[MINDA PIMPINAN: SHARPEN YOUR AXE!]

0
  1. MINDA PIMPINAN: SHARPEN YOUR AXE!

“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepadaKu.” (adz-Dzariyat:56)

Dan Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) dibumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (al-Baqarah:30)

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bahawa penciptaan manusia di muka bumi bukanlah sia-sia, melainkan untuk beribadah dan menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

◾Definisi Profesionalisme

Apakah pula yang dirujuk sebagai budaya “Profesionalisme”? Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. Secara mudahnya, profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional. Ia juga melibatkan hal seputar perancangan berstrategi, keberkesanan tindakan, kejujuran penilaian (muhasabah) selain budaya-budaya baik seperti menepati janji, menepati masa dan pastinya menepati kehendak syara’.

◾Nilai mahasiswa islam

Seorang mahasiswa yang sedang menuntut ilmu di menara gading kebiasaannya tidak boleh terlepas daripada melakukan beberapa aktiviti ataupun beberapa kerja dalam satu-satu masa. Biarpun tujuan utama kedatangan ke bumi Mesir itu pada awalnya untuk menuntut ilmu semata-mata, namun kadang-kadang kehidupan seseorang itu dilanda berbagai tugasan lain yang kadang-kadang datang tanpa diduga dan dijangka.

Lebih-lebih lagi, jika seseorang itu pemegang tampuk kepimpinan ataupun aktivis persatuan yang khidmatnya sentiasa diperlukan oleh komuniti sekeliling. Kesibukan dalam menguruskan pelbagai perkara menuntut mereka untuk menyusun masa dengan baik.

◾Iktibar kisah tabi’in tentang masa

Diceritakan mengenai seorang Tabi’in bernama Amir Ibn Qays yang didatangi oleh sahabatnya. Ketika sahabat tersebut ingin berbualkan sesuatu perkara dengan beliau, Amir Ibn Qays berkata kepada sahabat tersebut,

“Peganglah matahari! (Iaitu jika kau boleh pegang matahari itu dan mampu berhentikannya daripada bergerak maka aku akan berbual dengan engkau)”

Lihat bagaimana Tabi’in ini sangat-sangat mengambil berat tentang masa. Bagaimana dia melihat bahawa masa yang telah berlalu tidak akan dikembalikan? Sehingga dia memastikan supaya setiap daripada masa yang berputar tidak dibazirkan dengan perkara yang tidak berfaedah.

◾Hidup untuk memberi

Hidup dalam berpersatuan mengajar kita pelbagai perkara hatta dari sudut pengurusan waktu, komunikasi dengan manusia, pengurusan stres serta pelbagai kemahiran yang lain. Selagi masih diberi umur yang panjang, manfaatkan sebaiknya peluang yang Allah sediakan.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.” (ar-Ra’du:11)

Pentingnya untuk memiliki sistem sokongan yang utuh di sebalik kesukaran-kesukaran yang kita hadapi dalam hidup kita sebenarnya. Di saat dalam kebuntuan Allah datangkan sahabat-sahabat yang kembali menguatkan kita.

Jadilah manusia yang dapat memberi banyak manfaat kepada masyarakat sejagat. Ingatlah, bahawa dunia diciptakan sebagai ladang untuk akhirat.

Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

ARTIKEL BERKAITAN

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?