[KENYATAAN RASMI: PEMAKLUMAN PENANGGUHAN CUTI PERISTIWA 6 OKTOBER]

0

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya dapat kita mengecapi nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang banyak berkorban dalam menyebarkan ajaran Islam sehingga sampai kepada kita.

Bersempena cuti peristiwa 6 Oktober 2020 yang jatuh pada hari Selasa esok hari, maka dengan ini fakulti perubatan dan pergigian mahasiswa/wi Universiti al-Azhar telah mengumumkan cuti tersebut ditangguhkan kepada hari Khamis, 8 Oktober 2020.

Justeru itu, segala aktiviti pembelajaran dan peperiksaan akan berjalan seperti biasa pada esok hari. Biro Akademik juga mengucapkan selamat menduduki peperiksaan bagi para pelajar yang terlibat. Diingatkan kepada seluruh ahli agar terus mematuhi SOP pada sebarang aktiviti sebagai langkah bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Sekian, terima kasih.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila hubungi kami atau klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

http://ask.fm/setiausahapca

#KitaKeluargaPCA

#KitakanRakyatMalaysia

#SayangiPERUBATAN

“Achieve The Highest, Improve Others”

“PCA: Kita Satu Keluarga”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2020/2021.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?