Kenyataan Rasmi Kutipan Yuran Tahunan PERUBATAN

Kenyataan Rasmi Kutipan Yuran Tahunan PERUBATAN

0

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ) 2:261)

Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

 

Sejajar dengan kenaikan tampuk pimpinan yang baharu, PERUBATAN Cawangan al-Azhar dibawah kelolaan Jabatan Bendahari akan menjalankan kutipan yuran tahunan PERUBATAN.

Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN Fasal 8, Perkara 1 yang menyebut;

 

“Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak 5 (lima) Egyptian Pound dan yuran tahunan sebanyak 20 (dua puluh) Egyptian Pound.”

 

Hasil kutipan yuran ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan tahunan PERUBATAN. Di sini ingin diingatkan bahawa ahli yang telah membayar yuran sahaja yang layak untuk mengundi dan menghadiri Mesyuarat Tahunan PERUBATAN Cawangan (MTC) dan Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN (MAT).

 

Dengan ini diumumkan bahawa fasa kutipan yuran bagi PERUBATAN Cawangan al-Azhar akan bermula pada 22/4/2018 dan berakhir ketika hari pengundian Pilihan Raya PERUBATAN Cawangan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Bayaran boleh dijelaskan kepada Bendahari Organisasi Batch masing-masing atau melalui kami sendiri. Setiap bayaran yang dilakukan akan disertakan resit sebagai bukti.

 

Kerjasama daripada pihak anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga keterlibatan semua ahli dapat memberi manfaat yang besar dalam menggerakkan PERUBATAN Cawangan al-Azhar yang tercinta, di samping dapat menjadi saham amalan kebaikan kita di akhirat kelak.

 

Siiru Ala Barakatillah. Sekian, terima kasih.

 

“Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”

 

“PCA : Unity In Diversity”

“ Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jabatan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

 

 

 

 

 

 

 

 

MUHAMMAD AZHAN BIN ONN@NOR AZHARI

Ketua Jabatan Bendahari,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

 

 

 

 

WAN AIDA JAZMIN BINTI WAN AHMAD JAZLAN

Timbalan Ketua Jabatan Bendahari,

PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018-2019.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?