[ISU SEMASA JAKSI: KES GANGGUAN SEKSUAL]

0

[ISU SEMASA JAKSI: KES GANGGUAN SEKSUAL]

Kes: Kes raba
Kawasan: Menaiki tremco dari Ramsis ke Sabik
Tarikh: 07.04.2018
Masa: 8.45 malam (anggaran)

Kronologi Kes:
đź”»5 orang pelajar Melayu menaiki tremco daripada Ramsis ke Sabik. Seorang siswi mengambil tempat duduk di belakang sekali, dua siswi yang lain duduk di tempat duduk kedua akhir, dan kemudian 3 siswa duduk depan mereka.

đź”» Pada mulanya, tremco kosong tiada penumpang kecuali mereka, kemudian penumpang Arab pun masuk. Seorang lelaki arab mengambil tempat duduk di belakang sekali di sebelah siswi yang bersendirian.

đź”»Di pertengahan perjalanan ke Sabik, siswi tersebut merasakan lelaki Arab itu melanggar siku dengan siku siswi tersebut.

đź”» Mangsa hanya pandang ke tingkap bersebelahan dan sejurus selepas itu, mangsa merasakan jari suspek tersebut dekat di pehanya dan badan suspek semakin mendekatinya.

đź”»Mangsa bertindak cepat dan terus bersuara lantang berbahasa Melayu memanggil siswi dan siswa di hadapan.

đź”»Kemudian siswi di hadapan mangsa meminta suspek menjauhkan dirinya dan meletakkan beg di antara mangsa dan suspek tersebut.

đź”»Sepanjang perjalanan ke Sabik, siswa di hadapan memerhati tingkah laku lelaki Arab tersebut.

Ciri-ciri suspek :
1) Berbadan sedikit gempal.

Sehubungan dengan itu, JAKSI PCA menasihatkan ahli agar:

1. Sentiasa membaca doa dan ayat Kursi ketika ingin keluar rumah.
2. Meningkatkan keselamatan diri.
3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
4. Terus menjerit meminta tolong jika sekiranya ada Arab atau warganegara lain bertindak mencurigakan dan menganggu gugat keselamatan.
5.Melaporkan kepada JAKSI sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan keselamatan dan sosial.

Sebarang laporan atau aduan, sila hubungi :

AMIRUL ASHRAFF BIN YASIR ARAFAT
Pengarah JAKSI PCA 2018/2019
+201551245873

NUR NABILAH BINTI MOHD NOR
Timbalan Pengarah JAKSI PCA 2018/2019
+201155771153

ABDUL MUSTAQIM BIN MOHAMAD KHALIL
Pengerusi PCA 2018/2019
+20 128 863 2792 (Ws/Tel)
+20 111 002 6836 (Hotline)

KHALIS SHAHIRAH BINTI MOHAMED HAFIZ
Timbalan Pengerusi PCA 2018/2019
+20 114 651 0232 (Ws/Tel)

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia

“Haq Tertegak, Biah Terpelihara”

“PCA: Unity in Diversity”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jawatankuasa Keselamatan & Sosial Islam,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

ARTIKEL BERKAITAN

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?