[KENYATAAN RASMI: CARA MENDAPATKAN SURAT RASMI SOKONGAN YURAN]

0

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT kerana memberikan nikmat terbesar, iaitu iman dan Islam kepada kita. Juga selawat dan salam ke atas junjungan baginda nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda serta para sahabat yang telah bertungkus-lumus dalam perjuangan memastikan Islam tersebar di atas muka bumi Allah ini.

Untuk makluman semua, hasil perbincangan Biro Akademik bersama koordinator Fakulti Perubatan Mahasiswi Universiti al-Azhar telah menetapkan langkah-langkah baharu yang perlu dilakukan bagi mendapatkan surat rasmi sokongan yuran adalah seperti berikut:

  1. Dapatkan surat sokongan yuran daripada Biro Akademik PERUBATAN Cawangan al-Azhar.
  2. Minta izin dafa’ شهادة قيد daripada syuun talabah tahun pengajian masing-masing.
  3. Pembayaran 70 EGP diberikan kepada ustaz Alaa’ di kuliah banin Universiti al-Azhar.
  4. Resit pembayaran diserahkan kepada syuun talabah.
  5. Kepilkan helaian شهادة قيد yang telah ditandangani bersama surat sokongan yuran yang disediakan oleh Biro Akademik.
  6. Akhir sekali, minta tandatangan koordinator Universiti al-Azhar (Dr Wafaa Helmy) pada surat sokongan yuran tersebut.

Sehubungan dengan itu, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan al-Azhar menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Perubatan dan Pergigian Universiti al-Azhar supaya:

  1. Menjelaskan yuran pengajian dengan kadar segera pada setiap tahun terutamanya bagi pelajar yang tidak mempunyai sebarang masalah untuk bayaran yuran.
  2. Melaksanakan pecutan terakhir dalam akademik bagi pelajar Perubatan tahun 6 sepanjang tempoh study week.
  3. Sentiasa bersemangat dan melakukan persiapan bagi menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang bakal tiba.

Akhir kalam, kami mewakili pimpinan PERUBATAN Cawangan al-Azhar, mengucapkan selamat mengulangkaji dan maju jaya buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi Perubatan tahun 6 Universiti al-Azhar dalam menempuh peperiksaan akhir tahun sesi 2018/2019 ini. Kami mendoakan agar Allah SWT memberikan kekuatan kepada kalian untuk terus mengulangkaji pelajaran serta menganugerahkan keputusan yang Allah SWT dan kalian redai.

Seeru ‘Ala Barakatillah.
Wallahu A’lam.

“Achieve The Highest , Improve Others”

“PCA: Keluarga Kita, Kekuatan Kita”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

SYED MOHAMAD ASLAM HUSAINI BIN SYED BAHRIM
Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

AIMI SYUHADA BINTI MIZAM
Timbalan Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?