[KENYATAAN RASMI: PEMAKLUMAN CUTI KULIAH]

0

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين.

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya dapat kita mengecapi nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang banyak berkorban dalam menyebarkan ajaran Islam sehingga sampai kepada kita.

Rasulullah merupakan qudwah dan tauladan kepada seluruh umat manusia. Susuk tubuh baginda bukan sahaja dicintai oleh makhluk bumi malahan seluruh makhluk ciptaan Allah. Perjalanan hidup baginda yang dipenuhi dengan pelbagai kesukaran dan kesusahan dalam menyampaikan Islam kepada kita dengan penuh kesabaran dan cinta kepada umatnya perlulah disambung oleh kita selaku umat baginda.

Sahabat-sahabat sekalian,

Bersempena hari kelahiran Rasulullah SAW yang bakal tiba, maka dengan ini fakulti perubatan dan pergigian mahasiswa/wi Universiti al-Azhar cuti telah mengumumkan cuti bagi fakulti-fakulti tersebut pada tarikh yang berikut:

Sabtu dan Ahad (9/11/2019 & 10/11/2019).

Fakulti Perubatan Siswa.
Fakulti Pergigian Siswa.

Ahad (10/11/2019).

Fakulti Perubatan Siswi.
Fakulti Pergigian Siswi.

Justeru itu, semua ahli turut disarankan untuk menyambut ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW dengan menghidupkan sunah-sunah baginda, meneliti sirah dengan lebih mendalam dan turut boleh menyertai aktiviti-aktiviti Kempen Generasi al-Quran yang sedang dianjurkan oleh Biro Pembangunan Insan. Penuhilah masa lapang kita dengan perkara yang bermanfaat.

Jadilah insan yang sentiasa memperbaiki diri, bijak menggunakan masa sebaiknya dan bermanfaat buat masyarakat sekeliling. Semoga kita semua dapat menjadi ahli sains kesihatan yang kompeten dan rabbani.

Sekian, terima kasih.

“Achieve the Highest, Improve Others”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“PCA: Keluarga Kita Kekuatan Kita”

Syed Mohamad Aslam Husaini bin Syed Bahrim,
Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?