[KENYATAAN RASMI: PEMAKLUMAN FORMAT TERKINI DAN TARIKH MULA PEPERIKSAAN SERTA URUSAN BAYARAN YURAN BAGI PELAJAR JURUSAN PERUBATAN DAN PERGIGIAN SISWI]

0

اَلْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ, اِحْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلاَ تَعْجَزْ

 “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, dan masing-masing memiliki kebaikan. Bersungguh-sungguhlah dalam (mengerjakan) hal-hal yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan dari Allah dan janganlah bersikap lemah.”

(Hadis riwayat Muslim)

PERUBATAN Cawangan al-Azhar telah dimaklumkan oleh pihak Universiti al-Azhar berkenaan perubahan beberapa perkara bagi Fakulti Perubatan dan Pergigian Siswi.

FAKULTI PERUBATAN SISWI

Berikutan keadaan semasa arahan kawalan pergerakkan disebabkan oleh wabak COVID-19, terdapat beberapa perubahan dari segi:-

I. PEPERIKSAAN

  • Teknikal dan format peperiksaan akhir tahun 2020. Perubahan-perubahan yang dimaksudkan ialah seperti berikut:
  1. Dur Awal
  1. 1 (30 MEI 2020) – Ahad
  • Tahun 2 Perubatan Siswi.
  • Tahun 3 Perubatan Siswi.
  • Tahun 4 Perubatan Siswi.

Perubahan Teknikal:

  • Peperiksaan akan dijalankan secara atas talian (Online). Walaubagaimanapun, buat masa ini, pihak universiti akan melakukan percubaan untuk peperiksaan atas talian ini terlebih dahulu. Jika ada sebarang perubahan teknikal, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
  • Jarak antara satu subjek ke subjek lainnya dianggarkan selama satu minggu.
  • Format peperiksaan ialah: ‘MCQ, Cases, Complete the blanks, Matching’ dan lain-lain lagi. (Bergantung kepada perangka peperiksaan di setiap jabatan di kuliah.)
  • Jadual peperiksaan dijangkakan akan keluar dalam masa terdekat ini.
  • Bagi pelajar pada tahun-tahun tersebut yang sudah pulang ke Malaysia pada masa ini , senarai nama telah dihantar kepada pihak Universiti al-Azhar, keputusan sama ada pelajar boleh menduduki peperiksaan pada masa dan teknikal yang dinyatakan atau tidak, akan diberitahu dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana pihak universiti menyatakan kerisauan terhadap masalah teknikal atas talian antarabangsa yang bakal dihadapi sekiranya para pelajar berada di luar Mesir. Buat masa sekarang, pihak universiti tidak menasihatkan para pelajar untuk pulang ke Malaysia. Walaubagaimanapun peringkat BCAD, akan berhubung dengan pelajar-pelajar berkenaan bagi sebarang maklumat terkini yang dinyatakan oleh pihak universiti.
  • Bagi perubahan teknikal peperiksaan subjek al-Quran pula akan dimaklumkan kemudian.
  • Tiada peperiksaan secara lisan dijalankan dan markah akan dipindahkan ke markah peperiksaan bertulis.
  • Peperiksaan praktikal pula ianya bergantung kepada kemampuan dan situasi pada masa tersebut. Namun, setakat makluman terbaru hari ini, ujian praktikal akan diteruskan seperti biasa, selepas selesai peperiksaan bertulis.

1.2 (OKTOBER-NOVEMBER 2020)

  • Tahun 5 Perubatan Siswi
  • Tahun 6 Perubatan Siswi

Pelajar perubatan tahun 5 dan 6 siswi akan kekal menduduki peperiksaan seperti biasa.

Sebarang perubahan teknikal dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

2. Dur Thani Tahun 5 dan 6 Perubatan Siswi akan bermula pada:

  • (20/6/2020) – Sabtu

II. YURAN PENGAJIAN

  • Fakulti akan dibuka bagi pelajar yang ingin membuat urusan pembayaran yuran pengajian, namun hanya pada masa yang ditetapkan oleh pihak fakulti. Jangka masa tersebut akan kami maklumkan setelah pihak fakulti selesai perbincangan teknikal di pihak mereka.
  • Bagi pelajar yang belum menjelaskan yuran disebabkan oleh keadaan semasa yang agak sukar untuk menghantar bankdraft daripada Malaysia ke Mesir, pada masa ini pihak fakulti menyatakan bahawa kemungkinan pelajar akan dibenarkan menduduki peperiksaan namun keputusan peperiksaan pelajar berkenaan akan ditahan sehingga bayaran yuran semasa diselesaikan.

