[PROJEK KESIHATAN MAYA – EPISTAKSIS]

0

Hidung berdarah atau dikenali sebagai epistaksis, ialah pendarahan dari hidung disebabkan oleh kecederaan salur darah kecil di dalam hidung. Pendarahan biasanya hanya disedari apabila darah mengalir keluar melalui hidung.

Jenis pendarahan hidung:

  1. Hidung berdarah dari depan (anterior nosebleeds).

Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar dari salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri. 

  • Hidung berdarah dari belakang (posterior nosebleeds).

Hidung berdarah berlaku jauh di dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kira sama ada pesakit itu sedang berdiri ataupun duduk. 

❖Apakah sebab berlaku epistaksis? 

  • Sejuk dan alahan. 
  • Jangkitan pada salur hidung (sinus). 
  • Trauma, sebagai contoh; menghembus hidung terlalu kuat, memicit hidung, kecederaan pada bahagian dalam hidung atau terdapat benda asing di dalam hidung. 
  • Dinding tengah hidung (septum) senget. 
  • Ketumbuhan di dalam hidung (contoh: polyps, tumor). 
  • Penyakit lain yang berkaitan (contoh: sakit buah pinggang yang kronik, thrombocytopenia(bilangan platelet yang rendah) dan penyakit darah (contoh: hemophilia). 
  • Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah (contoh: warfarindan heparin) ➢Tindak balas bahan kimia. 

Kebanyakan kes tidak dapat diketahui sebab-sebab berlaku epistaksis. 

❖Apakah rawatan yang betul sekiranya berlaku pendarahan hidung?  

Langkah kecemasan: 

  1. Beri keselesaaan kepada pesakit tersebut. 
  2. Dudukkan pesakit dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok. Jangan dongakkan kepala ke atas kerana apabila kepala didongak ke atas, darah akan mengalir masuk ke dalam saluran pernafasan dan akan menyebabkan sesak nafas. 
  3. Minta pesakit bernafas melalui mulut, ludahkan, dan jangan telan darah. 
  4. Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 10-15 minit. 
  5. Letakkan ketulan ais yang dibalut dengan kain di pangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah di bahagian tersebut. 
  • Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah berhenti atau tidak. 
  • Jika masih berdarah ulang picit bahagian pangkal hidung selama 10 minit. Jika pendarahan berterusan, segera berjumpa doktor. 

Sekiranya hidung anda berhenti berdarah,anda harus mengikuti nasihat di bawah untuk mengurangkan risiko pendarahan hidungyangberulang serta untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan: 

  1. Elakkan daripada menghembus atau mengorek hidung anda, angkat berat, senaman berat, dan minum minuman beralkohol atau panas selama 24 jam. 
  2. Jangan keluarkan apa-apa kerak yang terbentuk di dalam hidung anda. Ianya mungkin tidak selesa bagi anda, tetapi ia adalah bahagian berguna dalam proses pemulihan.
  3. Sekiranya anda perlu bersin, cuba bersin dengan mulut anda terbuka untuk mengurangkan tekanan dalam hidung anda. 
  4. Jauhkan diri daripada individu yang  batuk dan selesema. 

❖    Bilakah anda perlu berjumpa doktor? 

  1. Hidung anda tidak berhenti berdarah dan anda mengambil ubat melambatkan pembekuan darah (anticoagulant) contohnya warfarin atau anda mempunyai penyakit darah (contohnya haemophilia). 
  2. Anda mengalami sesak nafas. 
  3. Hidung berdarah melebihi 20 minit. 
  4. Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah. 
  5. Anda menelan banyak darah sehingga membuatkan anda muntah. 
  6. Hidung berdarah selepas kemalangan yang serius (contohnya kemalangan kereta atau motosikal). 

Dalam kes pendarahan yang tidak terkawal, sila berjumpa doktor pakar bahagian telinga, tekak dan hidung (ENT), mereka akan memberi rawatan mengikut keadaan seperti: 

  1. Membuat sumbatan pada hidung (nasal packing). Doktor akan meletakkan kain kasa ke dalam rongga hidung untuk membuat tekanan pada tapak pendarahan. 
  2. Cauterizationiaitu penggunaan bahan kimia (silver nitrate) atau tenaga haba (electrocautery) untuk menutup salur darah yang mengalami pendarahan. 
  3. Mengurangkan dos ubat melambatkan pembekuan darah (anticoagulant) sekiranya anda mengambil ubat tersebut. 

❖Apakah telahan atau ramalan tentang penyakit ini (prognosis)? 

Bergantung pada sebab – sebab pendarahan. 90% pendarahan meningkat daripada kawasan “little” (bahagian hadapan septum hidung) dan peluang untuk sembuh adalah tinggi. #ProjekKesihatanMaya  

#NotaKesihatanMesir  

#PERUBATANKelasPertama  

#KitaKeluargaPCA  

#KitakanRakyatMalaysia  

“Coaching Towards Holistic Muslim Professional”  

“PCA: Keluarga Kita, Kekuatan Kita”  

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”  

Health Academy,  

Biro Akademik,  

PERUBATAN Cawangan al-Azhar.  

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?