[ISU SEMASA JAKSI: KES PUKAU]

0

[ISU SEMASA JAKSI: KES PUKAU]

Kes: Kes Pukau dan cubaan Samun
Kawasan: Kawasan Farmasi al-Islamiyah , Hayyu Safarat.
Tarikh: 04.04.2018
Masa: pagi Rabu

Kronologi Kes:
đź”» Dua orang siswa sedang berjalan untuk pergi ke kuliah, datang sebuah kereta (seingat mangsa berwarna merah) menahan mereka, tunjuk kad polis, dan minta mereka masuk ke dalam kereta untuk pemeriksaan.

đź”» Mereka bawa kerneh tetapi tidak bawa passport, maka mereka serah diri dan masuk dalam kereta. Sejurus mereka masuk, seluruh barangan dan beg digeledah. Orang Arab tersebut minta beg duit nak periksa, seorang tak nak bagi, seorang lagi terus bagi dompet dalam keadaan seperti dipukau (mengikut cerita dari mangsa), lalu kawannya yang sebelah marah, “Kenapa kau bagi?”

đź”»Apabila mereka periksa barangan setelah dipulangkan semula dompet tersebut, duit hilang sebanyak 200LE. Dua orang mangsa bergaduh dengan dua orang Arab tersebut meminta duit dipulangkan , Arab tersebut tak mengaku mengambil duit, gaduh-gaduh lagi, akhir sekali jumpa 200LE tersebut di bawah tempat duduk kereta Arab.

đź”»Arab tersebut minta untuk memeriksa telefon bimbit kedua-dua mangsa, seperti biasa si A tidak bagi, si B tiba-tiba terus bagi (katanya macam seolah dipukau), si A tepis tangan si B dan marah dengan niat cuba menghalang, akhir sekali mereka berdua keluar dari kereta suspek.

đź”»Arab tersebut hanya tersenyum dan beredar, seperti operasi yg cuba dibuat gagal.

Sehubungan dengan itu, JAKSI PCA menasihatkan ahli agar:

1. Sentiasa membaca doa dan ayat kursi ketika ingin keluar rumah.
2. Meningkatkan keselamatan diri.
3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
4. Mengelakkan diri melalui kawasan sunyi.
5.Berwaspada dengan warga Arab yang mengaku polis dan seangkatan.
6. Melaporkan kepada JAKSI sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan Keselamatan dan Sosial.

Sebarang laporan atau aduan, sila hubungi :

AMIRUL ASHRAFF BIN YASIR ARAFAT
Pengarah JAKSI PCA 2018/2019
+201551245873

NUR NABILAH BINTI MOHD NOR
Timbalan Pengarah JAKSI PCA 2018/2019
+201155771153

ABDUL MUSTAQIM BIN MOHAMAD KHALIL
Pengerusi PCA 2018/2019
+20 128 863 2792 (Ws/Tel)
+20 111 002 6836 (Hotline)

KHALIS SHAHIRAH BINTI MOHAMED HAFIZ
Timbalan Pengerusi PCA 2018/2019
+20 114 651 0232 (Ws/Tel)

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia

“Haq Tertegak, Biah Terpelihara”

“PCA: Unity in Diversity”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jawatankuasa Keselamatan & Sosial Islam,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?