KENYATAAN RASMI: EFC 2.0

KENYATAAN RASMI: EFC 2.0

[KENYATAAN RASMI: EFC 2.0]

 

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayangnya dapat kita mengecapi nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

 

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan akhir tahun bagi fakulti perubatan dan pergigian telahpun keluar. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya mendapat pangkat yang cemerlang dan bagi yang belum berjaya, moga cabaran yang mendatang dapat dihadapi dengan cekal. Alhamdulillah pihak universiti menyediakan peluang kedua bagi pelajar yang belum berjaya untuk menghadapi peperiksaan Dhur Thani.

 

Sahabat-sahabat yang dikasihi, peperiksaan Dhur Thani perlulah juga diberi perhatian seperti peperiksaan akhir. Peluang yang disediakan perlulah diambil dengan penuh semangat agar kita dapat meneruskan pembelajaran ke sesi yang seterusnya. Menurut pihak universiti, peperiksaan Dhur Thani akan bermula pada:-

 

a) 1 Ogos 2018, Siswa Fakulti Pergigian

b) 4 Ogos 2018, Siswa Fakulti Perubatan

c) Awal Ogos 2018, Siswi Fakulti Pergigian

d) 5 Ogos 2018, Siswi Fakulti Perubatan

 

1. Sekiranya anda berada di Malaysia, amat digalakkan agar anda pulang ke Mesir lebih awal seminggu atau dua minggu daripada tarikh  bermulanya peperiksaan.

 

2. Para pelajar juga dinasihatkan untuk menyediakan jadual belajar bagi memudahkan anda untuk mengurus masa untuk mengulang kaji.

 

3. Kepada yang berjaya, anda diharapkan dapat memberi semangat dan tunjuk ajar kepada sahabat-sahabat kalian yang kurang bernasib baik.

 

4. Sekiranya ada gerak kerja yang perlu diselesaikan, diharapkan dapat mencari bantuan agar ia diselesaikan dengan segera atau ditangguhkan sehingga selesai peperiksaan.

 

Selain itu, Biro Akademik PERUBATAN Cawangan Al-Azhar mengadakan EFC bagi menjaga kebajikan dan membantu ahli sepanjang tempoh peperiksaan. Sepanjang tempoh EFC ini, pelbagai program diadakan seperti In Home Tutorial (IHT), Gift Delivery, dan banyak lagi untuk membantu dari segi pelajaran dan motivasi. Diharapkan agar semua pelajar yang terlibat boleh terus bersemangat dan melibatkan diri dalam EFC ini.

 

Akhir kata, setiap keputusan itu adalah satu ujian. Keputusan cemerlang mahupun kurang cemerlang, semuanya adalah ujian. Jadi adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menguruskan ujian yang dihadapi dengan baik. Moga sentiasa di bawah jagaan Allah. Siiru ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

 

 

 

 

SYED MOHAMAD ASLAM HUSAINI BIN SYED BAHRIM,
Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

NUR AQILLAH BINTI AYOB,
Timbalan Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?