[KENYATAAN RASMI: PEMANSUHAN STA 1+ & SERUAN MENDAFTAR SEBAGAI PENAJA STA]

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, segala puji dan setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana masih menganugerahkan kepada kita untuk bernafas dalam udara iman dan Islam. Selawat dan salam penghargaan kita kirimkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat yang mewariskan Islam kepada kita dengan peluh dan darah.

Untuk makluman semua, setelah melakukan perbincangan, kami telah bersetuju untuk memansuhkan Skim Tajaan Ahli 1+ (STA 1+). Hal ini diputuskan kerana, skim ini tidak mampu untuk menampung:
1. Kenaikan kos sewa markas
2. Kenaikan kos utiliti

Rentetan pemansuhan Skim Tajaan ini, peringkat BHOME akan mengekalkan Skim Tajaan 20 EGP. Semua penaja STA 1+ akan dihubungi oleh AJK kami bagi memperbaharui kontrak tajaan anda. Sehubungan dengan itu, kami menyeru kepada semua ahli untuk sama-sama mendaftar sebagai penaja STA pada pendaftaran yang baru pada bulan Jun nanti.

Akhir kalam, kami selaku wakil barisan kepimpinan PERUBATAN Cawangan al-Azhar (PCA) mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas bantuan dan kecaknaan yang telah diberikan. Selamat mengulangkaji dan maju jaya buat semua keluarga PCA dalam menempuh peperiksaan akhir tahun sesi 2017/2018 ini.

Semoga dengan medium yang telah disediakan ini mampu membawa kita bersama-sama kepada keredaan Allah SWT seterusnya memberikan kemaslahatan kepada semua.

Seeru ‘Ala Barakatillah,
Wallahu Ta’ala A’lam.

“Together We Unite to Serve Our Community”
“PCA: Unity in Diversity”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

EIZZUL FAHMI BIN BADLISHAH
Ketua Biro Kebajikan & Perumahan
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

A’FAF BINTI OTHMAN
Timbalan Ketua Biro Kebajikan & Perumahan
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?