: Portfolio Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan al – Azhar sesi...

[KENYATAAN RASMI]: Portfolio Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan al – Azhar sesi 2020/2021

0

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi justeru dengan inayah dan  kurnia-Nya kita masih dapat merasa nikmat iman dan Islam yang merupakan nikmat terbesar kita hingga ke hari ini. Selawat serta  salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang telah membawa manusia mengenal Ilahi dan  mengajar manusia untuk mengejar reda Allah SWT melalui agama Islam. 

Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali ke-7 pada tanggal 14 Februari telah berlangsung dengan jayanya. Semoga setiap perbahasan dan perbincangan dalam mesyuarat tersebut sedikit sebanyak memberi manfaat buat seluruh ahli PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) dan akan membuahkan hasil serta mampu membantu dalam membawa PCA ke arah pembinaan ahli yang lebih rabbani dan kompeten. Bertepatan dengan itu, tampuk kepimpinan PCA telah bertukar tangan dan akan diterajui oleh semangat-semangat baharu yang akan mengemudi bahtera ini dalam meneruskan penyebaran Islam di bumi al-Azhar. 

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 28, Nombor 1 (c): 
“Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan  Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.” 

Oleh itu, berikut merupakan portfolio yang telah dipersetujui bersama: 
Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) 2019/2020 

BIL JAWATAN NAMA 
1. Pengerusi Muhammad Safwan bin Khairul Anwar  
2. Timbalan Pengerusi Nur Aqillah binti Ayob  
3. Naib Pengerusi I Ahmad Zaki  Assyatiri bin Muhamad  Shukri  
4. Naib Pengerusi II Nurul  Madihah  binti  Mohd  Fadzli  
 5. Ketua Jabatan Setiausaha Mohamad  Fikruddin  bin Ahmad Baseri 
6. Timbalan Setiausaha Nur Ainaa binti Harizan  
7. Ketua Jabatan Bendahari  & Biro Ekonomi Mohammed Aiman Farhan bin Azmi 
8. Timbalan Bendahari  & Biro Ekonomi Nurul Basyiirah binti Mohamed 
 9. Ketua Biro Akademik Ahmad Danial bin Mohd Norazhar 
10. Timbalan Ketua Biro Akademik Siti Aisyah binti Abdul Aziz  
 11. Ketua Biro Pembangunan Insan Muhammad Nur Ihsan bin Norzaidi  
12. Timbalan Ketua Biro Pembangunan Insan Auni binti Mohd Ashari  
 13. Ketua Biro Penerbitan Dan Penerangan Syed Mohamad Aslam Husaini bin Syed Bahrim 
 14. Timbalan Ketua Biro Penerbitan Dan Penerangan Noor ‘Ayuni binti  Lokmal  Hakim 
 15. Ketua Biro Kebajikan Dan Biro Sukan & Aktiviti Luar Fakhrullah  Hanafi  bin  Ismael 
16. Timbalan Ketua Biro Kebajikan Dan Biro Sukan & Aktiviti Luar Nor  Syamimi  Farhana  binti  Mohd  Shaifullah  

Dengan pengumuman yang dibuat ini, maka bermulalah gerak kerja barisan pimpinan untuk berkhidmat  kepada ahli seterusnya membawa PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2020/2021 ke arah perubahan dan transformasi yang lebih baik seiring dengan usianya. Kami barisan pimpinan PCA sesi 2020/2021 berharap agar semua ahli memberi kerjasama dan sepenuh komitmen dalam menjayakan agenda kesatuan yang kita impikan. Sebagai pengakhiran, marilah kita semua hayati dua hadis Rasulullah SAW. 

Baginda bersabda: 
“Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.” 
(HR. Bukhari dan Muslim) 

Baginda juga bersabda: 

“Maka wajiblah ke atas kamu berjemaah kerana sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang jauh daripada kumpulannya.” 

(HR. al-Nasa’i) 

سيرو على بركة الله 
Sekian, terima kasih. 

“PCA: Kita Satu Keluarga” 
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati” 
“At-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah

Muhammad Safwan bin Khairul Anwar, 
Pengerusi, 
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2020/2021. 

Nur Aqillah binti Ayob, 
Timbalan Pengerusi, 
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2020/2021. 

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?