[KENYATAAN RASMI MAJLIS MESYUARAT PEMILIHAN CAWANGAN PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR 2020/2021]

0

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

(إِذَا خَرَجَ ثَلاَثَةٌ فِيْ سَفَرٍ فَلْيُؤَمَّرُوْا أَحَدَهُمْ)

“Apabila tiga (orang Islam) keluar dalam satu perjalanan maka hendaklah mereka melantik seorang daripada mereka menjadi ketua.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis tersebut kita dapat memahami bahawa melantik pemimpin adalah perkara yang sangat penting. Dengan adanya pemimpin maka urusan umat menjadi tersusun dan segala pertelingkahan dapat diberi kata putus.

Pihak Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) telah mengadakan mesyuarat beberapa kali bagi membincangkan siapakah pimpinan PCA bagi sesi hadapan. Sukacita dimaklumkan kami telah bersepakat untuk memutuskan nama-nama berikut agar menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PCA sesi 2021/2022.

Berikut ialah senarai nama calon ahli AJKT Fasa 1:

Calon AJKT Siswa:

  1. Muhammad Safwan bin Khairul Anwar
  2. Muhammad Azhan bin Onn @ Nor Azhari
  3. Mohd Laden bin Seydesi
  4. Amir Syahiran bin Saifuddin

Calon AJKT Siswi:

  1. Nur Ainaa binti Harizan
  2. Nurul Basyiirah binti Mohamed
  3. Nor Syamimi Farhana binti Mohd Shaifullah
  4. Siti Aisyah binti Abdul Aziz
  5. Nurfatimah binti Anuar Hushaini
  6. Nurul Jannah binti Mohamed Razali

Dengan pengumuman ini, tempoh bantahan akan bermula pada hari ini 30 Disember 2020 sehingga 3 Januari 2021. Sebarang bantahan boleh dikemukakan kepada Pengarah MMPC, Umar Hanis bin Ahmad Sukri Hamidi, atau Timbalan Pengarah MMPC, Syifa’ binti Hairul Anuar. Selain itu, sebarang cadangan mahupun komen boleh disertakan juga.

Di sini juga disertakan nama-nama AJKT yang dikekalkan:

  1. Mohammed Aiman Farhan bin Azmi
  2. Muhammad Nur Ihsan bin Norzaidi
  3. Nurul Madihah binti Mohd Fadzli
  4. Auni binti Mohd Ashari

Pengumuman keputusan akhir Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2021/2022 akan dikeluarkan pada 5 Januari 2021.

Wallahu Taala A’lam.
Sekian, terima kasih.

“PCA: Kita Satu Keluarga”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah”

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia
#PERUBATANKelasPertama
#MemimpinGelombangISLAH

Yang menjalankan tugas,
Umar Hanis bin Ahmad Sukri Hamidi.
Pengarah Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2020/2021

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?