[ ISU SEMASA JAKSI : KES CUBAAN DIRAGUT PANDU UBER ]

0

[ ISU SEMASA JAKSI : KES CUBAAN DIRAGUT PANDU UBER ]

Hari : Jumaat (2 Mac 2018)
Masa : Selepas Isyak

Pihak JAKSI PERUBATAN Cawangan al-Azhar telah menerima laporan kes cubaan ragut di sekitar Hayyu Asyir.

Berdasarkan laporan mangsa, seorang mahasiswa telah menaiki uber daripada awal Sabiek ke Hayyu Asyir. Setibanya di kawasan Hadiqah Dauliyah, pemandu UBER tersebut meminta izin untuk berhenti di kawasan tertentu untuk mengambil duit di ATM tetapi mangsa tidak membenarkan. Setibanya di kawasan Enppi, mahasiswa mendengar perbualan pemandu bersama rakanya di dalam bahasa Arab untuk menunggu mangsa di kawan Hayyu Asyir dengan membawa senjata dan meminta untuk bersedia untuk meragut mangsa (pemandu menyangka bahawa mangsa tidak memahami akan perbualan tersebut).

Lalu pemandu UBER tersebut meminta untuk melalui jalan yang tidak biasa dilalui kerana katanya jalan sesak hari jumaat kerana adanya Souq Sayyarat. Mangsa tidak membenarkan dan setibanya di kawasan Kompleks Asrama BKAN, pemandu dalam nada yang sangat marah bertanyakan kepada mangsa “Dekat mana sebenarnya kamu nak turun?!” Mangsa dengan serta merta meminta untuk turun dari kenderaan.

No kenderaan : 746 ر د د
Nama kenderaan : Speranza A516

Sehubungan dengan itu, JAKSI PCA menggesa Ahli supaya :

1. Sentiasa menggunakan musyrif pada waktu malam walaupun menaiki UBER.
2. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika berurusan dengan mana-mana warganegara Arab.
3. Cakna dengan isu semasa yang sedang berlaku di Mesir.
4. Segera hubungi JAKSI PCA sekiranya berlaku perkara yang mencurigakan.

Sebarang aduan dan laporan segera hubungi :

AMIRUL ASHRAFF BIN YASIR ARAFAT
Pengarah JAKSI PCA 2018/2019
+201551245873

ABDUL MUSTAQIM BIN MOHAMAD KHALIL
Pengerusi PCA 2018/2019
+20 128 863 2792 (Ws/Tel)
+20 111 002 6836 (Hotline)

KHALIS SHAHIRAH BINTI MOHAMED HAFIZ
Timbalan Pengerusi PCA 2018/2019
+20 114 651 0232 (Ws/Tel)

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan, sila klik pautan di bawah:

http://tinyurl.com/aduanPCA

#KitaKeluargaPCA
#KitakanRakyatMalaysia

“Haq Tertegak, Biah Terpelihara”

“PCA: Unity in Diversity”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Jawatankuasa Keselamatan & Sosial Islam,
PERUBATAN Cawangan al-Azhar 2018/2019.

ARTIKEL BERKAITAN

TIADA KOMENTAR

Apa komen anda?