[ARTIKEL MUSYRIF: MUHIMMAH PENSYARIATANNYA]

0

Tajuk: MUHIMMAH PENSYARIATANNYA
Penulis: Siti Najwa binti Shabri (Perubatan Tahun 3)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم.
طه (١) مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ (٢) إِلَّا تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ (٣) تَنْزِيلًا مِمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى (٤) الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ (٥) لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَىٰ (٦)(

“Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Al-Quran diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) ar-Rahman, yang bersemayam di atas ‘Arasy. Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.” (20:1-6)

Berdasarkan ayat al-Quran diatas, sudah jelas Allah katakan bahawa al-Quran bukan diturunkan untuk memberi kesusahan. Begitu juga sistem-sistem seperti sistem musyrif yang dicipta berpandukan al-Quran, tidak mungkin bermatlamatkan sebegitu melainkan untuk memberi manfaat. Namun, masih ramai lagi yang jahil tentang sistem musyrif dan asbab kewujudannya malah mentohmah sistem ini menggunakan akal semata manakala yang telah berilmu pula tidak berusaha menjalankannya apatah lagi menyebarkannya sehingga merealisasikan kata-kata Martin Luther King Jr. iaitu, “Kezaliman itu akan berterusan bukan kerana banyaknya orang-orang jahat tetapi kerana diamnya orang-orang baik.”

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ ۖ وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا (٣٣)

“Hendaklah kamu tetap tinggal di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu. Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (33:33)

Sudah jelas dalam ayat di atas bahawa tempat yang lebih baik bagi seorang wanita adalah di rumah. Tambahan lagi, pada waktu malam yang bahayanya telah disebut dalam hadis Rasulullah yang berbunyi, “Kalaulah manusia tahu tentang keburukan berjalan seorang diri, nescaya aku tidak akan dapat mengetahui adanya orang yang sanggup berjalan seorang diri pada waktu malam.”(Hadis riwayat Bukhari).
Namun begitu, zaman sekarang telah membebankan wanita dengan tanggungjawab yang menuntut wanita untuk keluar melibatkan diri dalam masyarakat. Oleh itu, sistem musyrif merupakan salah satu usaha yang diadakan oleh pihak berkuasa Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI) dan HISBAH untuk mencapai maqasid syariah iaitu bagi menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta seseorang wanita memandangkan jenayah yang semakin berleluasa dan keamanan yang semakin terancam tidak mengira siang atau malam.

Antara kepentingan musyrif ini adalah untuk:
1. Menjaga maruah mahasiswi.
2. Melindungi mahasiswi daripada sebarang gangguan dan perkara yang tidak diingini.
3. Pemudah cara dalam urusan perjalanan mahasiswi terutamanya perjalanan jarak jauh.

Ada orang yang membandingkan dirinya dengan wanita arab yang lain dengan berkata, “Kenapa saya melihat orang arab boleh sahaja keluar malam?” atau membandingkan keadaan di Mesir dan Malaysia dengan berkata, “Kenapa di Malaysia saya boleh sahaja keluar berseorangan pada waktu malam?” Perbandingan ini adalah tidak wajar. Hal ini kerana wanita arab mempunyai kekuatan jauh bezanya dari wanita Asia, serta mereka juga mempunyai mahram dalam kawasan tempat tinggal mereka yang membolehkan mereka berbuat demikian. Adapun bagi yang tiada, berkewajipan baginya untuk mempunyai wali atau penjaga yang diberi kepercayaan seperti pihak berkuasa Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) yang bertanggungjawab menaungi seluruh pelajar sains kesihatan di Mesir atau orang yang diamanahkan oleh pihak tersebut seperti siswa yang telah ditugaskan untuk menjadi musyrif sepertimana disebut dalam surah di bawah iaitu:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (٥٩)

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taati Rasul-Nya dan Ulil Amri diantara kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir, yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (4:59)

وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ ۚ إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا ۚ وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ ۚ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا

“Dan katakanlah (Muhammad), kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu, barang siapa menghendaki (beriman) hendaklah dia beriman, dan barangsiapa menghendaki (kafir) biarlah dia kafir.” Sesungguhnya kami telah menyediakan neraka bagi orang zalim, yang gejolaknya mengepung mereka. Jika mereka meminta pertolongan (minum), mereka akan diberi air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan wajah. (Itulah) minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang paling jelek.” (18:29)

Maka apabila sudah diceritakan bahawa sistem musyrif ini dilaksanakan bagi menggapai tujuan pensyariatan Islam itu sendiri, ingin saya konklusikan dengan ayat di atas bahawa meskipun kewajipannya tertakluk kepada semua mukalaf dan sudah tersedia hukuman bagi yang menolaknya, namun hanya golongan yang mendapat hidayah daripada Allah sahaja yang akan menjalankannya.

Wallahua’lam.

ARTIKEL BERKAITAN

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?