[KENYATAAN RASMI: PEMAKLUMAN PEPERIKSAAN BAGI PELAJAR JURUSAN PERUBATAN DAN PERGIGIAN SISWA]

0

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ:سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:لَوْ اَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ, تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا.

Dari Umar r.a, dia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Jika kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, maka nescaya Allah akan memberikan kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki kepada burung; ia pergi pagi hari dalam keadaan perutnya kosong, lalu pulang pada petang hari dalam keadaan kenyang.”

[HR Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah]

Biro Akademik telah dimaklumkan oleh pihak fakulti Universiti al-Azhar berkenaan tarikh mula peperiksaan khususnya bagi pelajar jurusan Perubatan tahun 4 (Dur Awal) , 5 dan 6 (Dur Thani)  dan Tahun 4 Pergigian Siswa.

(BERMULA 5 JULAI 2020)

• Tahun 4 Perubatan (Peperiksaan bertulis di fakulti).

(BERMULA 4 OGOS 2020)

• Tahun 4 Perubatan (Peperiksaan praktikal dan lisan di fakulti).

(BERMULA 12 JULAI  2020)

Dur Thani tahun 5 Perubatan (Peperiksaan bertulis di fakulti).

(BERMULA  16 JULAI 2020)

Dur Thani tahun 6 Perubatan (peperiksaan bertulis di fakulti).

(BERMULA  16 JULAI 2020)

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil cakna oleh semua ahli memandangkan format peperiksaan kali ini sedikit berbeza dengan sebelum ini. Terdapat beberapa perubahan yang perlu sama-sama kita ambil berat tentangnya:

  1. KULIAH PERUBATAN

TAHUN 1,2 DAN 3

  1. Peperiksaan amali bagi pelajar tahun 1,2 dan 3 akan dijalankan secara atas talian pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh fakulti dalam waktu yang terdekat.

TAHUN 4

  1. Tiada peperiksaan subjek al-Quran secara lisan bagi tahun 4.
  2. Pihak BCAD telah mendapat makluman daripada pihak fakulti tentang pengecualian daripada menduduki peperiksaan pada bulan Julai ini bagi pelajar tahun 4 Perubatan yang berada di Malaysia untuk ditangguhkan kepada tarikh peperiksaan dur thani tanpa menjejaskan pemarkahan pelajar.

TAHUN 5

  1. Pihak BCAD juga menunggu maklum balas berkenaan pengecualian kepada para pelajar dur thani bagi subjek tahun 5 Perubatan.
  2. Peperiksaan secara lisan bagi subjek Internal Medicine dan Pediatrics tidak akan dijalankan untuk peperiksaan kali ini.
  3. Peperiksaan secara amali bagi subjek Pediatrics akan dijalankan secara berkumpulan dan tarikh tersebut akan diputuskan pada hari yang sama berdasarkan persetujuan antara pelajar dan fakulti. (Pada masa yang sama, BCAD akan rujuk Vice Dean).
  • KULIAH PERGIGIAN

PRA-PERGIGIAN, TAHUN 1, 2 DAN 3

  1. Bagi pelajar Pra-pergigian, Tahun 1, 2 dan 3 fakulti Pergigian, peperiksaan amali akan dilaksanakan pada bulan September iaitu pada awal sesi akademik 2020/2021.

TAHUN 4

  1. Pihak BCAD juga telah mendapat makluman tidak rasmi daripada wakil batch Pergigian tahun 4 berkenaan pengecualian mereka daripada menduduki peperiksaan pada bulan Julai ini bagi pelajar tahun 4 Pergigian yang berada di Malaysia untuk ditangguhkan dur awal kepada tarikh peperiksaan dur awal yang lain tanpa menjejaskan pemarkahan pelajar khusus untuk pelajar Malaysia sahaja. Oleh itu, Pihak BCAD akan cuba sebaiknya untuk mendapatkan pengesahan secara hitam putih daripada pihak fakulti bagi memastikan perkara tersebut rasmi dan akan dilaksanakan.
  • PERINGATAN UMUM
  • Para pelajar diingatkan untuk membawa dokumen pengenalan diri semasa ke dewan peperiksaan seperti kerneh (kad pelajar) atau pasport.
  • Pelajar yang akan mengambil peperiksaan di fakulti hendaklah mengambil berat tentang keselamatan diri.
  • Pelajar diwajibkan untuk memakai pelitup muka dan sentiasa membawa ‘hand sanitizer’ serta mematuhi langkah-langkah keselamatan diri daripada pihak berkuasa. Untuk makluman, pihak BCAD telah mencadangkan kepada pihak fakulti untuk mendisinfeksi bilik-bilik peperiksaan.

Sebarang perubahan dan pengemaskinian makluman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Oleh itu, BCAD ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan bagi semua tahun yang terlibat. BCAD juga menyeru kepada semua pelajar agar mengulang kaji pelajaran sebaiknya  terutamanya bagi tahun 4 Perubatan yang akan menduduki peperiksaan serta pelajar tahun 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan akhir mereka bermula bulan November dan Disember akan datang.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia
#SayangiPERUBATAN


“Achieve the Highest, Improve Others”
“PCA: Kita Satu Keluarga”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”


Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2020/2021.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?