[KENYATAAN RASMI: PEMAKLUMAN FORMAT TERKINI DAN TARIKH MULA PEPERIKSAAN SERTA URUSAN BAYARAN YURAN BAGI PELAJAR JURUSAN PERUBATAN & PERGIGIAN SISWA]

0

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِفَاعِلِهِ

Ertinya: ”Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikan maka baginya pahala seperti pahala pelakunya”.

(Hadis riwayat Muslim)

PERUBATAN Cawangan al-Azhar telah dimaklumkan oleh pihak Universiti al-Azhar berkenaan format terkini dan tarikh mula peperiksaan bagi Fakulti Perubatan & Pergigian Siswa.

A. FAKULTI PERUBATAN SISWA

Berikutan keadaan semasa arahan kawalan pergerakkan disebabkan oleh wabak COVID-19, terdapat beberapa perubahan dari segi:-

I.   PEPERIKSAAN

Teknikal dan format peperiksaan akhir tahun 2020. Perubahan-perubahan yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

1. Dur Awal

1.1 (30 MEI – 11 JULAI 2020)

Tahun 1 Perubatan Siswa.

Tahun 2 Perubatan Siswa.

Tahun 3 Perubatan Siswa.

Tahun 4 Perubatan Siswa.

Perubahan Teknikal :

  • Pihak universiti menyatakan, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan berterusan sehingga bulan Syawal, berkemungkinan besar peperiksaan secara atas talian akan dilaksanakan. Namun buat masa ini, peperiksaan akan dijalankan seperti biasa di dewan peperiksaan jika fasa cuti telah berakhir. Jika ada sebarang perubahan teknikal, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 
  • Sekiranya peperiksaan secara atas talian dilaksanakan, pihak universiti akan melaksanakan sesi percubaan dahulu untuk memastikan keberkesanan sistem tersebut.
  • Pihak universiti masih belum dapat memastikan bilakah jadual peperiksaan akan dikeluarkan.
  • Format peperiksaan ialah: amali, lisan dan bertulis. Walau bagaimanapun peperiksaan secara amali dan lisan pula ianya bergantung kepada kemampuan dan situasi pada masa tersebut. Namun, setakat makluman terbaru, ujian amali dan lisan akan diteruskan seperti biasa.
  • Untuk subjek al-Quran, tiada ujian lisan. Hanya ujian bertulis. Sebarang perubahan bergantung pada situasi semasa.
  • Bagi pelajar pada tahun-tahun tersebut yang hendak pulang ke Malaysia pada masa ini,  keputusan sama ada pelajar boleh menduduki peperiksaan pada masa dan teknikal yang dinyatakan atau tidak, akan diberitahu dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana pihak universiti menyatakan kerisauan terhadap masalah teknikal atas talian antarabangsa yang bakal dihadapi sekiranya para pelajar berada di luar Mesir. Buat masa sekarang, pihak universiti tidak menasihatkan para pelajar untuk pulang ke Malaysia. Walau bagaimanapun peringkat BCAD, akan berhubung dengan pelajar-pelajar berkenaan bagi sebarang maklumat terkini yang akan dinyatakan oleh pihak universiti.

1.2 (OKTOBER-NOVEMBER 2020)

  • Tahun 5 Perubatan Siswa (Oktober)
  • Tahun 6 Perubatan Siswa (Akhir November)

Pelajar perubatan tahun 5 dan 6 siswa akan kekal menduduki peperiksaan seperti biasa.

Sebarang perubahan teknikal dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

2. Dur Thani Tahun 5 dan 6 Perubatan Siswa akan bermula pada:

(20/6/2020) – Sabtu

II. YURAN PENGAJIAN

  • Fakulti akan dibuka bagi pelajar yang ingin membuat urusan bayaran yuran pengajian semasa pada hari bekerja dari Ahad sehingga Khamis bermula dari pukul 9 pagi sehingga 2 petang  seperti yang ditetapkan oleh pihak fakulti.
  • Bagi pelajar yang belum menjelaskan yuran disebabkan oleh keadaan semasa yang agak sukar untuk menghantar bank draf daripada Malaysia ke Mesir, buat masa ini pihak fakulti belum dapat memberi kata putus berkenaan status pelajar tersebut. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan semula.

B. Fakulti Pergigian Siswa

Maklumat terkini berdasarkan kenyataan  dekan fakulti pergigian semuanya bersifat belum pasti. Ini adalah kerana silibus pergigian yang banyak dan jauh berbeza praktikalitinya dengan fakulti perubatan. Namun, untuk makluman terkini buat para pelajar pergigian yang dirahmati Allah:

I. PEPERIKSAAN

  • Setakat makluman terbaru hari ini, peperiksaan Dur Awal semua pelajar pergigian juga akan bermula pada 30 Mei 2020.
  • Peperiksaan berkemungkinan, akan dilakukan secara atas talian.
  • Para pelajar turut tidak disarankan untuk pulang ke Malaysia atas kerisauan yang sama dengan fakulti perubatan.
  • Ujian  lisan & praktikal, pihak fakulti pergigian masih tidak dapat menyatakan sebarang keputusan buat masa sekarang.

