[ARTIKEL GRADUAN |3 KUNCI KEJAYAAN: DOA, USAHA DAN TAWAKAL]

0

Selaku mahasiswa muslim, seharusnya bagi kita memulakan langkah kita dalam mengejar cita-cita dan kejayaan dengan menadah tangan dan memohon daripada Allah SWT. Maksud firman Allah SWTdalam Surah al-Ghafir ayat 60; “Berdoalah (meminta) kepada-Ku, nescaya akan Aku makbulkan.” Maka yakinlah kita akan firman Allah yang memberikan jaminan bahawa Dia akan mengabulkan doa mereka yang meminta (berdoa) daripada-Nya.

When you go to get your goal, you’re sending a telegram to Murphy’s law to visit you personally.” Boleh jadi sesuatu yang ditemui dalam garis masa kehidupan kita; baik mahupun buruk (di mata kita), sebenarnya merupakan persediaan daripada Allah untuk memandu dan membimbing kita kepada kejayaan sebagaimana yang pernah kita doakan.

Dalam kita berdoa untuk kejayaan diri, doakan juga kejayaan untuk sahabat seperjuangan yang lain. Bukanlah satu kerugian apabila mendoakan kebaikan kepada orang lain. Bahkan ia merupakan satu kegembiraan kerana mafhum daripada hadis Baginda SAW, malaikat akan mengaminkan doa seseorang muslim kepada muslim yang lain secara diam dan turut mendoakan kepada si pendoa akan perkara yang didoakan.

Kemenangan dan kejayaan tidak akan datang bergolek hanya dengan kita duduk bersilang kaki. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, bantuan “Burung Ababil” hanya akan datang setelah kita berusaha dan memerah keringat. Sebagaimana para sahabat Rasulullah SAW yang sentiasa berusaha untuk menyebarkan Islam ke serata dunia sehingga pada kemuncaknya, hampir 2/3 daripada dunia ini berada di bawah pemerintahan Islam yang adil.

Allah SWT berfirman dalam Surah Muhammad yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah Muhammad: Ayat 7)

Dalam ayat tersebut, Allah SWT telah menjanjikan bahawa Dia akan membantu sesiapa yang membantu agama-Nya; yakni Islam. Bantuan Allah itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi dilapangkan dada untuk belajar, boleh jadi dipermudah urusan untuk ke dewan peperiksaan dan boleh jadi bantuan itu datang dalam bentuk sahabat yang banyak membantu sepanjang tempoh “study week”.

Maksud firman Allah SWT:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah: Ayat 216)

Dalam lembaran sirah, Rasulullah dan para sahabat sering mengajarkan kepada kita makna usaha dan tawakal. Setiap doa mestilah diiringi dengan usaha dan begitu juga dengan usaha, mestilah diiringi dengan doa. Itulah yang dimaksudkan dengan tawakal; doa yang disertakan dengan usaha dan seterusnya tawakal atau menyerahkan bulat-bulat keputusannya kepada Allah SWT.

Maka setelah berdoa dan berusaha, maka serahkanlah keputusannya kepada Allah. Dan yakinlah semua yang datang daripada Allah itu, semuanya adalah kebaikan. Dan, setiap perkara yang berlaku, mungkin penyebabnya datang daripada kita. Maka, sentiasalah bermuhasabah dan berwaspada agar tidak hanyut dengan kesusahan atau terleka dengan kesenangan.

“Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah ke atas Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakal.” (Surah Ali Imran: Ayat 159)

Ahmad Zulkhairi bin Dzulkiflee,
Graduan Kuliah Perubatan Universiti al-Azhar Tahun 2020.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?