NOTIS 1: PANGGILAN KE MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR...

[KENYATAAN RASMI] NOTIS 1: PANGGILAN KE MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR KALI KE-6

0

[KENYATAAN RASMI]

NOTIS 1: PANGGILAN KE MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC)

PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR KALI KE-6

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan kepada sekalian umat Islam yang dikasihi Allah SWT sentiasa.

 

Firman Allah SWT,

“Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (hal-hal keduniaan) itu, kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi golongan-golongan yang bertawakal kepada-Nya.”

(Surah Ali Imran: Ayat 159)

“Dan juga (bagi) orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan dan melaksanakan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”

(Surah asy-Syura: Ayat 38)

 

Merujuk Bab Ke-4, Fasal 25, Perkara 2 (a) dalam Perlembagaan PERUBATAN, berkaitan notis Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC):

“Notis mengenai tarikh yang telah ditetapkan untuk Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat.”

 

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) 2018/2019 akan mengadakan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PCA Kali Ke-6 dengan butiran seperti berikut:

  • Tarikh: 1Februari 2019
  • Hari: Jumaat
  • Masa: 7.30 pagi
  • Tema: “KITA KELUARGA PERUBATAN

 

Mesyuarat Tahunan Cawangan menandakan berakhirnya sesi PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019 dan juga merupakan acara yang diperuntukkan dalam perlembagan PERUBATAN Bab Keempat Fasal 25. Memetik Fasal tersebut pada perkara ketujuh, agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

  • Mengesahkan Minit Mesyuarat Tahunan Cawangan bagi tahun sebelumnya.
  • Membentangkan laporan tahunan PERUBATAN Cawangan.
  • Membentang dan mengesahkan Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan.
  • Membahas dan meluluskan usul.
  • Membincangkan perkara yang berkaitan dengan ahli dan kemajuan PERUBATAN Cawangan.
  • Melantik 4 (empat) orang Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit)
  • Membincangkan perkara-perkara lain yang difikirkan sesuai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

 

Sehubungan itu, semua ahli PCA dijemput hadir ke Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) PCA Kali Ke-6 dengan mendaftarkan diri sebagai perwakilan atau sebagai pemerhati pada tarikh yang telah dinyatakan. Tempoh pendaftaran untuk Fasa 1 bermula dari 23 Januari 2019 sehingga 30 Januari 2019 manakala tempoh penghantaran usul akan bermula pada 26 atau 27 Januari 2019.

 

Rujuk pautan berikut untuk pendaftaran perwakilan: https://goo.gl/hdyjWA

 

Surat jemputan rasmi kepada semua ahli untuk menghadiri Mesyuarat Tahunan Cawangan Kali Ke-6 ada disertakan di bawah.

 

Segala maklumat berkaitan Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC) PERUBATAN Cawangan al-Azhar.

Sekian, terima kasih.

 

“Profesional, Berintegriti, Bersistematik”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Abdul Aziz bin Akmal,

Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

 

 

 

 

 

Syifa’ binti Hairul Anuar,

Timbalan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?