[KENYATAAN RASMI: PEMANGKUAN AJKT PCA]

0
Color NEW

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terpelihara dalam nikmat Islam dan Iman serta tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat hidayah dan taufiq-Nya. Semoga kita juga tergolong sebagai ummat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaatnya kelak.

Pada cuti musim sejuk ini, ada beberapa pemangkuan portfolio yang akan berlaku disebabkan ketiadaan beberapa orang AJKT PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) di Mesir atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut :

  • Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
  • Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.
  • Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT berserta nombor telefon masing-masing sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PERUBATAN Cawangan al-Azhar:

BIL.PORTFOLIONAMA AJKTPEMANGKUTARIKH
1. Timbalan PengerusiNur Aqillah
binti Ayob
Muhammad Fitri Hakim
bin Ab. Razak 
(+201159230349)
23 Januari – 19 Februari 2020
 2.Jabatan
Setiausaha
Nurin Jazlina binti Mohd Ismail Nur Ainaa binti Harizan
Whatsapp
(+60194744582)
Call: (+201220926854)
23 Januari – 9 Februari 2020
 3.Biro
Penerbitan dan
Penerangan
Ahmad Zaki Assyatiri bin Muhamad ShukriSyed Mohamad
Aslam
Husaini bin Syed Bahrim(+201128070377)
24 Januari – 4 Februari 2020

Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT tersebut di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, pihak kami berharap agar semua ahli PCA dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku di atas sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PERUBATAN sepanjang cuti musim panas ini.

Seeru ala barakatillah, sekian terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

#KitaKeluargaPCA

“PCA: Keluarga Kita Kekuatan Kita”

سيرو على بركة الله

Sekian, terima kasih.

‘Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati’

’at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah’

Muhammad Fitri Hakim bin Ab. Razak,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

Nur Aqillah binti Ayob,

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?