[KENYATAAN RASMI | PENUBUHAN JAWATANKUASA PILIHANRAYA CAWANGAN (JPC) AL-AZHAR SESI 2018/2019]

0

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

 

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

 

“Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.”

(Surah as-Sajadah : ayat 24)

Segala puji bagi Allah SWT yang masih memberikan dua nikmat yang terbesar kepada kita semua; nikmat iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam buat pemimpin teragung Rasullulah SAW, para sahabat, ahli keluarga serta seluruh generasi yang masih teguh dalam meneruskan perjuangan Baginda SAW.

 

Sebagaimana bahtera itu perlukan nahkodanya, begitu jualah mana-mana organisasi pasti memerlukan pimpinannya. Dan menjadi lumrah, setiap kepimpinan pasti terikat dengan tempohnya yang tertentu.

 

Merujuk pada Fasal 27 Perkara 1 (a) Perlembagaan PERUBATAN yang menyatakan;

“Jawatankuasa Khas untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang selepas ini disebut sebagai Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) hendaklah ditubuhkan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN untuk mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan”.

 

Bertepatan juga dengan isi Perlembagaan PERUBATAN Fasal 30 Perkara 5 (b) yang menyatakan;

“Tugas-tugas Lembaga Penasihat adalah seperti berikut: Melantik Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan”.

 

Sehubungan itu, saya mewakili barisan Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan al-Azhar mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) PERUBATAN Cawangan al-Azhar untuk sesi kali ini.

 

Maka dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa, Pengarah dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) PERUBATAN Cawangan al-Azhar adalah seperti berikut:

 

Pengarah       : Muhammad Za’im bin Mohd Zaini

Timbalan Pengarah : Tasneem binti Hamzah 

 

Diharapkan seluruh barisan Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) dapat bertindak dengan cermat, berintegriti dan telus bagi memastikan kelancaran proses pentadbiran PERUBATAN Cawangan al-Azhar bagi sesi 2019/2020.

 

Penyudah kalam, saya tinggalkan kata-kata Saidina Umar RA untuk kita renungkan bersama:

 

ليس الاسلام الا بالجماعة ولاجماعة الا بالقيادة ولا قيادة الا بالطاعة

 

“Tidaklah Islam itu melainkan dengan jemaah, dan tiadalah jemaah itu melainkan dengan kepimpinan (yang adil lagi amanah), dan tiadalah kepimpinan itu melainkan dengan ketaatan (daripada pengikutnya).”

 

Menjadi seruan juga buat seluruh ahli PERUBATAN Cawangan al-Azhar untuk bersama-sama memberi sokongan dan dokongan terhadap pilihanraya yang akan dijalankan tidak lama lagi seterusnya merancakkan lagi usaha kita dalam merealisasikan wawasan bersama “PCA : Unity in Diversity”.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

“PCA : Unity in Diversity”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

Ahmad Tasnim bin Muslim,

Ketua Penasihat,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?