[ISU SEMASA JAKSI: ROMPAKAN BERSENJATA]

0

[ISU SEMASA JAKSI: ROMPAKAN BERSENJATA]

Kes: Rompak Menggunakan Pistol
Kawasan: Di kawasan Lebuh Raya
Tarikh: 29/1/2019
Masa: 6:30 pm

Kronologi kes:
🔻 1. Semasa mangsa hendak mngambil barang niaga dari Arab, sampai sahaja di tempat yang dijanjikan (pergi naik Uber).

Kawan arab tersebut datang dengan 3 orang termasuk pemandu Uber mereka. Semasa hendak mengambil barang tersebut, kawan suspek mengajak ke tempat yang lebih baik dengan menaiki Uber yang diminta siap-siap olehnya.

🔻2. Mangsa menolak dan mengatakan untuk minta Uber lain dan ikut Uber suspek dari belakang. Suspek membalas dengan mengatakan tidak perlu kerana sudah terlalu lambat.

Mangsa dan kawan ikut naik sekali Uber suspek berkenaan. Mangsa dikepit oleh Arab kiri kanan (jumlah tempat duduk belakang 4 orang). Kawan Arab tersebut berada di hadapan (tempat duduk penumpang sebelah pemandu Uber).

🔻3. Kemudian semasa dalam perjalanan kawan arab itu minta untuk kira siap-siap duit yang mangsa bawa, tetapi mangsa enggan dengan membuat sedikit rundingan.

Selepas beberapa perbualan akhirnya mangsa memberikan wang untuk dikira oleh suspek, selepas siap kira wang, mangsa mahu ambil balik wang itu tetapi tidak diberi olehnya.

🔻4. Arab lain cakap dengan pemandu Uber untuk turunkan mangsa berdua di tengah-tengah lebuh raya yang keadaan sangat gelap.

Uber berhenti, dan mangsa diminta turun. Mangsa berkeras tidak mahu kerana masih belum diberi barang belian mangsa. Kemudian mangsa diacukan PISTOL di perut dan diarahkan untuk turun segera.

🔻5. Mangsa ditinggalkan di tengah-tengah lebuh raya yang sangat gelap sambil diacukan PISTOL kepada mangsa.

Alhamdulillah kesemua suspek beredar begitu sahaja tidak mencederakan mangsa.

BARANGAN HILANG :
• Wang tunai 10,350 LE
• Iphone 7 Plus 2 biji
• Iphone X 1 biji

Sehubungan dengan itu, JAKSI PCA menasihatkan ahli agar:

1. Sentiasa membaca doa dan Ayat Kursiy ketika ingin keluar rumah.
2. Meningkatkan keselamatan diri.
3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
4.Berhati-hati dengan warga tempatan yang cuba mengambil kesempatan.
5. Terus menjerit meminta tolong jika sekiranya ada arab atau warga lain bertindak mencurigakan dan menganggu gugat keselamatan.
6. Melaporkan kepada JAKSI sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan Keselamatan dan Sosial.

Sebarang laporan atau aduan, sila hubungi:

AMIRUL ASHRAFF BIN YASIR ARAFAT
Pengarah JAKSI PCA 2018/2019
+201551245873

NUR NABILAH BINTI MOHD NOR
Timbalan Pengarah JAKSI PCA 2018/2019
+201140086845

ABDUL MUSTAQIM BIN MOHAMAD KHALIL
Pengerusi PCA 2018/2019
+20 128 863 2792 (Ws/Tel)

KHALIS SHAHIRAH BINTI MOHAMED HAFIZ
Timbalan Pengerusi PCA 2018/2019
+20 114 651 0232 (Ws/Tel)

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia

“Hak Tertegak, Biah Terpelihara”

“PCA: Unity in Diversity”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jawatankuasa Keselamatan & Sosial Islam,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?