[KENYATAAN RASMI: PEMAKLUMAN PEPERIKSAAN BAGI PELAJAR JURUSAN PERUBATAN DAN PERGIGIAN SISWI]

0

اَلْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ, اِحْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلاَ تَعْجَزْ

“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, dan masing-masing memiliki kebaikan. Bersungguh-sungguhlah dalam (mengerjakan) hal-hal yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan dari Allah dan janganlah bersikap lemah.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Biro Akademik telah dimaklumkan oleh pihak fakulti universiti al-Azhar berkenaan tarikh mula peperiksaan khususnya bagi pelajar tahun 2, 3 dan 4 Perubatan dan Tahun 4 Pergigian Siswi.

(BERMULA 4 JULAI 2020)

• Tahun 4 Pergigian (Peperiksaan bertulis di fakulti).

(BERMULA 5 JULAI 2020)

• Tahun 4 Perubatan (Peperiksaan bertulis di fakulti).

(BERMULA 6 JULAI 2020)

• Dur Thani tahun 5 Perubatan (Peperiksaan bertulis di fakulti).

(BERMULA 7 JULAI 2020)

• Tahun 2 dan 3 Perubatan (Peperiksaan amali secara atas talian).

• Dur Thani tahun 6 Perubatan (Peperiksaan bertulis di fakulti).

  1. Tiada peperiksaan subjek al-Quran bagi tahun 2. Manakala, bagi tahun 3 peperiksaan subjek al-Quran akan dilaksanakan di fakulti selepas peperiksaan amali selesai.
  2. Pihak BCAD juga akan menghantar surat permohonan pengecualian daripada menduduki peperiksaan pada bulan Julai ini bagi pelajar tahun-tahun berkenaan yang berada di Malaysia untuk ditangguhkan kepada tarikh peperiksaan dhur thani tanpa menjejaskan pemarkahan pelajar.
  3. Bagi pelajar Pra-pergigian, Tahun 1, 2 dan 3 fakulti Pergigian, peperiksaan amali akan dilaksanakan pada awal sesi akademik 2020/2021.
  4. Para pelajar diingatkan untuk membawa dokumen pengenalan diri semasa ke dewan peperiksaan seperti kerneh atau pasport.
  5. Pelajar yang akan mengambil peperiksaan di fakulti hendaklah mengambil berat tentang keselamatan. Pelajar diwajibkan memakai pelitup muka dan sentiasa membawa ‘hand sanitizer’. Untuk makluman, pihak BCAD telah mencadangkan kepada pihak fakulti untuk mendisinfeksi bilik-bilik peperiksaan.
  6. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Oleh itu, BCAD mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan bagi semua tahun yang terlibat. BCAD juga menyeru kepada semua pelajar agar menumpukan sepenuh perhatian kepada ‘Online Classes’ terutamanya bagi tahun 2, 3 yang akan menduduki peperiksaan amali serta pelajar tahun 5, 6 yang akan menduduki peperiksaan akhir mereka bermula bulan Oktober dan November.

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

#KitaKeluargaPCA

#KitakanRakyatMalaysia

#SayangiPERUBATAN

“Achieve the Highest, Improve Others”

“PCA: Kita Satu Keluarga”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2020/2021.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?