[KENYATAAN RASMI: PILIHAN RAYA MAJLIS KETUA BATCH (MKB) SESI 2019/2020]

0

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(Surah al-Ahzab: 21)

Kepimpinan dalam Islam merupakan perkara penting dalam kehidupan beragama setiap muslim. Ia merupakan unsur yang sangat vital dalam tertegaknya agama Islam, kerana syariat Islam hanya boleh ditegakkan secara sempurna manakala kepemimpinan dalam sesebuah negara atau wilayah dikuasai oleh orang yang memiliki perhatian terhadap syariat itu sendiri.

Sebaliknya, tatkala kepemimpinan dipegang oleh mereka yang anti terhadap syariat Islam dan tidak suka terhadap aturan-aturan Allah, maka proses meninggikan syariat Islam dalam negara menjadi semakin sukar.

Imam al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam as-Sultaniyah mengatakan, “Tidak ada agama yang kehilangan kekuasaan/kepimpinan, kecuali aturan-aturannya juga akan tergantikan dengan aturan yang lain dan simbol-simbol dari agama tersebut juga akan dilenyapkan dari wilayah tersebut.”

Oleh sebab itu, memilih pemimpin merupakan perkara yang sangat penting. Ia tidak hanya sekadar untuk menentukan siapa yang berkuasa, akan tetapi lebih dari itu, ia akan menentukan tegak atau tidaknya aturan Islam. Maka, sebagai mukmin kita harus selektif dalam menentukan pemimpin agar tidak salah dalam memilih.

Sehubungan dengan itu, kami di peringkat Naib Pengerusi dan Majlis Ketua Batch PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) bakal mengadakan Pilihanraya Majlis Ketua Batch (MKB) Sesi 2019/2020.

Sukacita kami memperkenalkan barisan Suruhanjaya Pilihan Raya Batch (SPRB) bagi setiap batch jurusan perubatan dan pergigian.

SISWA:

PERUBATAN TAHUN 2:
-Noor Amirul Ikhwan bin Noorhisyam
-Muhammad Yasser bin Zulkifli

PERUBATAN TAHUN 3:
-Muhammad Fauzan bin Azmi
-Mohamad Naim bin Mohd Bashir

PERUBATAN TAHUN 4:
-Muhamad Lukman Naqib bin Ahmad Kamal
-Aiman Nabil bin Mohd Yussuf

PERUBATAN TAHUN 5:
-Syed Aslam Hussaini bin Syed Bahrim
-Luqmanulhakim bin Mahmad Nor Zhaki

PERGIGIAN TAHUN 1:
-Muhammad Qayyum bin Maseran

PERGIGIAN TAHUN 2:
-Noor Aiman bin Ab. Malek

PERGIGIAN TAHUN 3:
-Ahmad Adib Husni bin Abdul Hadi

PERGIGIAN TAHUN 4:
-Muhammad Ferhan bin
Mohd Fadzlan

SISWI:

PERUBATAN TAHUN 2:
-Zulfa Adila Bt Ahmad Sinwan
-Nur Ainul Latifah Bt Abd Talib

PERUBATAN TAHUN 3:
-Hannan Sofea Bt Adli
-Nur Insyirah Bt Mohd Adzli

PERUBATAN TAHUN 4:
-Syaimaa’ Munirah Bt Satiful Bahri
-Ainnur Maisarah Bt Abdul Karim

PERUBATAN TAHUN 5:
-Nur Afiqah Bt Abdul Razak
-Siti Fatimah Azzahraa Bt
Zulkifli

PERGIGIAN TAHUN 1 :
-Wan Nur Hayati Bt Wan Roslan
-Noor ‘Ayuni Bt Lokmal Hakim

PERGIGIAN TAHUN 2:
-Nurul Ain Athirah Bt Shafari

PERGIGIAN TAHUN 3:
-Siti Nurul Afiqah Bt Mahian @ Nordin
-Asilah Nur Athirah Bt Harisin

PERGIGIAN TAHUN 4:
-Khairun Nisa’ Bt Suhaimi
-Fatimah az-Zahra’ Bt Rusdi

Sekian, terima kasih.

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”

“PCA: Keluarga Kita, Kekuatan Kita”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

MUHAMMAD SAFWAN BIN KHAIRUL ANWAR,
Naib Pengerusi I,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

WAN HAFFZAN PUTRI BINTI WAN MOHD LOTPI,
Naib Pengerusi II,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?