PILIHAN RAYA MAJLIS KETUA BATCH (MKB) SESI 2018/2019.

PILIHAN RAYA MAJLIS KETUA BATCH (MKB) SESI 2018/2019.

0

PILIHAN RAYA MAJLIS KETUA BATCH (MKB) SESI 2018/2019.

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dalam sirah Rasulullah SAW ada menyingkap tentang pemilihan pemimpin dalam Islam iaitu ketika Perjanjian Aqabah Kedua.

Ketika perjanjian tersebut, rombongan dari Madinah seramai 70 orang telah datang berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk membuat bai’ah (perjanjian). Setelah bai’ah itu sempurna dilaksanakan, Rasulullah SAW telah meminta supaya rombongan tersebut memilih dua belas orang ketua yang akan menjadi naqib(ketua) kepada kaum masing-masing dan bertanggungjawab terhadap kaum mereka dalam melaksanakan perkara-perkara dalam bai’ah itu. Lanjutan daripada arahan Rasulullah SAW tersebut, 12 orang wakil dari kalangan kaum Khazraj dan kaum Aus tampil ke hadapan lalu Rasullullah SAW melantik mereka sebagai naqib(ketua).

Berdasarkan peristiwa ini, jelas menunjukkan bahawa pemilihan pemimpin dalam Islam telah pun berlaku sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.

Sehubungan dengan itu, kami di peringkat Naib Pengerusi dan Majlis Ketua Batch PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) bakal mengadakan Pilihanraya Majlis Ketua Batch (MKB) Sesi 2018/2019.

Sukacita kami memperkenalkan barisan Suruhanjaya Pilihan Raya Batch (SPRB) bagi setiap batch jurusan perubatan dan pergigian.

SISWA:

PERUBATAN TAHUN 2: Muhammad Ikhwan bin Abdullah Sani
PERUBATAN TAHUN 3: Ahmad Danial bin Mohd Norazhar
Bilal Syahmi bin Hazli
PERUBATAN TAHUN 4: Muhammad Hafizul Khair bin Abu Hassan
PERUBATAN TAHUN 5: Muhammad Iqbal bin Mohd Sabri
PERGIGIAN TAHUN 2: Luqman bin Mohamed Rahim
PERGIGIAN TAHUN 3: Abdul Aziz bin Akmal

SISWI:

PERUBATAN TAHUN 2: Nur Adhiah binti Zulkifli
Hadya Nur Aneesa binti Suhaime
PERUBATAN TAHUN 3: Siti Amirah Atikah binti Mohd Halid
Syaimaa’ Munirah binti Satiful bahri
PERUBATAN TAHUN 4: Nurul Iman Nabilah binti Ahmad Lutfi
Syarifah Syafiqkah binti Sini Uttuman
PERUBATAN TAHUN 5: Nur Aisyah binti Mohd Shukri
Nurul Aisyah Nabihah binti Roslan
PERGIGIAN TAHUN 1: Nurul Izzah binti Mat Hassan
Nurul Ain Athirah binti Shafari
PERGIGIAN TAHUN 2: Nur Farah Arina binti Abdull Sitar
PERGIGIAN TAHUN 3: Fathein Umaira binti Suriani
Nur Shahirah binti Mat Rahim

Sekian, terima kasih.

“Perancangan Berstrategi, Pengurusan Berintegriti”
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

ABU BAKAR AL-SIDDIQ BIN MOHAMED,
Naib Pengerusi I,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

NURIN JAZLINA BINTI MOHD ISMAIL,
Naib Pengerusi II,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?