[ISU SEMASA JAKSI: PECAH MASUK RUMAH ]

0

[ISU SEMASA JAKSI: PECAH MASUK RUMAH ]

Kes: Pecah Masuk Rumah
Kawasan: Abou romy
Tarikh: 24.05.2018
Masa: 6:20PM -6:50pm (anggaran)

Kronologi Kes:
🔻 6.20 pm, semua 4 ahli beit keluar rumah untuk berbuka puasa. Hanya seorang saja yang masih di rumah.

🔻 Jam 6.25pm mangsa bergegas ke pintu rumah selepas terdengar ketukan. Melalui lubang kecil jelas kelihatan arab berdiri di hadapan pintu. Arab tersebut seolah-seolah sedang melakukan sesuatu. Kemudian terus mangsa mengetuk pintu dengan kuat dari dalam. Arab tersebut kelihatan terkejut dan kemudian memberi salam. Mangsa cuba berdiam diri, kemudian arab tersebut naik ke tingkat atas.

🔻Setelah beberapa ketika terdengar lagi arab mengetuk pintu. Mangsa kemudian melihat ada arab memakai topi melalui lubang pintu.

🔻 Beliau membuka pintu kemudiannya arab tersebut bertanya
“Sini ada orang nak sewa rumah ke?”
Mangsa menjawab tiada, kemudian suspek berlalu.
6.30pm mangsa keluar rumah untuk berbuka puasa.

🔻6.50pm Ketika mangsa pulang, beliau melihat lampu bilik terbuka dari bawah bangunan. Beliau bergegas naik ke rumah dan mendapati pintu sudah terbuka dan terkopak.

🔻Tiada kesan arab masuk dan rumah tiada kesan berselerak. Kira-kira 20 minit sahaja masa diambil untuk melakukan jenayah tersebut.

Barang yang hilang

Laptop 4 buah,Handphone 2,Headphone 1, Kad memori ,Powerbank 1, Duit berjumlah 9500LE, Kadbank 2, Kad Pengenalan 1, Passport 1, Lain2 kerugian = 4 210le
JUMLAH KERUGIAN
70 000LE

 

Sehubungan dengan itu, JAKSI PCA menasihatkan ahli agar:

1. Memastikan rumah sentiasa berkunci.
2. Meningkatkan keselamatan diri.
3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
4. Menyimpan barang-barang berharga ditempat yang tersorok.
5.Tidak membawa masuk warga tempatan ke rumah.
6.Membaca doa sebelum meninggalkan rumah.

Sebarang laporan atau aduan, sila hubungi :

AMIRUL ASHRAFF BIN YASIR ARAFAT
Pengarah JAKSI PCA 2018/2019
+201551245873

NUR NABILAH BINTI MOHD NOR
Timbalan Pengarah JAKSI PCA 2018/2019
+201155771153

ABDUL MUSTAQIM BIN MOHAMAD KHALIL
Pengerusi PCA 2018/2019
+20 128 863 2792 (Ws/Tel)
+20 111 002 6836 (Hotline)

KHALIS SHAHIRAH BINTI MOHAMED HAFIZ
Timbalan Pengerusi PCA 2018/2019
+20 114 651 0232 (Ws/Tel)

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia

“Haq Tertegak, Biah Terpelihara”

“PCA: Unity in Diversity”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jawatankuasa Keselamatan & Sosial Islam,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019

ARTIKEL BERKAITAN

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?