[Kenyataan Rasmi: Makluman Hasil Pertemuan dengan Timbalan Dekan, Dr Khairy Abdel Hamid]

0

بسم الله الرحمن الرحيم

فَإِن تَوَلَّوۡا۟ فَقُلۡ حَسۡبِیَ ٱللَّهُ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَیۡهِ تَوَكَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِیمِ

“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.”
(Surat at-Taubah: 129)

Biro Akademik telah dimaklumkan oleh pihak Fakulti Perubatan, Universiti al-Azhar berkenaan beberapa pemakluman berkaitan peperiksaan dan pembelajaran para pelajar.

PERUBATAN

A. Peperiksaan bagi Subjek al-Quran (Bertulis).

Peperiksaan akan dijalankan pada bulan depan bagi para pelajar perubatan tahun 1, 2, 3 dan 4. Para pelajar yang di Malaysia khususnya boleh merancang untuk pulang ke Mesir semula bagi menghadiri peperiksaan ini memandangkan Timbalan Dekan tidak membenarkan peperiksaan ini ditangguhkan.

Bagi yang ingin menghadiri peperiksaan Dur Thani, masih tiada keputusan oleh Timbalan Dekan berkenaan perkara tersebut.

Berikut adalah tarikh peperiksaan subjek al-Quran.

  1. Tahun 1: 13/9/2020
  2. Tahun 2: 16/9/2020
  3. Tahun 3: 16/9/2020

B. Jadual Pembelajaran Akademik.

Para pelajar perubatan tahun 5 & 6 akan memulakan kelas pada esok hari. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa maklumat penting tentang pergerakan kelas tersebut:

  1. Kelas tersebut dikenali sebagai kelas intensif bagi menampung pembelajaran subjek-subjek yang tidak dapat dilaksanakan sepanjang fasa COVID-19.
  2. Semua subjek akademik akan dilaksanakan seperti biasa di kelas kecuali subjek Internal Medicine akan dilaksanakan di hospital.
  3. Para pelajar akan dibahagikan kepada 3 kumpulan dan akan bercampur belajar bersama dengan pelajar Mesir di dalam satu kelas.

Walau bagaimanapun, Biro Akademik akan cuba berbincang dengan Timbalan Dekan supaya para pelajar Malaysia dapat diasingkan kelas dengan pelajar Mesir supaya dapat belajar dengan lebih selesa.

C. Peperiksaan Dur Thani bagi Tahun 4.

Biro Akademik dimaklumkan tiada lagi tarikh khusus untuk pelaksanaan peperiksaan Dur Thani tersebut. Biro Akademik sudah sentiasa menggesa pihak fakulti agar mengeluarkan tarikh tersebut secepat mungkin bagi memudahkan perancangan pulang pelajar yang masih berada di Malaysia.

D. Hal-Hal Lain.

  1. Kelas untuk sesi baharu bagi para pelajar perubatan tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 bawah akan bermula pada 17 Oktober 2020.
  2. Sebarang maklumat tambahan dan perubahan daripada pihak fakulti akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Biro Akademik:

  • Ahmad Danial bin Mohd Norazhar
  • Panggilan: +20 112 244 3221
  • WhatsApp: +20 112 244 3221

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia
#SayangiPERUBATAN

“Achieve The Highest, Improve Others”

“PCA: Kita Satu Keluarga”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2020/2021.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?