[KENYATAAN RASMI: Penangguhan Program dan Aktiviti PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020]

0

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji dan syukur selayaknya hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah menganugerahkan kepada kita dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak lupa juga nikmat kesihatan yang kita kecapi saban hari yang membolehkan kita meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu Allah di muka bumi ini.

Alhamdulillah, sepanjang kenaikan sesi pentadbiran 2019/2020, pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan atas dasar keperluan ahli dan menjayakan Pembawaan PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2019/2020. Semoga semua aktiviti tersebut dapat memberi manfaat kepada seluruh ahli.

Seperti yang kita telah sedia maklum, fasa peperiksaan semakin menghampiri, maka dengan ini kami telah bersetuju untuk menangguhkan segala program dan aktiviti bagi memberi ruang sepenuhnya kepada semua ahli dalam membuat persediaan peperiksaan. Fasa penangguhan ini akan bermula pada 20 April 2019 sehingga 22 Jun 2019. 

Sehubungan dengan penangguhan program dan fasa peperiksaan, beberapa perkara telah ditetapkan diperingkat Majlis Pengerusi 2019/2020:

1. Program berbentuk kecemerlangan akademik, pembawaan Smart Circle dan aktiviti bagi tahun klinikal masih boleh diteruskan.
2. Segala mesyuarat perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Diharapkan kepada semua ahli agar dapat memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. Berusahalah bersungguh-sungguh tanpa mengambil kira apa natijahnya. Kerana yang dinilai Allah bukanlah hasil semata, tetapi apakah usaha yang dilakukan dalam mengejar cita-cita kita. Akhir kata, marilah kita sama-sama menjaga hubungan dengan Sang Pencipta di samping hubungan sesama manusia. 

Bak kata pepatah Arab, 
“Siapa yang berusaha, akan dapat apa yang diusahakan.” Selamat berjuang dan maju jaya. 

PERUBATAN sebagai wadah integrasi dalam membentuk profesional sains kesihatan yang rabbani dan kompeten.

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”
“PCA: Keluarga Kita, Kekuatan Kita”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Yang menjalankan tugas,
Naib Pengerusi.

ARTIKEL BERKAITAN

0

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?