KENYATAAN RASMI: Perlantikan Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2019/2020

KENYATAAN RASMI: Perlantikan Ahli Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2019/2020

0

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih diberikan nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak dilupakan, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasallam.
Patah tumbuh hilang berganti. Dengan perletakan jawatan pimpinan sesi 2018/2019 dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PERUBATAN Cawangan al-Azhar kali ke-6 pada 15 Februari lalu, maka telah rasmilah kenaikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan al-Azhar bagi sesi 2019/2020.

Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 30, Perkara 1 yang berbunyi:

Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan selewat-lewatnya 14 (empat belas) hari selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan.”

Oleh yang demikian, berikut adalah senarai nama penasihat bagi sesi 2019/2020:-
1) Abdul Mustaqim bin Mohamad Khalil (Ketua Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan al-Azhar)
2) Muhammad Faris bin Deraman
3) Ahmad Zulkhairi bin Dzulkiflee
4) Muhammad Khairul Azim bin Abdul Ghani
5) Nur Aliaa binti Meor Idris (Timbalan Ketua Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan al-Azhar)
6) Khalis Shahirah binti Mohamed Hafiz
7) Hajar binti Ab. Rahman

Firman Allah SWT:

(( انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ ))
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
(Surah at-Taubah: 41)

Sabda Nabi SAW:

“Sesungguhnya Allah menyukai jika seseorang melakukan sesuatu pekerjaan secara itqan dan bersungguh-sungguh.”
(HR Bukhari)

Semoga kepimpinan PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2019/2020 akan terus bersemangat mengemudi bahtera ini untuk mencapai reda Allah. Justeru, kerjasama yang jitu daripada seluruh ahli amatlah diharapkan agar segala perancangan dapat dilaksanakan sebaiknya. Berlayarlah PERUBATAN. Kita bekerja dengan PERUBATAN, kita bekerja untuk Islam.

#KitaKeluargaPCA
“PCA: Keluarga Kita Kekuatan Kita”

سيرو على بركة الله

Sekian , terima kasih.

“Ilmuwan Berbakti Teguh Sehati”
“at-Taqwa, as-Syifa , ar-Rahmah”

 

Muhammad Fitri Hakim bin Ab. Razak,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

Nur Aqillah binti Ayob,
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?