KENYATAAN RASMI: PEMANGKUAN AJKT PCA MUSIM PANAS

KENYATAAN RASMI: PEMANGKUAN AJKT PCA MUSIM PANAS

0

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terpelihara dalam nikmat Islam dan iman dan tergolong dalam kalangan yang sentiasa mendapat hidayah dan taufiq-Nya. Semoga kita juga tergolong sebagai ummat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaatnya kelak.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa pemangkuan portfolio akan berlaku disebabkan ketiadaan beberapa orang AJKT PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) di Mesir atas urusan tertentu dan tidak dapat menjalankan tugasan mereka seperti biasa.

Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

  • Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.
  • Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.
  • Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

Berikut merupakan jadual pemangkuan AJKT berserta nombor telefon masing-masing sebagai rujukan kepada semua ahli dan tenaga penggerak PERUBATAN Cawangan al-Azhar:

BIL. PORTFOLIO NAMA AJKT PEMANGKU TARIKH
1. Timb. Pengerusi Khalis Shahirah binti Mohamed Hafiz NURIN JAZLINA BINTI MOHD ISMAIL

+60 14-758 5924 (Ws)

+20 101 334 2669 (Tel)

13 Ogos – 5 September 2018
2. Naib Pengerusi I Abu Bakar Al Siddiq bin Mohamed  

ABDUL MUSTAQIM BIN MOHAMAD KHALIL

+20 128 863 2792 (Ws)

+20 111 002 6836 (Hotline)

12 Jun – 12 Julai 2018
3. Naib Pengerusi II Nurin Jazlina binti Mohd Ismail  

KHALIS SHAHIRAH BINTI MOHAMED HAFIZ

+20 114 651 0232

13 Julai – 12 Ogos 2018
4. Setiausaha Abdul Aziz bin Akmal  

NOOR AIMAN BIN AB MALEK

+60 13-767 2275 (Ws)

+20 101 401 5292 (Tel)

13 Ogos – 5 September 2018
5. Bendahari & Biro Ekonomi Muhammad Azhan bin Onn @ Nor Azhari  

ABU BAKAR AL SIDDIQ BIN MOHAMED

+20 155 349 3729

13 Julai – 12 Ogos 2018
6. Timb. Bendahari & Biro Ekonomi Wan Aida Jazmin binti Wan Ahmad Jazlan  

SYIFA’ BINTI HAIRUL ANWAR

+20 106 597 3892

12 Jun – 12 Julai 2018
7. Timb. Ketua Biro Akademik Nur Aqillah binti Ayob  

NUR HANNANI BINTI MOHAMMED ALAM

+60 13-976 3421 (Ws)

+20 112 226 6141 (Tel)

12 Jun – 12 Julai 2018
8. Ketua Biro Pembangunan Insan Muhammad Fitri Hakim bin Ab. Razak  

SYED MOHAMAD ASLAM HUSAINI BIN SYED BAHRIM

+20 112 807 0377

13 Julai – 12 Ogos 2018
9. Ketua Biro Penerbitan & Penerangan Noor Aiman bin Ab Malek  

ABDUL MUSTAQIM BIN MOHAMAD KHALIL

+20 128 863 2792 (Ws)

+20 111 002 6836 (Hotline)

13 Julai – 12 Ogos 2018
10. Ketua Biro Kebajikan & Perumahan Eizzul Fahmi bin Badlishah  

ABDUL AZIZ BIN AKMAL

+20 101 666 5138

1 Julai – 10 Ogos 2018
11. Timb. Ketua Biro Kebajikan & Perumahan A’faf binti Othman  

NOR SYAHINDAH BINTI MD NIZAM

+60 19-296 0639 (Ws)

+20 115 077 8102 (Tel)

12 Jun – 12 Julai 2018
12. Ketua Biro Sukan & Aktiviti Luar Muhammad Safwan bin Khairul Anwar  

ABU BAKAR AL SIDDIQ BIN MOHAMED

+20 155 349 3729

15 Julai – 26 Ogos 2018

 

Jadual pemangkuan di atas akan berkuatkuasa bermula daripada tarikh ketiadaan AJKT tersebut di Mesir dan akan tamat secara automatik sekembalinya AJKT berkenaan ke Mesir. Oleh itu, pihak kami berharap agar semua ahli PCA dapat menghubungi nama-nama AJKT yang telah ditetapkan sebagai pemangku di atas sekiranya terdapat sebarang persoalan atau permasalahan yang berkaitan dengan mana-mana gerak kerja PERUBATAN sepanjang cuti musim panas ini.

 

Siiru ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

 

“PCA: Unity in Diversity”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

 

ABDUL MUSTAQIM BIN MOHAMAD KHALIL

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

 

 

 

 

 

 

KHALIS SHAHIRAH BINTI MOHAMED HAFIZ

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?