KENYATAAN RASMI: Portfolio Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2019/2020

KENYATAAN RASMI: Portfolio Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2019/2020

0

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi justeru dengan inayah dan kurnia-Nya kita masih dapat merasa nikmat iman dan islam yang merupakan nikmat terbesar kita hingga ke hari ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang telah membawa manusia mengenal Ilahi dan mengajar manusia untuk mengejar reda Allah SWT melalui agama Islam.

Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) kali ke-6 pada tanggal 15 Februari telah berlangsung dengan jayanya. Semoga setiap perbahasan dan perbincangan dalam mesyuarat tersebut sedikit sebanyak memberi manfaat buat seluruh ahli PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) dan akan membuahkan hasil serta mampu membantu dalam membawa PCA ke arah pembinaan ahli yang lebih rabbani dan kompeten. Bertepatan dengan itu, tampuk kepimpinan PCA telah bertukar tangan dan akan diterajui oleh semangat-semangat baharu yang akan mengemudi bahtera ini dalam meneruskan penyebaran Islam di bumi al-Azhar.

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN, Bab ke-4, Fasal 28, Nombor 1 (c):
“Pembahagian jawatan-jawatan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan dalam mesyuarat pertama selepas Mesyuarat Tahunan Cawangan kecuali jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.”

Oleh itu, berikut merupakan portfolio yang telah dipersetujui bersama:
Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) 2019/2020

BIL JAWATAN NAMA
1. PENGERUSI MUHAMMAD FITRI HAKIM BIN AB. RAZAK
2. TIMBALAN PENGERUSI NUR AQILLAH BINTI AYOB
3. NAIB PENGERUSI I MUHAMMAD SAFWAN BIN KHAIRUL ANWAR
4. NAIB PENGERUSI II WAN HAFFZAN PUTRI BINTI WAN MOHD LOTPI
5. SETIAUSAHA MOHAMAD NAQIEB BIN MOHAMMAD
6. TIMBALAN SETIAUSAHA NURIN JAZLINA BINTI MOHD ISMAIL
7. BENDAHARI & BIRO EKONOMI EIZZUL FAHMI BIN BADLISHAH
8. TIMBALAN BENDAHARI & BIRO EKONOMI NUR UMMUL HASANAH BINTI NUHAIRI
9. KETUA BIRO AKADEMIK SYED MOHAMAD ASLAM HUSAINI BIN SYED BAHRIM
10. TIMBALAN KETUA BIRO AKADEMIK AIMI SYUHADA BINTI MIZAM
11. KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN ABU BAKAR AL SIDDIQ BIN MOHAMED
12. TIMBALAN KETUA BIRO PEMBANGUNAN INSAN NUR AINAA BINTI HARIZAN
13. KETUA BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN AHMAD ZAKI ASSYATIRI BIN MUHAMAD SYUKRI
14. TIMBALAN KETUA BIRO PENERBITAN DAN PENERANGAN NUR HANNANI BINTI MOHAMMED ALAM
15. KETUA BIRO KEBAJIKAN ABDUL HADI FATAH BIN MAHIAN @ NORDIN
16. TIMBALAN KETUA BIRO KEBAJIKAN WAN AIDA JAZMIN BINTI WAN AHMAD JAZLAN
17. KETUA BIRO PERUMAHAN DAN BIRO SUKAN & AKTIVITI LUAR MUHAMMAD AFIQ BIN MARZUKI
18. TIMBALAN KETUA BIRO PERUMAHAN DAN BIRO SUKAN & AKTIVITI LUAR SYIFA’ BINTI HAIRUL ANWAR

Dengan pengumuman yang dibuat ini, maka bermulalah gerak kerja barisan pimpinan untuk berkhidmat kepada ahli seterusnya membawa PERUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2019/2020 ke arah perubahan dan transformasi yang lebih baik seiring dengan usianya. Kami barisan pimpinan PCA sesi 2019/2020 berharap agar semua ahli memberi kerjasama dan sepenuh komitmen dalam menjayakan agenda kesatuan yang kita impikan. Sebagai pengakhiran, marilah kita semua hayati dua hadis Rasulullah SAW.

Baginda bersabda:
“Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda:

“Maka wajiblah ke atas kamu berjemaah kerana sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang jauh daripada kumpulannya.”

(HR. al-Nasa’i)

سيرو على بركة الله
Sekian, terima kasih.

“PCA: Keluarga Kita, Kekuatan Kita”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muhammad Fitri Hakim Bin Ab. Razak,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2019/2020.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?