[ISU SEMASA JAKSI: CUBAAN MEROMPAK]

0

[ISU SEMASA JAKSI: CUBAAN MEROMPAK]

 

Kes: Cubaan mencedera dan merompak

Kawasan: Area volvo, Wisma Kelantan dan Darul HAMKA

Tarikh: 30.06.2018

Masa: 9 Pagi

 

 

Kronologi kes:

🔻Mangsa seorang diri menaiki motor dari lorong Jakarta menuju ke markas untuk mengambil rakannya.

 

Dalam perjalanan, mangsa perasan telah diekori oleh 3 orang Arab yang menaiki motor.

 

🔻Mangsa memperlahankan motor ketika melalui lopak air, tiba-tiba suspek lalu disebelah dan terus melanggar mangsa dari tepi.

 

Suspek cakap sesuatu yang mangsa tidak faham. Namun mangsa tidak mempedulikannya lalu terus menyambung perjalanan nya tanpa mengesyaki taktik suspek.

 

🔻Suspek berkenaan tadi masih mengekori mangsa sehingga ke rumah rakannya lalu berhenti di sebelah mangsa, ketika itu mangsa berseorangan sambil menunggu rakannya.

 

🔻Kemudian seorang dari suspek tersebut turun mendekati mangsa sambil menuduh mangsa telah melanggar mereka sehingga menyebabkan kecederaan kecil pada kaki salah seorang dari suspek dan menyebabkan motor mereka rosak. Suspek berkenaan berkeras mahukan sesuatu dari mangsa.

 

🔻Nasib sedikit baik ketika ada pakcik imarah sebelah baru balik dengan motornya dan berhenti berdekatan mereka, lalu kesemua suspek seperti mahu beredar dari situ .Setelah pakcik itu masuk ke dalam bangunan,mereka turun balik dari motor mendekati mangsa semula. Risaukan sesuatu terjadi, mangsa terus ambil kunci motornya dan pegang kemas dalam genggaman.

 

Salah seorang suspek cuba untuk merampas kunci motor tersebut, seorang lagi pula cuba mengambil telefon bimbit dalam poket mangsa, sedikit pergelutan berlaku. Lalu mangsa pun menjerit menyebut “haromi haromi!” menyedari itu, salah seorang suspek tadi menumbuk muka mangsa.

 

🔻Susulan teriakan mangsa tadi, rakannya telah pun turun dan pakcik yang tadi pun turut meluru menuju kepada mangsa, menyebabkan suspek menjauh sambil mendakwa mangsa telah melanggar mereka kepada rakan mangsa, lalu mereka beredar dari tempat tersebut.

 

Rakannya memberitahu bahawa pernah nampak suspek berkenaan dalam kes cubaan mencuri motor rakan mereka yang lain.

 

🔻Setelah berangkat ke hospital, mereka juga mendapat cerita bahawa rakan mereka yang lain juga ada yang menjadi mangsa cubaan rompak oleh suspek berkenaan sebelum ke hospital pada hari yang sama semasa berjalan menuju ke tempat perhentian bas sambil main telefon bimbit, suspek 3 orang itu berulang alik berdekatannya tetapi ketika suspek tersebut menghampirinya,beliau menyembunyikan telefon bimbit tersebut .

Alhamdulillah, cubaan merompak gagal.

 

 

Ciri-ciri suspek :

1) Naik motor bertiga

 

Sehubungan dengan itu, JAKSI PCA menasihatkan ahli agar:

 

1. Sentiasa membaca doa dan ayat kursi ketika ingin keluar rumah.

2. Meningkatkan keselamatan diri.

3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

4. Terus menjerit meminta tolong jika sekiranya ada arab atau warga lain bertindak mencurigakan dan menganggu gugat keselamatan.

5. ‎Elakkan menujuk barang berharga kepada orang Arab.

6.Melaporkan kepada JAKSI sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan Keselamatan dan Sosial.

 

Sebarang laporan atau aduan, sila hubungi :

 

AMIRUL ASHRAFF BIN YASIR ARAFAT

Pengarah JAKSI PCA 2018/2019

+201551245873

 

NUR NABILAH BINTI MOHD NOR

Timbalan Pengarah JAKSI PCA 2018/2019

+201140086845

 

ABDUL MUSTAQIM BIN MOHAMAD KHALIL

Pengerusi PCA 2018/2019

+20 128 863 2792 (Ws/Tel)

+20 111 002 6836 (Hotline)

 

KHALIS SHAHIRAH BINTI MOHAMED HAFIZ

Timbalan Pengerusi PCA 2018/2019

+20 114 651 0232 (Ws/Tel)

 

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

 

http://tinyurl.com/aduanPCA

 

#KitaKeluargaPCA

#KitakanRakyatMalaysia

 

“Haq Tertegak, Biah Terpelihara”

 

“PCA: Unity in Diversity”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

Jawatankuasa Keselamatan & Sosial Islam,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?