[KENYATAAN RASMI: TARIKH MULA SESI KULIAH]

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya dapat kita mengecapi nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, setelah hampir tiga bulan kita bercuti musim panas akhirnya cuti telah sampai ke penghujungnya. Semoga cuti kalian dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya sama ada yang pulang ke Malaysia mahupun yang tinggal di sini. Manfaatkanlah masa cuti yang berbaki dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti menghadiri kelas-kelas tafaqquh dan sebagainya.

Sahabat-sahabat sekalian,

Tarikh permulaan sesi kuliah yang baru telah diperolehi seperti berikut:

  1. Fakulti Perubatan Siswa: 21 September 2019 (Tahun lima pada 1 Oktober 2019)
  2. Fakulti Pergigian Siswa: 21 September 2019
  3. Fakulti Perubatan Siswi: 22 September 2019 (Tahun lima pada 1 Oktober 2019)
  4. Fakulti Pergigian Siswi: 22 September 2019 (Pra-pergigian pada 28 September 2019)

Justeru, kami menyarankan kepada para sahabat yang masih berada di Malaysia namun akan pulang ke Mesir melepasi tarikh mula kuliah untuk cakna dengan pelajaran yang telah diajarkan di kuliah dengan sentiasa menanyakan nya kepada sahabat sesama batch. Pulanglah ke Mesir ini dengan semangat yang baru dan berkobar-kobar untuk menuntut ilmu dan berkhidmat untuk Islam.

Buat para sahabat yang sudah berada di Mesir, mulakanlah sesi pembelajaran baru ini dengan niat kerana Allah. Elakkan niat dan azam untuk datang selepas kuliah bermula kerana banyak ilmu yang kalian akan tertinggal. Jadilah insan yang sentiasa memperbaharui dirinya bukan terus berada di takuk yang lama. Semoga kita semua dapat menjadi ahli sains kesihatan yang kompeten dan rabbani.

Sekian, terima kasih.

“Achieve the Highest, Improve Others”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“PCA: Keluarga Kita Kekuatan Kita”









Syed Mohamad Aslam Husaini bin Syed Bahrim,
Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?