[KENYATAAN RASMI | SENARAI NAMA CALON AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR SESI 2020/2021 FASA 1]

0

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا)

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan pemerintah di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunahnya), jika kamu benar-benarberiman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baikakibatnya.” (Surah an-Nisa’: 59)

 Dalam Islam, Allah mengangkat kemuliaan seorang pemimpin sebagaimana jelas ditunjukkan dalam ayat di atas mengenai tuntutan untuk mentaati pemimpin disebutkan selepas ketaatan kepada Allah dan Rasul. Hal ini menunjukkan bahawa peranan pemimpin sangat penting dalam kehidupan seorang hamba Muslim. Mematuhi kepimpinan juga menjadi bukti keimanan seperti yang ditekankan oleh Allah SWT dalam ayat ini. 

Setelah melalui beberapa fasa perbincangan dijalankan, peringkat Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan(MMPC), telah sebulat suara dan memutuskan nama-nama berikut untuk dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan al-Azhar bagi sesi 2020/2021.

Berikut ialah senarai nama calon ahli AJKT Fasa 1 :

Calon AJKT Siswa

BilNamaTahunJurusan
1.Muhammad Nur Ihsan bin NorzaidiTahun 1Pergigian
2.Muhammad Imran bin Saiful AizarTahun 2Perubatan
3.Fakhrullah Hanafi bin IsmaelTahun 2Perubatan
4.Mohamad Fikruddin bin Ahmad BaseriTahun 3Perubatan
5.Mohammed Aiman Farhan bin AzmiTahun 3Perubatan
6.Ahmad Danial bin Mohd NorazharTahun 4Perubatan

Calon AJKT Siswi

BilNamaTahunJurusan
1.Nor Syamimi Farhana binti Mohd ShaifullahTahun 1Pergigian
2.Nurul Basyiirah binti MohamedTahun 1Pergigian
3.Noor Ayuni binti Lokmal HakimTahun 1Pergigian
4.Auni binti Mohd AshariTahun 2Perubatan
5.Siti Aisyah binti Abdul AzizTahun 3Perubatan
6.Nurul Madihah binti Mohd FadzliTahun 4Perubatan

Sejajar dengan pengumuman ini, maka tempoh bantahan akan bermula pada hari ini, 28 November sehingga 30 November 2019. Sebarang bantahan kepada mana-mana calon boleh dikemukakan kepadaPengerusi MMPC, Muhammad Khairul Azim bin Abdul Ghani dan Timbalan Pengerusi MMPC, Hajar binti Ab Rahman. Pihak kami bersedia untuk menerima sebarang cadangan atau komen daripada ahli agar proses MMPC ini berjalan dengan lancar. 

Di sini juga kami sertakan nama AJKT yang dikekalkanpada sesi ini:

(1) Muhammad Safwan bin Khairul Anwar.

(2) Ahmad Zaki Assyatiri bin Muhamad Shukri.

(3) Nur Aqillah binti Ayob.

(4) Nur Ainaa binti Harizan.

Pengumuman keputusan akhir Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2020/2021 akan dikeluarkan pada 6 Disember 2019.

Wallahu Taala A’lam.

Sekian, terima kasih.

“PCA: Keluarga Kita, Kekuatan Kita”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah”

#KitaKeluargaPCA

#KitakanRakyatMalaysia

#PERUBATANKelasPertama

#MemimpinGelombangISLAH

Yang menjalankan tugas,

Muhammad Khairul Azim bin Abdul Ghani,

Pengerusi Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC),

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?