FAKULTI PERGIGIAN SISWI

Maklumat terkini berdasarkan kenyataan koordinator dan dekan fakulti pergigian semuanya bersifat belum pasti. Ini adalah kerana silibus pergigian yang banyak dan jauh berbeza praktikalitinya dengan fakulti perubatan. Namun, untuk makluman terkini buat para pelajar pergigian yang dirahmati Allah:

I. PEPERIKSAAN

  • Setakat makluman terbaru hari ini, peperiksaan Dur Awal semua pelajar pergigian juga akan bermula pada 30 Mei 2020.
  • Peperiksaan berkemungkinan, akan dilakukan secara atas talian.
  • Para pelajar turut tidak disarankan untuk pulang ke Malaysia atas kerisauan yang sama dengan fakulti perubatan.
  • Ujian lisan juga berkemungkinan, akan dibatalkan.
  • Ujian praktikal, pihak fakulti pergigian masih tidak dapat menyatakan sebarang keputusan buat masa sekarang.
  • Secara umumnya, pihak fakulti pergigian sedang berada di dalam fasa membincangkan yang terbaik untuk para pelajar. Disebabkan itu, marilah kita lakukan tugas kita semampunya sebagai seorang anak murid yang baik, iaitu memberi kerjasama kepada para pensyarah bagi kelas-kelas atas talian serta mendoakan kelancaran dan kemudahan Allah berikan kepada para pimpinan pengajian tinggi kita.
  • Pihak Biro Akademik akan sentiasa menghubungi pihak fakulti pergigian untuk mendapatkan info terbaru. Sebarang perubahan akan kami maklumkan dari semasa ke semasa.

II. YURAN PENGAJIAN

  • Pelajar-pelajar yang telah ada bersama mereka bankdraft untuk pembayaran pengajian, bayaran boleh dibuat dibuat di fakulti. Namun, dinasihatkan agar bankdraft tersebut dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak universiti oleh wakil batch sahaja.
  • Fakulti pergigian akan sentiasa dibuka untuk pembayaran yuran, namun para pelajar perlu memaklumkan kepada Dr Doaa El Sharkawy terlebih dahulu berkenaan kehadiran wakil batch ke fakulti untuk membuat pembayaran tersebut.

SILIBUS PEPERIKSAAN BAGI KEDUA-DUA FAKULTI SISWI

Silibus yang bakal masuk dalam peperiksaan ialah silibus pembelajaran para pelajar, termasuk tajuk-tajuk yang diajar secara atas talian. Oleh itu, para pelajar perlu memanfaatkan komunikasi atas talian bersama para pengajar sebaiknya. Kalian disarankan untuk mendapatkan set-set contoh soalan daripada para pengajar, serta lakukan perbincangan dua hala. Manfaatkan juga komunikasi yang ada untuk bertanyakan berkenaan topik-topik penting. Tuntutlah ilmu walau apa jua halangan yang mendatang. Semoga ada keberkatan dan kekuatan yang Allah hadiahkan kepada kita semua.

  • PEMAKLUMAN CUTI KULIAH
    • Buat masa sekarang, pengajian di semua fakulti akan kekal ditangguhkan sehingga 23 April 2020 (Khamis).
    • Sebarang lanjutan tempoh penangguhan kuliah, ianya bergantung kepada situasi semasa Mesir dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada perubahan.

Akhir kalam, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan al-Azhar menyeru kepada  semua pelajar jurusan Perubatan & Pergigian untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran masing-masing termasuk Online Class yang dianjurkan oleh pihak universiti dan sentiasa peka terhadap sebarang pengumuman jadual peperiksaan yang akan diumumkan oleh pihak fakulti masing-masing.

Jadikanlah diri kita juga sebagai pencetus semangat kepada para pengajar untuk meneruskan jihad mereka dalam menyampaikan ilmu. Kerana hakikatnya untuk kita berjuang dalam menuntut ilmu, perlu ada juga pihak yang berjuang bermati-matian dalam menyampaikannya.

Peringatan mesra kerana Allah buat kita semua, marilah kita bersama-sama mengelakkan daripada mengeluarkan perkataan yang tidak baik di mulut kita mahupun di media sosial walau apa jua ujian yang kita hadapi, kerana hakikatnya semua pihak juga mahukan yang terbaik. Jadikanlah diri kita muslim yang mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW yang dipuji Allah SWT.

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

“Seorang muslim adalah seseorang yang orang muslim yang lainnya selamat dari gangguan lisan dan tangannya.” (HR. Bukhari)

Jadilah mukmin yang kekal hebat urusannya serta percayalah pada hikmah terindah yang bakal Allah hadiahkan buat kita semua yang bersabar atas qada’ dan qadar-Nya.

وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيۡنَۙ…

“…Berilah berita gembira buat orang-orang yang bersabar.”
(Surah al-Baqarah: Ayat 155)

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia
#SayangiPERUBATAN


“Achieve the Highest, Improve Others”


“PCA: Kita Satu Keluarga”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”


Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2020/2021.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?