[KENYATAAN RASMI: PERTUKARAN AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI]

0

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepimpinan merupakan salah satu teras yang utama dalam sistem pentadbiran Islam. Sebagai hamba Allah, kita dilahirkan di muka bumi ini untuk menggalas tugas sebagai khalifah yang kuat dan amanah.

Sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Ketahuilah, bahawa kamu sekalian adalah sebagai pemimpin dan kamu sekalian bertanggungjawab terhadap pimpinannya (rakyatnya).” 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

  1. Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) Sebagai Badan Pemilihan Pimpinan PERUBATAN Cawangan al-Azhar.

Menurut perlembagaan PERUBATAN fasal 20, perkara (5d), antara tugas-tugas Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN adalah menentukan kaedah pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Hasil penelitian dan perbincangan, Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan al-Azhar Sesi 2019/2020 telah memilih kaedah pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan al-Azhar adalah melalui Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC).

  • Pertukaran Penjawatan Kerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

Pihak MMPC telah mengadakan perbincangan khusus bagi meneliti perkara tersebut. Setelah penelitian dan persetujuan ahli-ahli majlis mesyuarat, maka seorang daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2020/2021 akan digantikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Justeru, saudara Muhammad Imran bin Saiful Aizar, Tahun 2 Kuliah Perubatan Universiti al-Azhar, akan diganti oleh saudara Syed Mohamad Aslam Husaini bin Syed Bahrim, Tahun 5 Kuliah Perubatan Universiti al-Azhar.

Semoga Allah merahmati setiap keputusan yang telah disepakati bersama.

Sekian, terima kasih. 

Siiru ‘Ala Barakatillah.

“PCA: Keluarga Kita, Kekuatan Kita”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah”

#KitaKeluargaPCA

#KitakanRakyatMalaysia

 #PERUBATANKelasPertama

#MemimpinGelombangISLAH

Yang menjalankan tugas,

Muhammad Khairul Azim bin Abdul Ghani,

Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),PERUBATAN Cawangan al-Azhar

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?