[KENYATAAN RASMI | BAYARAN YURAN PENGAJIAN FAKULTI PERUBATAN SISWI UNIVERSITI AL-AZHAR]

0

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan kita peluang merasai nikmat kehidupan ini melalui nafas Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, baginda SAW dan keluarga baginda serta para sahabat baginda kerana tanpa jerih payah dalam usaha dakwah mereka, tidak mungkin kita merasai nikmat Islam pada hari ini.

Untuk makluman semua, pihak Fakulti Perubatan dan Pergigian Universiti al-Azhar telah memberi peringatan kepada semua pelajar supaya menyelesaikan yuran pengajian masing-masing sebelum peperiksaan akhir tahun bermula. Namun begitu, terdapat ketetapan baru yang telah ditetapkan oleh pihak Fakulti Perubatan Siswi Universiti al-Azhar berkaitan syarat bayaran yuran pengajian yang dikenakan bagi peperiksaan pertengahan tahun.

Beberapa siri pertemuan telah diadakan oleh Biro Akademik bersama pihak Fakulti Perubatan Siswi Universiti al-Azhar bagi membincangkan dan mencapai kata sepakat mengenai ketetapan ini. Butiran lanjut adalah diseperti berikut:

  1. Bagi pelajar Perubatan tahun dua, yuran pengajian perlu diselesaikan sebelum semester keempat iaitu sebelum bulan Jun.
  2. Bagi pelajar Perubatan tahun tiga dan empat, yuran pengajian perlu diselesaikan sebelum menduduki peperiksaan akhir tahun iaitu sebelum bulan Jun.
  3. Jika pelajar tidak dapat menyelesaikan bayaran sebelum tempoh yang ditetapkan iaitu sebelum bulan Jun, keputusan peperiksaan pertengahan tahun pelajar tersebut akan terbatal.

Sehubungan dengan itu, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) menyeru para pelajar untuk mengambil perhatian terhadap beberapa perkara tersebut:

  1. Menyegerakan urusan pembayaran yuran tahun semasa sebelum tempoh yang ditetapkan supaya tiada sebarang permasalahan yang timbul sewaktu peperiksaan akhir tahun nanti.
  2. Ahli turut disarankan untuk memohon bantuan kewangan zakat dari negeri masing-masing sekiranya berkelayakan.
  3. Bagi ahli yang mempunyai sebarang masalah untuk menyelesaikan yuran pengajian sebelum tempoh yang ditetapkan, sila maklum dan berikan nama kepada ketua batch masing-masing dengan segera supaya Biro Akademik PCA dapat membantu dan mengambil tindakan segera.
  4. Terus bersemangat untuk hadir ke kelas. Niatkan untuk menuntut ilmu bukan untuk peperiksaan.
  5. Melaksanakan pecutan terakhir dalam akademik kalian sepanjang tempoh study week dan tawaqquf.
  6. Memeriahkan suasana akademik dalam komuniti PCA dengan menjalankan diskusi akademik melalui MyGuru, study group, perbincangan soalan-soalan tahun lepas (past year questions) dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Biro Akademik memahami keadaan sebahagian ahli yang kurang berkemampuan. Justeru, kami menyarankan agar semua ahli dapat sama-sama cakna dan membantu meringankan beban antara satu sama lain. Kalian boleh merujuk Biro Kebajikan PCA bagi mendapatkan bantuan melalui tawaran-tawaran yang disediakan. Moga dapat membantu meringankan beban kita bersama.

Akhir kalam, kami pimpinan PERUBATAN Cawangan al-Azhar, mengucapkan selamat mengulang kaji pelajaran dan maju jaya buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan Universiti al-Azhar dalam menempuh peperiksaan pertengahan tahun sesi 2019/2020 ini. Kami mendoakan agar semua ahli diberi kekuatan untuk terus mengulangkaji pelajaran serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT kerana tiada kuasa yang dapat menandingi kekuasaan Allah.


Seeru ‘Ala Barakatillah.
Wallahu A’lam.


“Achieve the Highest, Improve Other”
“PCA: Keluarga Kita, Kekuatan Kita”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

http://alazhar.perubatan.org/v1/wp-content/uploads/2019/09/ASLAM-1024x1024.jpg


SYED MOHAMAD ASLAM HUSAINI BIN SYED BAHRIM
Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

http://alazhar.perubatan.org/v1/wp-content/uploads/2019/09/aimi.jpg


AIMI SYUHADA BINTI MIZAM
Timbalan Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?