[KENYATAAN RASMI: SERUAN MEMBAYAR YURAN & EXAM FEVER CAMPAIGN (EFC)

[KENYATAAN RASMI: SERUAN MEMBAYAR YURAN & EXAM FEVER CAMPAIGN (EFC)

0

[KENYATAAN RASMI: SERUAN MEMBAYAR YURAN & EXAM FEVER CAMPAIGN (EFC)]

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan terhadap Pencipta kita yang Maha Esa kerana masih memberikan kita peluang merasai nikmat kehidupan ini melalui nafas Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia kita, Baginda SAW dan keluarga baginda serta para sahabat baginda kerana tanpa jerih payah usaha dakwah mereka, tidak mungkin kita merasai nikmat Islam.

Untuk makluman semua, pihak Fakulti Perubatan dan Pergigian Universiti al-Azhar telah memberi peringatan kepada semua pelajar sepaya menjelaskan yuran pengajian masing-masing sebelum peperiksaan akhir tahun bermula. Bagi pelajar yang gagal membayar yuran, mereka akan tidak dibenarkan menduduki peperiksaaan dan tidak dibenarkan untuk membuat tasdiq.

Selain itu, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan al-Azhar menggalakkan kepada semua ahli untuk mengulang kaji pelajaran dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang dijangkakan bermula pada bulan Januari. Di samping itu, cuti musim sejuk bagi fakulti perubatan dan pergigian akan bermula pada 24 Januari sehingga 8 Februari 2019 dan sesi pembelajaran baru akan bermula pada 9 Februari 2019. Diharapkan agar semua pelajar memanfaatkan cuti dengan sebaiknya.

Sehubungan dengan itu, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan al-Azhar menyeru kepada semua semua mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Perubatan dan Pergigian Universiti al-Azhar supaya:

  1. Menjelaskan yuran pengajian dengan kadar segera pada setiap tahun terutamanya bagi pelajar yang tidak mempunyai sebarang masalah untuk bayaran yuran.
  2. Melaksanakan pecutan terakhir dalam akademik kalian sepanjang tempoh study week dan tawaqquf.
  3. Memberitahu kepada ketua batch masing-masing sekiranya mempunyai masalah dalam membayar yuran.
  4. Merancang perkara yang akan dibuat sewaktu cuti musim sejuk supaya tidak berlaku pembaziran waktu.

Akhir kalam, kami berharap agar semua mahasiswa dan mahasiswi untuk bersabar atas ujian dan dugaan yang dilalui. Masalah yang timbul ini akan cuba diselesaikan dengan secepat mungkin untuk kemudahan kita bersama. Kami juga, bagi pihak pimpinan PERUBATAN Cawangan al-Azhar, mengucapkan selamat mengulangkaji dan maju jaya buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan Universiti al-Azhar dalam menempuh peperiksaan pertengahan tahun sesi 2018/2019 ini. Semoga dengan medium yang telah disediakan ini, kita semua beroleh manfaat yang baik. Kami mendoakan agar Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita untuk terus mengulangkaji pelajaran serta menganugerahkan keputusan yang Allah SWT dan kalian redhai.
Seeru ‘Ala Barakatillah.
Wallahu A’lam.

“Achieve the Highest , Improve Other”

“PCA: Unity in Diversity”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

SYED MOHAMAD ASLAM HUSAINI BIN SYED BAHRIM
Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

NUR AQILLAH BINTI AYOB
Timbalan Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?