Secara umumnya, pihak fakulti pergigian sedang berada di dalam fasa membincangkan yang terbaik untuk para mahasiswa. Oleh itu, BCAD menyeru kepada semua mahasiswa untuk memberi kerjasama kepada para pensyarah bagi kelas-kelas atas talian serta mendoakan kelancaran dan kemudahan kepada pihak universiti.

Pihak Biro Akademik akan sentiasa menghubungi pihak fakulti pergigian untuk mendapatkan info terbaru. Sebarang perubahan akan kami maklumkan dari semasa ke semasa.

II. YURAN PENGAJIAN

  • Pelajar-pelajar yang telah ada bersama mereka bank draf untuk pembayaran pengajian, bayaran boleh dibuat dibuat di fakulti. Namun, dinasihatkan agar bank draf tersebut dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak universiti oleh wakil batch sahaja.
  • Bagi pelajar yang masih mempunyai bank draf di Malaysia, anda dinasihatkan untuk membuat surat khusus untuk masalah tersebut andainya sekatan penerbangan ke Mesir masih ditutup sehingga waktu peperiksaan. 
  • Ketua batch dinasihatkan untuk membuat culaan nama bagi yang belum selesaikan pembayaran yuran bagi memudahkan proses BCAD dan Jabatan Setiusaha (JSU) untuk membantu pembikinan surat tersebut.
  • Fakulti pergigian akan sentiasa dibuka untuk pembayaran yuran, namun para pelajar perlu memaklumkan kepada Dr. Tamer terlebih dahulu berkenaan kehadiran wakil batch ke fakulti untuk membuat pembayaran tersebut.

C. SILIBUS PEPERIKSAAN BAGI KEDUA-DUA FAKULTI SISWA

  • Silibus yang bakal masuk dalam peperiksaan ialah silibus pembelajaran yang akan ditetapkan oleh setiap jabatan mengikut tahun masing-masing. Oleh itu, dinasihatkan kepada semua Ketua Batch (KB) untuk menghubungi ketua jabatan. Di samping itu, para pelajar perlu memanfaatkan komunikasi atas talian bersama para pengajar sebaiknya. Para Siswa disarankan untuk mendapatkan set-set contoh soalan daripada para pengajar, serta lakukan perbincangan dua hala.
  • Manfaatkan juga komunikasi yang ada untuk bertanyakan berkenaan topik-topik penting. Tuntutlah ilmu walau apa jua halangan yang mendatang. Semoga ada keberkatan dan kekuatan yang Allah hadiahkan kepada kita semua.

D. PEMAKLUMAN CUTI KULIAH

  • Buat masa sekarang, pengajian di semua fakulti akan kekal ditangguhkan sehingga 23 April 2020 (Khamis).
  • Sebarang lanjutan tempoh penangguhan kuliah, ianya bergantung kepada situasi semasa Mesir dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada perubahan.

Oleh itu, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan al-Azhar menyeru kepada  semua pelajar jurusan Perubatan & Pergigian untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran masing-masing termasuk “Online Class” yang dianjurkan oleh pihak universiti dan sentiasa peka terhadap sebarang pengumuman jadual peperiksaan yang akan diumumkan oleh pihak fakulti masing-masing.

Jadikanlah diri kita juga sebagai pencetus semangat kepada para pengajar untuk meneruskan jihad mereka dalam menyampaikan ilmu. Kerana hakikatnya untuk kita berjuang dalam menuntut ilmu, perlu ada juga pihak yang berjuang bermati-matian dalam menyampaikannya.

Peringatan mesra kerana Allah buat kita semua, marilah kita bersama-sama mengelakkan daripada mengeluarkan perkataan yang tidak baik di mulut kita mahupun di media sosial walau apa jua ujian yang kita hadapi, kerana hakikatnya semua pihak juga mahukan yang terbaik. Jadikanlah diri kita muslim yang mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW yang dipuji Allah SWT.

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

“Seorang muslim adalah seseorang yang orang muslim yang lainnya selamat dari gangguan lisan dan tangannya.” (HR. Bukhari)

Jadilah mukmin yang kekal hebat urusannya serta percayalah pada hikmah terindah yang bakal Allah hadiahkan buat kita semua yang bersabar atas qada’ dan qadar-Nya.

وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيۡنَۙ…

“…Berilah berita gembira buat orang-orang yang bersabar.”

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia
#SayangiPERUBATAN

“Achieve the Highest, Improve Others”

“PCA: Kita Satu Keluarga”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2020/2021.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?