empat belas) hari selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan.”

Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegak.

Oleh yang demikian, berikut adalah senarai nama penasihat bagi sesi 2021/2022:-
1) Ahmad Zaki Assyatiri bin Muhamad Shukri (Ketua Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan al-Azhar)
2) Syed Mohamad Aslam Husaini bin Syed Bahrim
3) Mohamad Naim bin Mohd Bashir
4) Norsalwani binti Omar (Timbalan Ketua Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan al-Azhar)
5) Nor Syahindah binti Md Nizam
6) Fathimah Bahirah binti Mohamad Khazani
7) Awatif Toklubok binti Mamad Yaidi

Al-Junaid RA berkata: “Seseorang tidak akan sampai kepada Allah kecuali dengan Allah. Jalan untuk sampai kepada Allah adalah mengikut al-Mustafa SAW.”

Semoga para penasihat AJKT PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022 terus kuat dan istiqamah dalam meniti jalan Rasulullah dan dalam membantu membina jati diri pimpinan PCA sesi ini. Kita bukanlah hamba yang beramal dengan pengharapan suatu perihal dunia, kita hanyalah hamba yang bersyukur, kita bersyukur kepada Allah dengan berterima kasih secara amal, hati dan lisan secara keseluruhannya.

Firman Allah SWT:

(( اِنْفِرُوْا خِفَافًا وَّثِقَالًا وَّجَاهِدُوْا بِاَمْوَالِكُمْ وَاَنْفُسِكُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۗذٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ ))

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
(Surah at-Taubah: 41)

Berlayarlah PERUBATAN. Kita bekerja dengan PERUBATAN, kita bekerja untuk Islam.

#KitaKeluargaPCA

#KitaKanRakyatMalaysia

#SayangiPERUBATAN

Siiruu Alaa Barakatillah

Sekian , terima kasih.

“PCA: Our Family, Our Unity”
“Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa , ar-Rahmah”

Muhammad Safwan bin Khairul Anwar,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022

Nurul Madihah binti Mohd Fadzli,
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2021/2022.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?