KENYATAAN RASMI: AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR (AJKT) KEKAL

KENYATAAN RASMI: AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR (AJKT) KEKAL

0

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita masih lagi merasai nikmat hidup sebagai hamba-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan risalah Islam dan kita sehingga kini masih tergolong dalam kalangan umatnya. Berkat perjuangan baginda, kita meniti setiap hembusan nafas dengan nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah.

Seiring pemakluman Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) kekal di peringkat PERUBATAN dan kemunculan Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC) di peringkat PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA), maka sudah tiba saat kita melihat pula wajah-wajah pimpinan kekal PCA bagi sesi yang akan datang.

Berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 1 (d) yang menyatakan:

  1. d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Dengan ini, telah disepakati sebulat suara oleh AJKT di Majlis Tertinggi PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2019/2020, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJKT kekal lelaki dan 2 orang AJKT kekal wanita PERUBATAN Cawangan al-Azhar bagi sesi 2020/2021 adalah seperti berikut:

Al-Imam Fudhail bin Iyadh Rahimahullah berkata: “Jikalau aku mempunyai doa yang baik yang akan dikabulkan, maka semuanya akan aku tujukan bagi para pemimpin.” Beliau ditanya: “Wahai Abu ‘Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata: “Apabila doa itu hanya aku tujukan bagi diriku, tidak lebih hanya bermanfaat bagi diriku, namun apabila aku tujukan kepada pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara akan merasakan manfaat dan kebaikannya.”

Tahniah diucapkan kepada keempat-empat orang AJKT PCA yang dikekalkan dalam jalan pentarbiahan dan dakwah ini. Moga hasil keputusan syura buat para pimpinan kekal ini diiringi dengan doa-doa dari semua ahli. Diharapkan agar dengan ketetapan ini juga barisan kepimpinan PERUBATAN Cawangan al-Azhar pada sesi akan datang lebih istiqamah, kuat dan sabar dalam melayari bahtera PCA. Besar harapan kami agar seluruh ahli PCA memberikan sokongan penuh kepada mereka termasuklah bakal pimpinan PCA yang akan datang yang bakal dipilih di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Pemilihan Cawangan (MMPC).

Sesungguhnya memilih pimpinan merupakan tanggungjawab kita semua.

Akhir kalam, marilah kita bersama-sama memaknai firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:-

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(At-Taubah: 71)

Sekian, terima kasih.

“PCA: Keluarga Kita, Kekuatan Kita.”

“At-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Muhammad Fitri Hakim bin Ab. Razak,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

Nur Aqillah binti Ayob,

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?