[KENYATAAN RASMI: PEMANGKUAN AJKT PCA | KETUA JABATAN SETIAUSAHA]

0

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terpelihara dalam nikmat Islam dan iman dan tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat hidayah dan taufiq-Nya. Semoga kita juga tergolong sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaatnya kelak.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, satu pemangkuan portfolio akan berlaku berikutan seorang AJKT PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) yang telah melakukan perpindahan kredit ke salah sebuah universiti di Malaysia, maka beliau tidak akan dapat meneruskan tugasan beliau seperti biasa di Mesir.

Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

  1. Memangku sepenuhnya bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
  2. Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.
  3. Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan. Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT berserta nombor telefon sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PERUBATAN Cawangan al-Azhar:
BILPORTFOLIONAMA AJKTPEMANGKUTARIKH
1.Jabatan Setiausaha (JSU)Mohamad Fikruddin bin Ahmad Baseri
Ahmad Danial bin Mohd Norazhar 10 November 2020 – Akhir sesi.

Justeru, PERUBATAN Cawangan al-Azhar ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Mohamad Fikruddin bin Ahmad Baseri atas bakti yang telah dicurahkan sebagai Ketua Jabatan Setiausaha PCA bagi sesi 2020/2021. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala usaha dan khidmat yang telah diberikan untuk ahli PCA. Semoga pengalaman dan kefahaman yang diperoleh menjadi bekal bermanfaat dunia dan akhirat, seterusnya dapat terus berbakti kepada masyarakat walau di mana jua berada.

Kami ingin memohon agar semua ahli untuk mendoakan kelancaran dan kemudahan para pimpinan dalam melakukan kerja amal Islami disamping kalian kekal menjadi pendokong dan penyokong yang istiqamah terhadap gerak kerja Islam ini.

Seeru ala barakatillah, sekian terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia
#sayangiPERUBATAN

“PCA: Kita Satu Keluarga.”

سيرو على بركة الله

Sekian, terima kasih.

‘Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati’
’at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah’

Muhammad Safwan bin Khairul Anwar,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2020/2021.

Nur Aqillah binti Ayob,

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2020/2021.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?